Pages

Episode 6 - OhEmGee

Hey wait!”

Aku berpaling ke belakang. Kelihatan guard tadi melambai-lambaikan tangannya. Lia mengangkat kening.

Yeah?” Aku membalas.

BIGBANG allows some more people to meet them. Only BIGBANG and B1A4 left. The others are having their press meeting.”

Yeah, awesome! Aku dan Lia sudah berpelukan. Cepat-cepat kami memasuki  kawasan yang ditetapkan untuk fan meeting. Masih ada lagi beberapa peminat yang sedang beratur untuk berinteraksi dengan BIGBANG.

“Lia, letak hadiah TOP kau kat sebelah sini. Diorang suruh kumpulkan.”

“OK, OK.” Mataku terpaku pada susuk tubuh yang tinggi itu – TOP! Tanganku pantas menyelongkar barang di dalam beg tanpa memandang. ‘Ha, ni dia.’ Aku meletakkannya di dalam kotak yang disediakan.

Beberapa minit kemudian, tiba giliran aku dan Lia beramah-mesra dengan BIGBANG. T.O.P duduk betul-betul di hadapan aku!

Hye there. What’s your name, girls?” G-Dragon ramah bertanya. Aku nampak Lia tersengih-sengih. Mesti hati dia berbunga riang ni.

Hye BIGBANG. I’m Lia. Err and, love to meet you guys!” Malu-malu Lia menjawab.

Especially GD.” Aku menyambung. Lia menampar tanganku. Ouch! Ahli BIGBANG di hadapan kami tergelak. Mereka menunjukkan ‘thumbs up’ kepada Lia. G-Dragon tersenyum.

And what’s your name?” Tanya Tae Yang kepadaku. Omoo, rasa nak pengsan!

Me? Urm, I’m Raudhah.” Mukaku mula merona merah.

“Roe-dar? Raw-da?” Dae Sung cuba menyebut kembali. Aku tergelak. Tapi, kenapa TOP senyum aje. Tak nak tanya apa-apa? Sedihnya T^T.

She’s used to the name ‘Uda’.” Lia menjawab. BIGBANG lain mengangguk perlahan.

Well, Uda and Lia, dont you want our autographes?” Seung Ri bertanya. Nampak macholah bila depan-depan.

Cepat-cepat Lia mengeluarkan pen dan buku nota. Manakala aku membelek kamera untuk menangkap gambar mereka.

Please don’t malu-malu. We’re not the prince from the heaven.” Seloroh Dae Sung disambut gelak tawa kami.

Can you guys speak Malay fluently?”Aku memberanikan diri bertanya.

Not quite. Well, GD and Seung Ri have been improving since we came Malaysia for the first time. The only one who still doesn’t improve yet start to learn Malay language is T.O.P.” Tae Yang memukul bahu TOP.

The Malay language is a bit tongue-twisting. It makes me feel like giving up to learn it.” Akhirnya, keluar jugak suara TOP yang ‘man’ tu.

Yeah, but I love how the Malay words been pronounced.” G-Dragon menyambung.

Urm, guys, can we take some pictures together?” BIGBANG sudah membangunkan diri dan berdiri di sebelah kami. Lia sudah bersedia dengan kameranya yang dihulur oleh aku. Lia meminta seorang pekerja untuk membantunya menangkap gambar kami.

KLIK! Pekerja itu menunjukkan tanda ‘bagus’ lalu menyerahkan kamera kepada Lia.

When are you all going back to Korea?” Sambil melihat gambar, aku bertanya.

Maybe next week. We’re going to have fun at Malaysia before going back!” Dae Sung menyerahkan buku nota kepada Lia. 

OK, have fun! Bye!” Aku dan Lia melambai-lambaikan tangan kami ke arah mereka. Mereka membalas.  Kami menuju ke ahli B1A4 pulak.

“Aku nak jumpa CNU. Hoho.”

“Jangan lama-lama. Kita kena jenguk Mak Nab sebelum balik.” Lia mengingatkan. Aku bersetuju.

...

Selepas menjenguk Mak Nab, aku dan Lia terus pulang ke rumah. Jam menunjukkan pukul 11.50 malam. Aku janji kat mama, balik sebelum pukul 12.00 tengah malam. Habislah aku balik rumah ni.

“Aku tengok muka kau dah macam kucing berak kapur. Kau telefonlah mak kau. Bagitau tadi ada hal kejap.” Cadang Lia.

“Kau tolong carikan telefon aku dalam beg.” Aku menghulurkan beg aku. Lia mula menyelongkar. Agak lama juga dia mencari.

“Jumpa tak?”

“Lia, kau letak tak hadiah untuk TOP tadi?”

“Letaklah, kenapa pulak?” Aku mengangkat kening.

“Sebab hadiah TOP tu ada dalam beg kau ni. Keychain pun dalam ni jugak.”

Aku rasa nak pengsan.

...

Nota kepala: Bahasa Melayu yang diitalickan adalah bahasa Korea yang ditranslatekan. Hehe.
                                                                                                                                                       
Penat betul hari ni, ya. Nasib baik esok boleh pergi jalan-jalan.” Dae Sung menyandarkan dirinya kepada Seung Ri. Seung Ri yang kepenatan membiarkan.

Apa kata kita tengok hadiah yang VIP bagi?” Tae Yang menuju ke arah timbunan di dalam kotak yang bertulis ‘For Big Bang’. Ahli BIGBANG yang lain menunggu Tae Yang membawakan mereka kotak itu.

Mereka mula mengeluarkan barang di dalam kotak. Kebanyakan hadiah merupakan kertas, kad ucapan dan lukisan.

Eh, teddy bear! Untuk sapa ni? Hmm, from Lia to GD. Hyung, ambik ni!” Seung Ri membaling teddy bear beriben itu kepada G-Dragon.

Lia? Yang datang last tu kan? Yang malu-malu tu?” G-Dragon menduga. Dia membelek-belek teddy bear itu. Dia tersenyum.

Haah. Dengan kawan dia yang row-row tu.” TOP menjawab sambil mencari hadiahnya.

Banyaklah kau punya row. Uda lah. Baru je tadi, dah lupa. Nah, ambik ni. Fans kau bagi surat cinta.” Tae Yang menghulur. TOP meletakkan ke tepi.

Eh, ada orang bagi handphone? Kaya betul.” Dae Sung menghidupkan telefon. Wallpaper TOP. ‘Sahlah ni TOP punya.’ Dae Sung memberikan kepada TOP.

Lah, apahal pulak bagI handphone ni? Jap, aku rasa ni bukan hadiah. Sebab tak ada tulis apa-apa. Lagipun, handphone ni macam private use aja. Number pun tak tukar.” Sedang TOP membelek, tiba-tiba telefon itu berbunyi. Lagu Big Boy, nyanyian TOP. Nama ‘Lia’

Jawablah. Cepatlah jawab.” Ahli BIGBANG menggesa TOP menjawab.

“Urm, hello?”

“Hello? Siapa ni? Handphone saya kan yang awak pegang ni?” Suara cemas itu bertanya.

Er, sorry, I don’t understand Malay.” TOP menjawab sambil menggaru-garukan kepalanya. Tae Yang menepuk perlahan belakang TOP sambil menahan gelak.

Suara itu terdiam. Kedengaran bunyi orang menepuk dahi.

Sorry, sorry. Umm, who’s speaking?” Suara itu bertanya lagi.

“Seung Hyun.” Ahli BIGBANG tergelak mendengar TOP menyebut nama sebenarnya.

Um, okay Mr. Seung Hyun. Are you using the pink iPhone?”

“Yup.”

“May I have your favor please? Can I meet you anywhere, for me to get back my phone?”

Eh korang, esok kita jalan kat mana?” TOP berbisik kepada BIGBANG. Mereka menjawab ‘KLCC’.

Err, can you meet me at KLCC? Tomorrow at about 1 PM? I’m in a crew, so I can’t just go out easily on my own.”

Sure. As soon as I arrive there, I’ll give you a call.”

...

Aku memulangkan telefon Lia. Lia memandangku, bertanya apa respon pihak sebelah.

“Dia minta jumpa kat KLCC. Kau bayangkanlah jauh mana? Dia tak dapat nak main tetap je sebab dia ikut krew. Maybe krew konsert kot.” Aku memuncungkan bibir.

“Eh, okeylah tu. Daripada dia suruh kau pergi Johor ke, Kedah ke, ok lagi kat KL tau. Boleh la shopping-shopping sikit kan?”

“Aku tau kau nak ikut. Memang aku nak ajak kau pun.” Lia membuat ‘thumbs up’ kepada aku.

“Masalahnya, esok hari Isnin. Ayah dengan mama aku nak pergi kerja. Kita nak naik apa pergi KL?”

“Hak alah, KTM ada. LRT ada. Teksi ada. Apa guna?” Lia menampar bahuku.

“OK, aku minta izin mama ayah aku. Tapi diorang tak boleh tahu aku punya telefon tertinggal. Nahas aku. Takkan nak menipu kot?”

“Hmm, macam ni lah. Esok, aku nak cari hadiah untuk sepupu aku. Minggu depan dia kahwin. Kau cakap je lah kau teman aku beli hadiah kat KLCC.” Cadang Lia.

Lambat-lambat aku mengangguk. Huh, mati aku kalau mama dengan ayah tau.

...

Aman pelik. Kenapa Uda tak membalas mesejnya. Telefon tak berangkat. Tapi available. Ada apa-apa terjadi ke? Aman menaip mesej lalu dihantar kepada Lia.

Korang dah balik konsert lom? Apsal ak try contact Uda tk brjwb?

Sepuluh minit kemudian, baru mesej Aman berbalas.

OTW nak balik la nie. Xde pape ar. Kbai.

Hish Lia ni. Dia tak tau ke aku tengah risaukan diorang. Tapi, dia kata tak ada apa-apa.  Hmm.

...

Beberapa tahun lalu.

Aman sedar, dia sudah mula jatuh hati. Jatuh hati dengan pelajar perempuan yang baru itu. Rupa-rupanya sikapnya bersama rakan-rakan perempuan lain dengan sikapnya terhadap budak lelaki. Apabila bersama rakan-rakannya, dia akan lebih ceria dan gila-gila. Tetapi apabila di hadapan budak lelaki, dia akan menjadi seorang yang tegas, dan tidak selesa. Personaliti itulah yang membuatkan Aman tertarik dengannya.

Aman bukanlah pelajar popular. Dia hanya biasa-biasa sahaja. Selain gengnya di kelas, dia tiada kawan. Aman sering dikenakan. Membuatkan Aman benci bersekolah di situ. Sangat benci.



Pada suatu hari, Aman dikenakan rakan-rakan sekelasnya. Sebaik sahaja dia memasuki kelas selepas perhimpunan, dia mendapati mejanya basah tertumpah air. Apabila Aman meminta tisu daripada pelajar lelaki kelasnya, mereka hanya mempedulikan Aman, termasuk gengnya sendiri.

Tiba-tiba,

“Assalammualaikum kawan-kawan kelas sekalian. Aku nak cakap sikit, khas untuk pelajar lelaki.”

Eh, budak perempuan tu.

“Aku tak suka tengok korang layan kawan kelas korang macam dia tu bukan manusia. Korang sedar tak kita ni semua takat taraf hamba aje? Hamba Allah. Apa korang ingat korang tu malaikat? Sedar sedarlah sikit. Mati korang entah bila. Dosa korang berlambak pulak kat si Aman. Buatnya si Aman tu tak redha ngan korang, naya korang! Belajar tak pas. Hidup tak tenang. Aku tak nak korang ganggu Aman lagi, FAHAAM? Sekian, assalammualaikum.” Budak tu duduk dan buat kerja dengan selamba.

Semua orang tersentak. Termasuklah Aman sendiri. Tiba-tiba budak perempuan yang bersebelahan Aman menyerahkan tisu untuk Aman. Aman mengangguk tanda terima kasih.

Aman masih tidak percaya yang ada budak perempuan seberani dia.

...

TOP melihat telefon itu. Dia meneroka isi telefon. Slide to Unlock > Photos > Album Love. Banyak jugak gambar TOP. Daripada gambar kasual, gambar kat studio dengan gambar kat YG Family Concert. Fanatik betul. TOP memilih album seterusnya, IMyMeMine. Penuh dengan gambar Uda. TOP tersenyum melihat gambar-gambar itu. 

Tiba-tiba ada SMS masuk. TOP serba salah untuk membacanya. TOP membiarkannya dan melihat gambar-gambar lain. Sesudah itu, dia melihat bahagian Contacts. Dia menaip 'Mine' di bahagian search. Nama IMyMeMine keluar beserta nombor telefon. TOP mengambil telefonnya lalu menyalin nombor itu. Dia tersenyum. 

Panggilan yang masuk ke telefon Uda tidak terjawab kerana TOP terlena menunggu gambar dibluetooth ke telefonnya.

- END OF EPISODE 6 -


nur rasyidah abdullah

No comments:

Instagram