Pages

Episode 9 - Crying Day

Idea tak datang dalam mimpi, so maybe episod ni merepek sikit :P

Beberapa tahun dahulu.

Aman berjaya mendapatkan nombor telefon Uda, gadis yang diminatinya. Dia serba-salah untuk menghantar SMS perkenalan. Lambat-lambat, dia menekan butang ‘Send’. Dia menunggu balasan mesej.

Wasalam. Sape ni?

Aman tersenyum. Dan sejak itu, mereka mula bermesej dan bercerita sesama sendiri. Persahabatan mereka lebih kukuh dengan adanya Lia, pelajar perempuan yang sekelas dengan mereka sejak tingkatan tiga.

Aman pernah meluahkan perasaannya melalui SMS kepada Uda. Tetapi mesejnya tidak dibalas. Apabila Aman mengemukakan topik lain, baru Uda membalas.

Pada suatu hari, Aman terdengar perbualan seniornya tentang ‘sistem ikat’ di sekolahnya. Berdasarkan perbualan itu, seseorang boleh mengikat pilihan hatinya melalui guru sekolah, kemudian mereka akan dihubungkan, walaupun belajar di berlainan negara. Kebanyakan senior mereka berkahwin melalui ‘sistem ikat’. Sistem ini disyorkan kerana ia dapat mengelakkan pelajar sekolah bercinta dan bercouple.

Aman bercadang untuk mengikat Uda. Mereka berada dalam tingkatan tiga ketika itu. Aman bertanya kepada Uda melalui SMS.

Salam. Ak nk tnye sumting. Leh x klau ak ikat ko? Plis, jwb sms nie. Ak nk tau rspon ko.

Beberapa minit menghantar mesej, Aman mendapat balasan mesej.

Ikat? Nk wat pe lak? Utk ape ko nk ikat ak? Prkare ni bkn maen2 tau.

Aman membalas:

Tlgla weh, ak btul-btul skekan ko. Ak tkut klau ak x ikat ko, maybe ko akn jdik org len pnye.

Uda yang mendapat mesej itu berkerut jadinya. Memang banyak mesej luahan perasaan Aman dihantar kepadanya. Tapi, Uda merasakan mereka terlampau muda untuk bercinta. Lagipun mereka akan menghadapi PMR nanti.

Bleh tak hal ikat ni, kte tgguh dlu. Ak rse still jauh lgy. Kte bru f3. Hrp ko phm. Sorry.

Jauh dari sudut hati, Aman bersetuju dengan pendapat Uda. Betul juga, mereka masih muda. Sangat muda. Aman menyabarkan hatinya.

Btul ckp ko. Ble tbe msenye, kte ckp psl hal ni, kay?

...

Taeyang mendengar cerita Uda dengan khusyuk. Sesekali dia mengangguk, tanda dia faham. Taeyang melihat muka Uda. Kesian, muka dia macam orang sakit. Pucat. Apabila Uda berhenti bercerita, dia menyambung kembali tangisannya.

“Uda, don’t cry anymore. Maybe he’s not fated to be with you. I’m sure, you’ll find your man one day.” Taeyang memujuk.

“Give me your smile.” Taeyang menambah, sambil menarik hujung bibirnya dengan jarinya dan membuatkan senyuman untuk Uda.

Uda tergelak. Bebannya terasa sedikit berkurangan. Uda berterima kasih kepada Taeyang.

“Nah, no problem. As her besties, you must be happy for her. You should tell her.”

“What? No,no. Aman pleaded me for not to tell her. I think I shouldn’t make him dissapointed.” Uda menunduk.

“You know what? You’re really a good friend. And girlfriend too.” Taeyang memandang Uda. Uda menundukkan muka. Malu.

“You make me blushed. Hey, and you too, are really understanding. Can you be my motivator?” Uda tersengih. Cover malu konon.

“Always for your service.” Taeyang mendabik dada. Kemudian mereka berdua tergelak.

...

“Aman. Kau rasa Uda tu OK ke tak? Lama sangat ni. Aku nak jenguk dia kejap.” Lia memberikan token-tokennya kepada Aman.

“Hah, pergilah. Risau pulak aku.” Aman memang betul-betul risau. Buatnya Uda tiba-tiba ada sakit jantung lepas dia buat confession tadi, naya je dibuatnya.

Lia cepat-cepat berjalan menuju ke tandas. Dalam perjalanan, dari jauh dia ternampak Uda sedang bergelak-ketawa dengan seorang lelaki di dalam kafe tadi. Lia dengan geramnya menuju ke arah Uda.

“Wei, bangek betul kau ni. Aku dengan Aman mati-mati menunggu kau, ingatkan kau koma ke apa dalam tandas. Last-last kau elok bergelak-ketawa dengan entah siapa entah ni.” Lia mengunjukkan tangannya ke arah lelaki itu.

“Lia, ni Taeyang lah!”

Taeyang membuka kaca mata hitamnya. Dia menguntumkan senyuman kepada Lia yang menunduk. Malu lah tu.

“Hye Lia. Don’t get mad at me. I’m just trying to make Uda happy again.”

Ayat Taeyang membuatkan dia mendapat satu pijakan di kasutnya. Terbeliak matanya. “OUCH, OUCH!” Taeyang mengusap kakinya.

“Uda? Kau ada apa-apa ke? Mata kau pun..” Muka Uda dibelek Lia. “Bengkak.” Lia menyambung. Uda menepis tangan Lia. Dia cuba tersenyum, mengawal riak mukanya supaya tidak dapat diteka Lia.

“Tak, tadi perut sakit sangat. Sampai terkeluar air mata. Keluar-keluar je, terserempak dengan Taeyang. Tu yang ajak berborak tu.” Maaf kawan, aku terpaksa menipu.

“Yup, ada salah ka?” Taeyang berbicara Bahasa Melayu. Tergelak jadinya Uda dan Lia. Uda meminta diri daripada Taeyang untuk pergi bersama Lia. Mereka saling melambai-lambaikan tangannya.

...

Selepas mendengar cerita Lia, Aman pula memarahi Uda. Penat Uda mendengar bebelan rakan-rakannya. Muka ditegangkan. Beberapa minit kemudian, Aman berhenti membebel. Mereka menyambung bermain game. Uda menolak pemberian token daripada Lia. Dia hanya mengatakan yang dia mahu berehat sebentar.

Dari jauh, Uda memerhatikan Lia dan Aman. Air matanya jatuh semula. Dia akui, dia mula suka dengan Aman, sejak mesej mengenai ikat itu. Uda mengesat air matanya. Dia sedaya-upaya menahan air matanya. Dia perlu gembira untuk Lia. Lia adalah sahabatnya.

“You must be happy for your friend.” Kata-kata Taeyang bermain di telinganya. Hish, Taeyang ni, sampai terngiang-ngiang suara dia kat telinga aku.

Uda memandang lelaki yang sedari tadi di sebelahnya. Lah, Taeyang ke? Patutlah terdengar suara dia tadi. Ceh.

“I thought you..” Uda tidak menghabiskan ayatnya.

“Wanna play some games? I love to play the dancing game. Come, join me!” Taeyang bergerak ke game yang berhadapan Uda. ‘Dance Forever’, nama game tersebut. Taeyang memanggil Uda, Uda hanya menggeleng.

Uda melihat Taeyang memilih lagu. Kedengaran lagu Yeah 3x dimainkan. Taeyang mula menari. Uda melihat gerak-geri Taeyang yang energetik. ‘Selalu tengok dalam laptop, sekarang depan mata.’ Uda tergelak dalam hati.

...

Encik Abbas dan Puan Raima berehat di luar rumah mereka. Uda sedari tadi terperap dalam bilik. Jam menunjukkan pukul 5.00 petang.

“Abang, anak kita masih tak dapat tawaran ke universiti mana-mana ke?” Puan Raima bertanya.

“Entahlah anak awak tu. Memilih sangat. Nak benar ke luar negara. Dia tak tau agaknya betapa susah duduk oversea. Kena kerja part-time. Duit kena simpan.” Encik Abbas menyambung. Matanya masih tidak beralih dari surat khabar yang dibacanya.

“Abang tak boleh minta mana-mana kawan abang ke masukkan dia?”

“Hish awak ni. Saya nak dia belajar sendiri betapa susahnya nak sambung belajar.”

Puan Raima terdiam. Suaminya memang begitu. Selalu hendak mengajar anaknya berdikari.

...

Lia termenung di  atas katilnya. Tangannya memeluk patung dinasour pemberian G-Dragon. ‘Kenapa hari ni, Uda dengan Aman tak banyak cakap? Uda pun senyap je.’

Lia meraup mukanya. Dia tidak suka melihat rakan-rakannya seperti itu. Hatinya sedih. Agaknya sebab kenapa diorang macam tu ya? Kenapa tak nak bagitau aku? Lia mengeluh.

“You're my heart heart heart heart heart breaker naega mwoljalmotaenneunji
You're my heart heart heart heart heart breaker no way no way

Hish memekak je. Lia cepat-cepat menjawab telefon.

“Hello?”

“Hye Lia! Do you sleep with my dinasour last night?” Suara itu tergelak.

Lia tersentak. G-Dragon! Mana dia dapat nombor telefon aku? Tipu, tipu, ni mesti Uda ni. Lia melihat screen telefonnya. Bukan nombor Uda pulak. Siapa ni?

“Who’s this?” Lia menggunakan suara tegas. Dia tidak suka berkomunikasi dengan orang yang tidaak dikenalinya.

“I’m Jiyong, you silly!”

Jiyong, maksudnya betullah G-Dragon. Lia terkesima. Lia bertanya G-Dragon dari mana dia mendapat nombor Lia.

“Well, it’s a secret!”

...

Pada malam setelah selesai konsert Korean Music Wave 20 II empat hari lalu.

G-Dragon mendekati TOP secara senyap-senyap.  Tidur nyenyak mamat ni. Kedua-dua belah tangannya memegang telefon. Sebelah telefon TOP, manakala sebelah lagi telefon pink itu. G-Dragon mengambil telefon itu. Dia pun melihat isi telefon itu.

Hmm, nampaknya TOP bluetooth gambar. Gambar siapa ni? Eh sat, macam.. Budak perempuan yang datang last sekali tu. G-Dragon meneroka semua gambar di dalam telefon itu sehingga dia menjumpai gambar Lia dalam folder My Pwens. G-Dragon tersengih. Dia membaca description gambar.



Aww, cute Lia.

G-Dragon mendapat idea. Dia menekan search Lia di bahagian Contacts, kemudian dia menyalin nombor itu ke dalam telefonnya. G-Dragon menyelitkan kembali telefon itu di tangan TOP.

Sedang G-Dragon senyap-senyap meningalkan TOP,

Ambik nombor awek nampak?”

G-Dragon tersenyum dan cepat-cepat keluar dari bilik tanpa menoleh belakang.

...

Aku tertidur selepas puas menangis. Nampaknya pujukan Taeyang tu sekejap aje lutnya. Balik-balik rumah, nampak gambar kitorang bertiga, aku sambung menangis. Sebenarnya bukan semata-mata menangis sebab Aman.

Balik dari Alamanda tadi, macam biasa aku jenguk peti surat. Hari ni pun tak ada jugak surat ke universiti. Aku mengeluh. Bila aku nak sambung belajar ni? Aku pun masuk rumah dengan memberi salam. Salamku dijawab. Ayah yang tengah duduk kat ruang tamu memanggil aku. Aku pun mendekati ayah.

“Bila kamu nak sambung belajar ni Uda? It seems like you’re relaxing.” Ayah menanggalkan cermin matanya.

Aku menunduk. Bukannya aku tak nak sambung, Cuma aku mengharap nak universiti luar negara. Aku malu dengan Lia dan Aman. Mereka budak pandai. Aku cuma biasa-biasa aja. Aku hanya mendiamkan diri, mendengar syarahan ayah.

“Ayah tak nak kamu ketinggalan. Kenapa nak sangat memilih universiti? Janganlah cerewet sangat. Nanti sampai ke tua kamu tak belajar.”

“Ayah tak nak terlibat dengan pemilihan universiti kamu. Ayah nak kamu tetapkan sendiri. Soal bayaran yuran, kalau kamu dah dapat pilih dan diterima, baru ayah bagi. Kamu dah besar. Ayah tak nak campur hal kamu lagi. Samada kamu dapat atau tidak, suka hati kamulah. Ayah dah tak ambil kisah.” Sambung ayah.

Mataku terkebil-kebil. Ah sudah. Janganlah. Dulu ayah memang ada tunjuk surat nak masuk UKM, USIM dan UM. Tapi aku buat-buat tak nampak. Sah-sah memang salah aku lah. Sekali lagi, aku rasa nak menangis. Perlahan-lahan aku bangun, minta diri dari ayah aku dan menuju ke bilik.

ARGH! Hari ni memang hari malang aku ke?!?

Cepat-cepat aku beristighfar. Aku mengambil wuduk, dan menunaikan solat Zohor. Kemudian, aku berbaring. Menangis lagi. Sampai tertidur.

...


Daesung dan Seungri melihat masjid itu dari luar. Saling menangkap gambar dan sibuk bertanya kepada pemandu pelancong mengenai masjid itu. Taeyang turut mengagumi rekaan masjid yang hampir kesemuanya diperbuat daripada besi. Taeyang menoleh ke arah G-Dragon yang asyik berbual di telefon. TOP pula dilihat sedang memikirkan sesuatu sambil memegang telefonnya.

‘Untunglah masing-masing ada kekasih hati.’ Taeyang tersenyum lalu menyertai Dae Sung dan Seung Ri.

- END OF EPISODE 9 -


nur rasyidah abdullah

1 comment:

ftnbhrzlhnf said...

best2..sambung lagi..saya suka baca..

Instagram