Pages

Cinta Sebelum Kahwin? = ' _ ' =

Assalammualaikum ♥


Hari ni nak berbicara soal cinta. Ewaaaahh bercinta ke Cik Yahh? Ouh tidak tidak. Err, ada sikitlah, hehe. SLAP *menepis rasa cinta yang bertandang*. Hmm, lagipun kalau ada, rasa sangat sangat tak selesa nak bercintan-cintun sekarang mengenang nasib saudara-saudara kita di Palestin sana. Sebak. Kita enjoy belaka, ber'sayang', ber'iloveyou', padahal mereka? Siang malam bertakbir dan berzikir menunggu syahid.

Cinta sebelum perkahwinan ni sebenarnya menghilangkan barakah dan kemanisan. Kalau kita simpan dalam hati mengenai siapa crush kita, terdapat hadis yang bermaksud:

"Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikan hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid."
(Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain)

Fitrah manusia inginkan kasih sayang, dikasihi dan mengasihi. Aku? Hehe, dalam kategori tu jugak la, aku kan manusia, lain la kalau aku ni kucing. Tett, back to the story. Nak tahu tak apa consequences cinta sebelum kahwin?

  • Pasti nanti kita ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu
  • Hati sibuk merindui makhluk yang tidak halal, membolehkan syaitan mencucuk-cucuk jarum untuk melupakanNya.
  • Hati terseksa dengan barah rindu.
  • Cinta lalai membuatkan kita alpa menyiapkan diri untuk hari Akhirat.
  • Jika kita berjaya melangkah ke alam rumah tangga bersama kekasih kita, nescaya ia terbina atas dasar maksiat. Risau akan mengundang padah kepada zuriat!
Nauzubillah.


Tapi, saya risau kalau awek/pakwe saya lari kalau kami tidak bercouple!
Apa nak risau? Doa pada Allah, minta Allah jaga. Tau kan kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Kalau couple pun, silap-silap boleh putus. Tak jadi jugak.

Alah, kami bukannya berpegangan tangan pun. Malahan, setiap hari sering bertukar-tukar tazkirah.
Aha, memang lah korang terlepas dari zina tangan. Zina hati? Tipulah korang tak rasa rindu kat awek/pakwe korang? Kalau takbukan namanya bercouple kan?

Eh, kitorang buat benda baiklah. Belajar bersama-sama. Lagipun dia pandai pada subjek yang saya lemah.
Dah tak ada kawan sejantina ke yang pandai subjek tu? Ingat, niat tak menghalalkan cara.

Apa buktinya cinta selepas kahwin tu lagi best?
Okeh, korang cuba pikir ya. Bandingkan situasi ni:

Situasi 1 : (Latifah dan Mamat) 

Pernah bercinta sebelum kahwin = Pernah.
Berapa lama = Setahun.
Situasi semasa couple = Manja dan seronok
Situasi semasa berkahwin = Hambar 
Komen = 
Mamat : 
Semasa couple, hari-hari Latifah send message 'Saya rindu awak', 'Saya cayanggg awak', banyak sangat sms romantik. Sekarang, dah rasa hambar dan bosan sebab dah 365 kali Latifah cakap ayat cinta. Tak rasa apa-apa pun.
Latifah :
Sekarang ni, saya nak pujuk Mamat dengan suara manja pun dah tak lut. Katanya dah muak dengar saya cakap camtu hari-hari masa couple.

Situasi 2 : (Sofiah dan Helmi)

Pernah bercinta sebelum kahwin = Tidak. First time jumpa time merisik, tu pun tak sempat tengok muka.
Berapa lama kenal = Sebulan. Tu pun bila merisik jugak.
Situasi semasa kenal = Tidak pernah bercakap, tapi dalam hati masing-masing ada sedikit rasa sayang.
Situasi semasa berkahwin = Sangat ceria dan bahagia.
Komen =
Helmi :
Saya tak pernah berjumpa dengannya, apatah lagi mendengar suaranya. Kini, apabila sudah kahwin, saya rasa seperti jatuh cinta. Tambah lagi bila dia sebut ayat-ayat cinta, kembang semangkuk saya dibuatnya!
Sofiah :
Saya baru tahu Helmi ni ceria orangnya. Hari-hari saya gembira dengan lawaknya. Tambahan lagi, saya baru sedar yang Helmi ni boleh tahan romantik!

Haa, nampak tak perbezaan dia sekarang?

So, di sini ada beberapa tips untuk mengelak diri daripada bahana CSK ini :
  • Tegas dengan prinsip diri.
  • Meletakkan misi jelas terang lagi bersuluh dalam hidup.
  • Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh.
  • Mengekang hawa nafsu.
  • Mendekati majlis ilmu.
  • Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.
  • Menyibukkan diri dengan hobi dan minat.
So, u'ols, cinta Allah lebih bahagia daripada cinta manusia. Kejarlah cinta Allah, kerana Dia sentiasa mencintai hamba-hambaNya!

Credits to: Fatimah Syarha's Pemilik Cinta Setelah Allah Dan Rasul. (beli lah, berbaloi punyaa :D )

Coretan untuk 'Si Dia':

Assalammualaikum. Niat di hati ni, bukannya nak mengelak dari kau. Minta maaf ya tak balas mesej kau. Aku cuma,, baru tersedar dari mimpi panjang, ewaaaahh. Aku nak cari cinta Allah dulu. Nak kejar cinta tu, sebab aku tau aku lalai selama ni. Aku taknak jadi orang yang lalai.

Untuk kau, jangan pernah berputus asa. Allah kan ada? :) Kalau dah jodoh, nescaya Allah satukan, tak kira la kau dekat Kutub Utara atau aku kat Kutub Selatan :') Serahkan segalanya kepada Allah, insyaAllah Dia akan pelihara kita. Minta maaf ya kalau kau rasa 'terelak'.



Sekian, Assalammualaikum :)           




nur rasyidah abdullah

No comments:

Instagram