Pages

Awesome Tazkirah (:

Assalammualaikum teman-teman (tiru Bandung Jokers) !

Semalam tengah menunggu moyang aku bersiap, tiba-tiba aku ternampak buku ultimate Tazkirah masa aku form one. Hmm, aku apal lagi, membelek la. Wahh, bila baca balik, best jugak tazkirah-tazkirah yang diberi ni. Kebanyakannya tazkirah ni diberi semasa waktu antara Maghrib dan Isyak, masa 'Aktiviti BADAR'. Haha, masa form one semangat sikit menulis, bila dah senior sikit, hmm. Lentok lah. Borak lah.

Haktuih kepada diriku yang semakin leka. 

Apa-apa pun inilah buku yang dimaksudkan:



Beria hias sebab akak tu kata nak bagi hadiah siapa yang bukunya paling cantik. Nampak benar tak ikhlasnyaa.


Antara tazkirah yang available:

Aurat
- Orang yang membuka aurat, dia telah membina sebuah mahligai yang cantik, di Neraka.

Hukum Jual Beli
WAJIB jika ada pembeli yang memerlukan barang.
HARAM jual benda-benda haram. (dadah, arak, etc)
SUNAT jika duit jualan diniatkan untuk sedekah.
MAKRUH jual beli semasa azan pertama.
HARUS menepati syarat jual beli.

Melalui Handphone pun boleh berzina?
Zina telinga untuk mendengar suara bukan mahram.
Zina mulut untuk bercakap dengan bukan mahram.
Zina hati sebab rasa rindu pada bukan mahram.

Balasan Semasa Mati
Semasa zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar RA, ada seorang lelaki meninggal dunia. Masa Solat Jenazah, tiba-tiba kain kafan tersebut bergerak-gerak. Bila orang ramai membukanya, mereka ternampak ada seekor ular yang sedang membelit leher jenazah dan memakan dagingnya. Baru sahaja orang ramai hendak membunur ular itu, tiba-tiba ular itu berkata:

"Mengapa engkau mahu membunuhku? Allah yang memerintahkan aku berbuat begini."

Orang ramai bertanya apakah kesalahan jenazah sehingga diperlakukan sebegitu rupa.

"Dia tidak menunaikan solat berjemaah setelah terdengar azan, tidak mahu mengeluarkan zakat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama'."

Balasan Orang yang Tak Hormat Azan
Di dunia: Susah nak mengucap bila sakaratul maut.
Di akhirat: Allah masukkan timba air panas dalam telinga.

Keadaan Orang Beriman Meninggal Dunia:
- Tersenym
- Dahinya berpeluh kerana air yang disiram oleh para malaikat untuk mengelakkan jasad panas.

Kelebihan Zikir
- Dijauhkan dukacita
- Lahir rasa cinta kepada Allah
- Hati dan wajah bercahaya
- Diberi kemanisan iman.

Allah Melaknat:
- Cukur kening.
- Buat tatu.
-Warnakan rambut.

Amalan Ayat Kursi:
- Menjauhkan diri dari syaitan.
- Elakkan kecurian.
- Allah sayang kepada kita seperti sayangNya kepada Rasulullah.

Sebenarnya ada banyak lagi, ni buku kedua, buku pertama aku entah ke mana aku letak. Sayangnya .. Banyak ilmu dalam tu .. Okay. Nak off, sebelum tu ada sedikit kata-kata ilmiah.

Siapa yang menyembunyikan ilmu, maka Neraka lah baginya.

Kalau ada orang tegur kita, maknanya Allah masih sayangkan kita dan tak mahu kita membuat dosa.

Okay, sekian, wassalam.


nur rasyidah abdullah

No comments:

Instagram