Pages

Hostel Wujud Kembali?

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh:)

Hah. Amekau, sekian dua bulan perkataan tu ditelan mulut, akhirnya kini dia kembali. Menggegarkan otak-otak penginapnya. Merisaukan hati para pelajar. Menggamit memori lama para penduduknya. Memaksa aku untuk mereka ayat bersastera.

Ya, itu dia. Hostel sudah kembali! Eh, ke kita yang kembali ke hostel? :/

Kehkeh, ya itu dia hakikat yang terpaksa diterima sekalian pelajar yang mendiami hostel. Facebook, Twitter, Internet terpaksa ditinggalkan. Malahan, TV dan handphone juga terpaksa mengucapkan sayonara (segelintir la).

Well, looking at the bright side, sebenar benar benarnya, bagus jugak kita tinggalkan semua tu. Takdelah lalai memanjang. Lalai belajar, solat, lalaikan kawan pun boleh jadi tau!

Hm, dan nampaknya semenjak dua menjak ni tangan aku makin lemau nak menulis. Penyakit sudah datang. Penyakit malas. Ah, dan penyakit ini kembali kerana simptom malas untuk packing barang balik ke asrama sudah ada.

Apa-apa yang aku merepek ni pun, tahun depan aku bergelar senior. Senior di sebuah sekolah agama, dan wauuu, Alhamdulillah, masuk tahun ke-empat aku di situ :') Teringat masa awal-awal masuk. Menangis beria. Kononnya taknak stay. Kalau tak sebab famili aku bertegas dengan aku, tak mungkin aku masih di SMKAP, di sidai di bawah cahaya hidayah (minta CP ya bukanhomemade :) )



Mau lagi seperti ini? Klik gambar di atas.

Hah sudah sudah. Aku nak pergi solat Asar. Sia-sia ada widget sebegini berguna tapi solat lambat. Oh ya, aku rekemenkan untuk korang-korang muslimin supaya dapatkan widget ni, so that kita tak leka menghadap laman-laman sosial tu. Kehkeh.


Widget ni terletak di Desktop. Khas untuk pengguna Windows 7. Kot. Hehe. Tengok, dia seolah-olah beri reminder kan? Eh, bukan. Macam countdown gitu haa.

Then, about ten minutes nak masuk waktu..


Comel kan widget ni? So, dapatkan secara freeee di http://prayer.i906.com.my/ :)

Oh ya, yang pasal fanfic tu,er, nanti cerita lah ye. Hehe.

Assalammualaikum :)




nur rasyidah abdullah

No comments:

Instagram