Budak PMR dah mula resah gelisah menanti result. Sampai terbawak-bawak ke mimpi. Haih, aku pun turut berjangkit. Mana tak resah, kalau mimpi dapat result 9A's ke takpe, ini dapat 6A's, 7A's. Haha, macam-macam. Mainan tidur je kot. Tak usah duk pikir sangat.
Contohnya sahabat aku ni, Mun.
Aku ingat aku sorang je mimpi. Rupa-rupanya diorang jugak. Haha, betullah, we're not alone in this world, as long as we have Allah. Then aku balas kat status aku pulak :
Okehh, get ready for the whole story of my nightmare.
Dalam mimpi tu, aku tengah bercakap dengan beberapa kawan-kawan aku kat dalam kawasan sekolah. Tiba-tiba someone datang and said, "Weh keputusan PMR dah keluar lah." Pastu kitorang pun ramai-ramai pergi ke tempat di mana result menunggu.
Cuba teka dekat mana amik result?
Kaunter Kooperasi Sekolah. I repeat, Koop. Wehh, siapa yang amik result dekat koooppp ?
And, to make things worst, result tu just terbiar bersusun atas kaunter tanpa ada orang menjaga. Susunan lak bercampur satu batch. And, nama aku paling atas sekali. DUP DAP DUP DAP.
A, A, A, A, B. STOP. Terus aku set mind aku dapat 7A's 2B. Kecewa bai. Bila bertembung dengan kawan-kawan,
"Weh, kau dapat berapa?"
"7A je .."
Yang aku peliknya, tak pulak aku menangis. Padahal, biasanya kalau benda macam reslut ni, dapat cemerlang aku menangis, dapat terus pun aku menangis jugak. Haduiihh.
And suddenly, I'm awakened. Solat Subuh, haha.
Soo, tafsiran aku ialah, berdoalah pada Allah untuk segalanya. Sebab Allah Maha Kuasa. He is The Great. And have all the might to change the taqdir.
Sedikit Tanyalah Ustaz's Doa Slot.
"Kalau nak berdoa, kena dengan cara dan nada yang betul. Sedar kita ni siapa bila berdoa dengan Allah. Jangan sampai doa itu seolah-olah menjadi satu arahan. Contoh:
Ya Allah, bagilah aku rezeki yang melimpah ruah. Bagilah aku ...
Tak ke nampak macam mengarah tu? Sepatutnya, guna perkataan yang lebih kepada merayu, dan meminta simpati Allah, sedar bahawa kita ni hanya hamba-Nya. Yang lemah dan sangat perlukan bantuan-Nya.
Ya Allah, Kau kurniakanlah aku rezeki yang Halal, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Rezeki, Ya Allah.
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment