Pages

STJ-stagram : Teacher's Day :3 part oneeee

Assalammualaikum and double triple extravaganza hello to you guys babeeeeee   . Hyeaah, finally, one semester done at STJ. Alhamdulillah, lots of new chapters of my life happened in STJ . Mid Term baru lepas haritu. Hasilnya? Hmppp, let bygones be bygones la hahak . Opp apa-apa pun, nak share sekerat lagu ni :

My love is like a red rose, It may be beautiful now, But my sharp thorns will hurt you. My love is like a red rose, Yes, I may be fragrant, But the closer you get, the more I’ll hurt you.
Aku suka lagu ni, maybe dia ada kena mengena dengan someone kot . Hahah. Anyway, jom cerita ceritu ceriti pasal Teachers Day yang gempak gila mampat sendat harituu .


// Fai, Dini and Mee as the Mukadimah.

That Thursday, dari asrama dah siap-siap pakai baju kurung purple and melawa, then terus ke kelas. Sementara nak tunggu majlis start lah kan. And sepanjang dalam kelas, memang kerja kitorang snap pics je la, di samping meng-usha baju orang kekeke . Tu memang keje biasalah kan. Touch-up hadiah cikgu. 




Did I mentioned earlier the theme of the Teacher's Day? Masquerade koooot . Semad kan? Glamor gitu. Mask menjadi passport kecik untuk orang masuk ke dalam dewan (padahal tak guna sangat pun). Tapi seriously, mask sume orang lawa-lawa.




Ni antara gambar daripada photoshoot kitorang haritu. Thanks a lot lahh tu Pikah untuk snap gambar kami-kami ni . Alhamdulillah semua bagi komitmen nak amik gambar, and bila aku tengok gambar ni, rasa macam dah jadi mahasiswi puloks . Banyak kali jugaklah snap pic sampai ada mamat jeles terjengah dari pintu kelas.

"Dahla tu, rosak kamera tu kang."

Hmm , aku rasa punca utama kamera aku akan rosak sekiranya banyak lagi gambar macam ni wujud dalam kamera aku :




Tapi kalau gambar-gambar macam ni tak pe :


             



Hahaha. Okay okay tak baeek. Sambung cerita. Pukul 8.30 semua orang bergerak ke dewan, menanti kemunculan guru-guru. Andd, kemunculan guru sangat lah semad, dengan mask and fog effect, ouhhhh .


Puaslah aku dan Fai mencari ustaz kitorang, tak jumpa-jumpa. Sampai cikgu yang terakhir pun, takde jugak. Muka masing-masing dah sedih macam kena klorok dah . Lambat-lambat tu baru la ustaz masuk. Lega la sikit.

Bila dah habis, kitorang cari ustaz. Pastu bagi kad raya kat ustaz, pehal lak kad raya. Kad Hari Guru, ehehe. 

"Saya taknak ni. Saya nak A+ Bahasa Arab dalam SPM."

Ayat Ustaz mencengkam jiwa kitorang.

"InsyaAllah Ustaz!" 

Wuuhuhuhu permudahkanlah kami Ya Allah.

Okayy la, sambung kat part twoo pulak. Kbye, Assalammualaikum ♥  



nur rasyidah abdullah

No comments:

Instagram