Pages

Episode 5 - Meet him, Yes or No ?

Kejap lagi, aku dah nak bertolak ke konsert, dengan Lia. Lia singgah rumah aku, kemudian kitorang ke sana dengan kereta aku (sebenarnya kereta mama aku). Aku merenung hadiah yang dibeli semalam. Beria-ria aku dan Lia round satu Alamanda cari hadiah. Akhirnya aku belikan untuk T.O.P cermin mata hitam yang jenis hippie. T.O.P kan suka pakai sunglasses macam tu kan? Lia pula belikan G-Dragon dia teddy bear, sebab dia kata G-Dragon tu comel masa dia tangkap gambar dengan bear.  Untuk BIGBANG yang lain? Keychain nama members BIGBANG yang siap ditempah!

Aku text Aman sebelum bersiap-siap.

Assalamualaikum. Thanks 4 the tickets. Klau x mroyan abes la ktorng nk jmpe bigbang:)

Lima minit kemudian, Aman membalas:

No prob. Hve a nice day ^__^

Aku tersenyum lalu beredar dari katil, menuju ke almari. ‘Baju apa yang aku nak pakai ni?’ Keluar-masuk baju aku dibuatnya. Dress? Ughh, fancy sangat. Baju muslimah? Hmm. Hah, cardigan shirt labuh! Terus aku padankan dengan jeans Voir aku dan tudung bawal hitam. Siap! Aku turun ke bawah dan memanaskan enjin kereta Myvi mama.

“Uda, jangan balik lewat sangat ya?” Pesan mama kepadaku. Aku mengangguk-anggukkan kepala.

Tak lama lepas tu, Lia sampai. Aku bersalam dengan mama dan ayah lalu bertolak ke Shah Alam.

“Wah Lia, comel lah blaus tu. Kau beli kat mana? Labuh macam dress kembang.” Lia menoleh ke arahku.

Well, kau tau je lah, apa yang aku pakai semua comel.” Tawa kami terburai.

“Lia, aku dah bungkus glasses tu elok-elok. Leper betul weh! Macam saiz handphone aku dah aku tengok.” Aku menunjukkan kepada Lia bungkusan hadiah itu.

“Elok lah tu. Tak payah nak space besar-besar macam beg aku ni.” Mak uih, berbonjot beg Lia aku tengok. Tergelak aku dibuatnya.

Dalam lebih sejam, sampai jugak kitorang kat Shah Alam. Kitorang solat Maghrib dulu kat surau berdekatan dengan stadium. Usai solat, terus aku memecut kereta ke stadium. Parking full! Ramai betul orang. Aku turunkan Lia, suruh dia beratur dulu. Takut ramai pulak nanti. Dah pukul 7.45 malam. Pukul 8.15 start konsert.

Akhirnya, aku sertai Lia beratur. Terpaksa letak kereta kat luar kawasan stadium. Penuh sangat.

Tickets please.” Tanya usher tersebut kepada kitorang.

Here, but can we reuse this ticket?” Lia bertanya.

What do you mean?”

I mean, if we’re out from this concert for a while, can we reuse our tickets back to reenter?”

We have backstage pass, too.” Sambungku, mengharap usher tersebut membenarkan kitorang.

Usher tu berbincang dengan beberapa pekerja lain sebelum menulis sesuatu di atas tiket.

Here. Make sure you show the guards this signature. Now, may I show both of you girls your place?”

Sure. Thanks a lot.” High 5 Lia!
...

Hey  Malaysians! We’re the BIGBANG, shall bang up you all tonight!” Pentas yang kosong tiba-tiba meriah dengan pelbagai cahaya lampu sebaik sahaja G-Dragon keluar. Suasana di dalam stadium riuh dengan jeritan V.I.P, termasuk Lia dan Uda. Kelihatan ramai V.I.P bersorak kuat sambil memegang ‘Crown Light Stick’.

“KYAA, Uda, GD aku, Uda!” Lia menggenggam erat tangan Uda, sambil melambai-lambaikan tangannya. Tempat mereka terletak di tengah dan berdekatan dengan pentas.

Ahli BIGBANG yang lain mula keluar seorang demi seorang. Tae Yang yang segak dengan topinya, Maknae Seung Ri yang comel dengan sweater hoodienya, Dae Sung yang berlari-lari anak, T.O.P dengan cermin mata coolnya, serta G-Dragon yang memakai shirt tanpa lengan menyapa penonton konsert.

Its been about six months since we had a concert here. Do you miss us?” Pertanyaan Dae Sung dibalas dengan jeritan V.I.P.

Keriuhan ditambah apabila BIGBANG mempersembahkan lagu Tonight, Hands Up dan Love Song. Kemudian diteruskan dengan nyanyian lagu solo setiap ahli BIGBANG.

...

“Uda, dah pukul 8.30 malam! Jomlah.” Lia menarik-narik lengan bajuku. Aku bagaikan tersedar dari mimpi yang panjang. Pipiku dicubit sendiri. Eh, aku tak mimpi! Aku berada dalam konsert sekarang ni!

“Jom. BIGBANG dah habis kan?” Lia mengangguk. Kitorang bergegas menuju ke tempat letak kereta. Aku membuka pintu kereta dan menghidupkan enjin. Kereta Myvi itu mula dipandu.

“Lia, aku rasa macam dalam mimpi je sekarang.” Aku tersenyum.

“Haah, dahlah tempat kita dekat dengan pentas. Memang jelas betul muka GD tadi.”

“Hah, dah sampai. Jomlah cepat. Takut lambat pulak.”Aku mematikan enjin. Kereta Myvi sudah sampai di perkarangan surau. Lia mengambil telekung di bonet kereta.

...

Aku dan Lia melipat telekung yang dipakai setelah usai solat berjemaah. Baru saja nak melangkah keluar, tiba-tiba datang seorang makcik lalu menegur kitorang.

“Anak berdua ni dari mana? Uhukk, makcik, uhuk uhuk, tak pernah pulak nampak kamu berdua kat surau ni?” Terbatuk-batuk makcik tu menyapa kitorang.

“Kami dari Putrajaya, cik. Datang sini sebab..” Lia menjeling ke arahku, memintaku menyambung.

“Err, sebab ada hal kat sini kejap makcik. Ni pun nak pergi balik la ni.” Cepat-cepat aku sambut.

“Ohh, uhuk uhuk. Ya ke? Makcik pun uhuk uhuk. Uhuk Uhuk!” Alamak makcik ni teruk semacam je?

Tiba-tiba makcik tu rebah. Pengsan. Aku dan Lia dah kalut. Makcik-makcik lain mula mengerumuni kami.

“Nak, kenapa ni?” Tanya makcik yang bertudung biru.

“Er, makcik ni, dia tiba-tiba rebah.” Aku tau Lia tak dapat nak jawabkan sebab muka dia dah pucat semacam.

“Nak, boleh bawakkan Mak Nab ni ke hospital? Kami semua tak ada kenderaan nak hantar dia. Mak Nab ni dah teruk ni nak.” Oh, nama makcik ni Mak Nab?

Aku dan Lia saling berpandangan. Kalau hantar makcik ni, pukul berapa pulak kami nak sampai konsert nanti? Konsert habis pukul 10.30 malam. Sekarang dah nak masuk pukul 9.

“Lia, tolong aku angkat Mak Nab dalam kereta. Kesian Mak Nab ni.” Kami memapah Mak Nab dengan segera ke dalam kereta. Setelah enjin dihidupkan, aku mencari hospital yang berdekatan dengan kawasan stadium.

Setibanya di kawasan hospital, Lia memanggil beberapa pekerja hospital untuk membawa Mak Nab ke bilik kecemasan. Aku mendaftarkan nama Mak Nab dan menguruskan beberapa hal di kaunter. Agak lama juga kami di hospital.

Jam menunjukkan pukul 10.20 malam. MasyaAllah. Aku memandang Lia.

“Jangan risau Uda. Kalau kita tolong orang, insyaAllah, Allah tolong kita balik.” Lia mengukir senyuman segaris. Aku tahu, dia juga ingin pulang ke konsert.

Aku meminta doktor yang merawat Mak Nab untuk memaklumkan kepadanya bahawa kami akan kembali melawatnya setelah kami selesai menguruskan hal penting kami. Kemudian aku dan Lia berlari-lari anak menuju ke kereta.

...

Sesampainya di stadium, kelihatan ramai orang sudah keluar meninggalkan stadium. Kebanyakan kereta mula berkurangan. Aku dan Lia menuju ke pintu utama dan cuba berbincang dengan guard di situ.

I’m sorry miss, but the concert is over.” Aku merujuk jam. Haah, dah pukul 10.40 malam.

But, we have the backstage pass. Can you just let us in to meet the artist ?”

I’m  afraid it’s a no. Sorry, the backstage pass is valid until 10.35 PM. The artists are having their rest now.”

Aku dan Lia mengeluh perlahan. Nampaknya tak ada rezekilah nak jumpa pakwe kitorang. Dengan lemah-longlainya kitorang melangkah ke kereta.

- END OF EPISODE 5 -


nur rasyidah abdullah

No comments:

Instagram