“KAU cuti mana dengan famili kali ni?” Dengan mulut yang penuh dengan aiskrim Baskin Robin yang dibeli di Alamanda, aku bertanya pada Aman melalui telefon.
Aman, kawan sekelas aku sejak tingkatan satu. Tapi, kitorang mula rapat sejak Aman mula bermesej dengan aku. Ramai orang gosipkan aku dengan Aman, tapi kitorang menidakkan. Aman dengan aku dah tetapkan status kitorang berdua. Teman tapi mesra.
“Seoul kot. Ayah aku ada kerja, biasalah dia tu. Alang-alang kat tempat best tu, kitorang pun ikut sekalilah.”
Aku terdiam. Untunglah anak orang kaya, desis hatiku. Seoul pulak tu. Dahlah KPOP tengah hot sekarang ni. Mesti dia terserempak dengan artis punya. Mesti dia ..
“Uda?” Tersedar aku. Hish, mengelamun je kerja aku sekarang ni. Mentang-mentanglah dah habis SPM, 24 jam tak henti nak berangan.
“Yaw?”
Eh, diam pulak mamat ni. Apa kes? Tadi panggil aku. Mesti tukar syif mengelamun dengan aku ni.
“Kau jealous aku dapat pergi kan? KANNNNN ?” Jerit Aman. Berdesing telinga dibuatnya. Sengal betullah. Nasib baik aku sahabat yang baik dan penyabar. Kuss.
“Aku ingat nak ajak kau sekali. Mama pun dah bagi green light tau. Tapi, tak cukup tiket flight. Sorry,” kesal Aman. Aman selalu cerita pasal aku kat famili dia, so taklah rasa terasing sangat.
“Kau ni, tu kan percutian keluarga kau. Buat apa nak ajak aku. Terbangak-bangak pulak nanti kat sana.” Satu suapan masuk ke dalam mulut aku. Borak lama-lama dengan Si Aman boleh kebulur jadinya.
“Oh ya, kalau kau jumpa T.O.P, kata kat dia, aku rindu sangat kat dia. Haha!”
“Kau memang setia dengan T.O.P kan? Daripada form two, sampai sekarang! Bajet T.O.P kenal kau je.”
Satu keluhan dilepaskan. Betul, aku ni cuma seorang daripada beribu-ribu orang yang minat T.O.P. Mana mungkin dia kenal aku. Huh, fantasi aku tinggi sangat. Tetapi, biarlah fantasi tu berkekalan, walaupun sampai aku dah kahwin nanti.
Aman dan aku menghentikan perbualan tak lama lepas tu. Kehabisan kredit katanya.
...
Dah lebih kurang seminggu aku tak contact dengan Aman. Aku yang larang dia. Tak, kitorang tak gaduh, aku tak nak dia membazir kredit. Bukan dia kisah pun kalau kredit habis banyak ke apa. Asyik nak telefon. Tak telefon, SMS. Baru-baru ni, dia hantar aku gambar dari Korea (memang degil tahap cipan budak seorang ni). Memang lawa, pemandangan dia, SubhanAllah, menakjubkan.
Tiba-tiba kedengaran lagu Tell Me Good Bye. Ada mesej masuk lagi. Dengan malasnya, aku mencapai Samsung merah jambu tu. Aman lagi? Tapi bukan SMS, MMS. Gambar apa lagi ni?
Ommo, nasib baik tak terlepas telefon aku. Gambar T.O.P! Gambar real, fancam. Bukan yang kat studio. Aku rasa nak melonjak keriangan macam kanak-kanak Ribena la pulak! Aww, thanks Aman! Aman yang terbaik!
Akq sdare ak snap mse YG Family Concert ary tu. Ak tau, msti ko bwk tido gmba mamat nieh. Hampeh tol XD
Betul cakap Aman, aku memang tidur dengan memegang telefon aku. Dengan gambar T.O.P sebagai wallpaper!
...
"Lia, tengok la ni!" Hari ni aku keluar dengan Lia. Lia ni kawan baik aku, sama-sama fanatik dengan BIGBANG. Tapi, dia obses dengan G-Dragon.
"Eh, gambar GD aku ada tak?" Lia merampas telefon aku. Beria-ria mencari gambar pakwe kesayangan dia tu. Tak lama kemudian, dengan muka hampa, dia pulangkan telefon.
"Mana kau dapat gambar T.O.P? Tak silap aku, ni dekat YG Family Concert kan? T.O.P ni suka pakai baju corak macam ni."
"Si Aman bagi. Kakak saudara dia snap masa kat konsert tu la." Aku jawab acuh tak acuh.
"Aman tu, baik betul kan. Aku tengok korang ni macam suami isteri pulak."
PAAP! Satu tamparan hinggap di peha Lia. Padan muka kau! Ayat memang tak boleh blah langsung. Lia tersengih-sengih memandangku.
"Uda, kau tau tak, aku teringin sangat nak tengok diorang ni live depan mata." Spontan, aku dan Lia mengeluh bersama. Memang kitorang teringin sangat nak pergi, tapi kitorang bukannya orang senang macam Aman. Nak kena simpan duit juga untuk perbelanjaan universiti. Tambahan lagi Lia target nak sambung belajar kat Mesir.
"Biarlah tak dapat jumpa diorang pun. Asalkan aku ada kau!" Aku memeluk bahu Lia. Lia tersenyum, membalas pelukanku.
"Uda, terima kasih sebab jadi sahabat baik aku."
"Terima kasih juga, Lia."
Aiseymen, sampai part touching pulak. Aku terus mengajak Lia berjalan ke food court. Lapar!
Aman dan Lia adalah anugerah Allah yang sangat aku sayang. Sahabat aku, ketika aku susah dan senang. Aku tak sanggup nak berpisah dengan diorang. Aku risau kalau satu hari nanti, kami akan berjauhan. Harap-harap aku dah bersedia nak hadapi saat itu.
Secara senyap, aku menaip SMS dan menghantar kepada Lia. Aman? Ah, tak payahlah. Salah faham pulak karang mamat tu.
- END OF EPISODE 1 -
No comments:
Post a Comment