Pages

Episode 12 *malas nak buat tajuk sebab takdak idea*

Setelah meletakkan keretanya, Aman berlari ke dalam, memasuki KLIA. Matanya melilau mencari kelibat Uda dan Lia. Dia berlari-lari dalam kawasan KLIA. Tiba-tiba matanya menangkap kelibat Uda yang ke hulu ke hilir dengan ekspresi muka risau. Aman mengejar Uda dari belakang.

“Uda! Uda!!”

Uda berpaling ke belakang. ‘Eh, Aman?’ Uda memberhentikan langkahnya.

“Nampak Lia tak? Puas aku keliling KLIA ni!” ujar Uda. Muka kepenatannya jelas kelihatan.

“Tak. Aku baru sampai. Macammana kau tahu Lia nak fly ni?”

“Semalam, ..”

...

Semalam.

Aku berbaring-baring di atas katil. Kak Cha keluar berjalan-jalan bersama mama, shopping lah tu. Aku mencapai telefon di sebelah, melakukan hobi aku, iaitu bergosip dengan Lia. Tanganku mendail laju nombornya, almaklumlah dah hafal. Mula-mula talian elok, tiba-tiba macam diputuskan. Aku pelik. Apa kejadahnya minah ni? Salah tekan kot. Aku menelefon sekali lagi. Aik, putus lagi? Aku cuba berfikiran positif. Maybe minah ni kena ceramah ngan parents kot time aku call. Aku menghantar SMS.

Woit woit. SMS ak ble dh hbes hal.

Telefon aku campak ke tepi. Apa nak buat ni? Hobi nombor satu tidak berjaya dilaksanakan. Mataku melilau mencari apa yang boleh dilakukan. Aku ternampak Gori, kucing oren yang menumpang rumahku. Heheh, aku tau apa nak buat.

MIAUOOOOOO!

Aku tergelak kuat. Melompat kucing tu aku kenakan. Padan muka kau. Makan minum je tau, nak melepaskan hajat sesuka hati je kat laman rumah. Aku jugak yang kena bersihkan. Hish.

Tiba-tiba datang satu perasaan, apa Lia dengan Aman sebut, ‘friendship instinct’! Ah sudah. Teringat pulak apa kata Lia masa aku hampir accident hari tu.

“Kau tak rasa macammana ‘friendship instinct’ tu. Rasa macam tak boleh buat apa-apa tau.”

Betul cakap kau Lia. Hati aku resah betul. Apa benda nak jadi ni? Aku terus ke bawah, minta kunci kereta mama. Nak pergi rumah Lia. Mama mengizinkan.

Setibanya di rumah Lia, aku keluar dari kereta. Eh, pintu gate berkunci? Ada vacation ke? Mesti diorang bagitau aku. Aku cuba menelefon Lia. Talian tak diputuskan, tapi tak dijawab. Dah hampir 11 kali aku telefon, tak nak juga angkat. Aku geram.

Aku rasa, mungkin ketara sangat kegeraman aku, sampai Mak Limah, jiran sebelah Lia mendekatiku.

“Uda cari Lia ke?” Mak Limah memang kenal aku, sebab dari dulu sampai sekarang, aku dengan Lia akan bergosip di luar rumah, sampai rumah Mak Limah pun dengar. Bayangkanlah, rumah Lia n rumah banglo. Jaraknya dengan rumah sebelah jauh jugaklah. Betapa kuatnya suara kitorang bergosip?

“Haah, Mak Limah. Dah telefon berkali-kali, tak berjawab.”

“La, kamu tak tau ke? Satu famili pergi hantar Lia ke KLIA, nak pergi overseas.”

Mataku terbeliak mendengarnya. Jantung ni, rasa nak pecah. Terus aku mendail nombor Aman, mahu memarahinya. Berkomplot dengan Lia la ni sampai tak nak bagitau aku.

...

“Hah, tu, tu. Tengok ramai-ramai orang tu. Ada group budak pergi Mesir. Cuba cari kat situ.” Aman menunjuk ke arah kumpulan pelajar yang sedang berbual sesama sendiri. Di celah mereka, kelihatan ada papan tanda bertulis ‘Mesir’. Di sebelahnya juga ada kumpulan pelajar lain, mungkin ke negara lain.

Aku dan Aman mengelilingi kumpulan pelajar itu. Namun tiada. Batang hidung Lia masih tidak kelihatan. Uda rasa hendak menangis. Uda meminta diri untuk ke tandas.

“Uda?” Panggil Aman.

Uda memandang Aman. “Be strong,” sambungnya. Uda mengangguk.

Semasa menapak ke tandas berdekatan, Uda terlanggar seseorang. Uda terkejut apabila mengetahui dia melanggar Lia. Uda terus memeluk Lia di situ. Lia membalas pelukan. Mereka berdua menangis di tengah-tengah orang ramai.

“Lia, kau jahat. Kenapa tak bagitau aku kau nak fly dah?”

Lia meleraikan pelukan. Dia memegang bahu Uda dengan kedua belah tangannya.

“Aku tak sanggup beritahu kau. Aku tak sanggup pisah dengan kau. Tak sangka pulak kau akan tahu secepat ni.” Lia mengesat air matanya dengan hujung tudung bidang yang dipakainya.

“Tapi kenapa? Kau ni. Lagi lah aku sedih kalau tak iring kawan aku nak fly.”

“Kau tak faham. Aku tak buat yang terbaik. Aku tak dapat tunaikan hajat mak ayah aku nak..” Percakapan Lia dipotong dengan pengumuman penerbangan ke Mesir dan Seoul. Lia menarik nafas sebelum memeluk Uda seeratnya. Lalu dia meleraikan pelukan dan cepat-cepat mendekati kumpulan pelajar yang mula sibuk mengangkat bagasi mereka.

Uda cuba mengejar Lia. Namun ditahan Aman. Nampaknya Aman nampak aksi mereka berpelukan tadi. Tapi Uda tak kisah, yang penting dia mahu mengejar Lia.

“Uda, I say no!” Aman meninggikan suaranya. Uda bagaikan tersedar. Matanya terkebil-kebil memandang Aman dan kelibat Lia yang makin menjauh. Air matanya jatuh lagi sekali.

...

G-Dragon terbaring di atas katil. Mereka baru sahaja tiba di rumah mereka. Mesej yang diterimanya membuatkan jiwanya kacau.

Jiyong, im cntinueing ma stdies ovrseas. W’out uda’s knowldge. Srry coz i’d not rplying ur mssages. Maybe aftr dis, i’ll not b rplying ur mssages again. Mybe, 4ever. Srry. Btw, i’ll alwys b ur fan.

G-Dragon meraup mukanya. Telefonnya dicampak ke dinding.

Aku suka dia ke? Entah. Tapi yang penting, aku suka ke tidak ke, aku dah terlambat. Kalau dia balik dari overseas, akan ada orang propose dia. G-Dragon mengepal penumbuknya. Dinding di sebelahnya ditumbuk. Kesah darah tercalit di dinding.

“LIA!! WHAT HAVE YOU DONE TO ME?”

...

Lia memandang ke luar kapal terbang. ‘Aku buat semua orang marah? How idiot I am,’ fikir Lia. Kapal terbangnya masih belum berlepas. Kelihatan ramai pekerja di luar sibuk mengalihkan bagasi kepunyaan penumpang. Masih ada beberapa penumpang yang belum memasuki kapal terbang. Lia menyandarkan kepalanya.

“Erm, Assalammualaikum, nama siapa?” Gadis di sebelah Lia bertanya. Lia memandang gadis itu.

“Waalaikummussalam. Aliana. Panggil Lia je.” Lia tersenyum dan bersalaman dengan gadis merangkap sahabat barunya itu.

“Oh, saya Siti Raudhah. Panggil saya Siti.”

“Ye ke? Nama awak sama macam kawan saya. Kawan baik saya.” Lia menarik nafas. Hatinya dihimpit rasa sedih. Dia terbayang muka Uda yang beriak sedih semasa mereka berpisah sebentar tadi.

“Bertemu dan berpisah kerana Allah adalah pilihan terbaik.” Siti menggosok bahu Lia perlahan, menenangkannya. Lia tersenyum segaris.

“Dan Allah pilih awak sebagai sahabat baru saya.” Lia memeluk bahu kawan barunya.

...

Tumblr_lqfq5lfip31qdmvfvo1_500_large

Aku menunggu di restoran itu. Menunggu Aman. Sebenarnya, kesedihan aku masih berbaki. Siapa tak sedih bila terpaksa berpisah dengan sahabat karib? Aku memandang sekeliling. Hmm, Alamanda ni banyak menyimpan memori aku dan Lia dari tingkatan tiga lagi. Kat MPH, tempat kami sorok-sorok belajar. Kat cinema, kami tengok wayang bersama-sama. Parkson, tempat cari hadiah hari jadi.

Aku menggaru kepala. Hish lambat betul. Orang tengah sedih-sedih ni. Aku menghirup sedikit air Horlick yang dipesan sebentar tadi.

“Er, assalammualaikum. Sorry lambat. Nervous,” akhirnya Aman muncul dan mengambil tempat di depanku.

“Waalaikummussalam. Hapekemende nervous ko ni?”

“I’ve got something to tell you.” Aman menundukkan mukanya. Tangannya menguis-nguis meja.

“Ee, gedik lah kau. Cepat bagi tau. Nampak tak ni?” Aku menunjuk ke daguku.

“Ada apa kat dagu kau?” Berkerut Aman memandang daguku. Pelik kot.

“Lah, tak nampak ke? Tumbuh janggut ni haa.”

“Bongok la kau. Aku serius ni, memain lak dia.” Aman menepuk meja. Mukanya menunjukkan reaksi bengang. Haha, sorry la kawan.

“Cube mung goyak, gapo seriusnya mung ni?” Aku tak tau kenapa tiba-tiba aku macam ni. Macam orang sewel gitu. Maybe sebab time tu aku rasakan ada berita buruk daripada Aman.

“Aku, aku akan sambung belajar dekat London. University of London, flight aku minggu depan.”

Good. Semua orang nak tinggalkan aku seorang-seorang terkontang-kanting kat sini.

...

Tergamam Puan Raima dibuatnya apabila anak tunggalnya berlari memasuki bilik dan menghempaskan pintu. Apa yang terjadi lagi ni? Puan Raima segera menyudahkan basuhan pinggan di sinki. Kemudian dia menaiki tangga menuju ke bilik anaknya. Pintu bilik diketuk.

“Uda, is everything alright?”

“How is everything alright when both of my friends continue their studies, and me, still in Malaysia, still haven’t a chance to study?” Uda membalas dengan suara yang serak. Pintunya masih bertutup, tidak menunjukkan tanda membenarkan ibunya masuk.

“Raudhah, let me in.” Puan Raima mengetuk pintu lagi sekali. Perlahan-lahan, pintu itu dibuka. Puan Raima masuk dan terus memeluk anaknya. Uda menangis di sisi ibunya lalu menceritakan apa yang terjadi. Puan Raima memujuk anaknya. Jauh dalam sudut hatinya, dia juga bersedih kerana anak tunggalnya ini masih tidak mendapat mana-mana tawaran universiti. Namun, dia sedaya upaya menyembunyikan perasaannya untuk menguatkan semangat anaknya.

...

Tumblr_lqpk5qme4z1qzjcnwo1_500_large

Lia berehat di atas katil sebaik sahaja selesai menghias dorm barunya. Barang-barangnya yang masih berbaki dilambak di hujung bilik. Manakala Siti mengatur baju-bajunya di dalam almarinya.

“Lia, saya  pergi mandi dulu ya? Rasa panas la pulak.” Siti menapak ke arah bilik air dengan membawa tuala dan barang-barang toiletries.

Lia mengangguk. Cuaca di situ sememangnya panas. Mungkin sekarang, negara itu mengalami musim panas. Lia membuka tudungnya lalu disangkut dengan penyangkut baju. Lia menghidupkan teefon dan mengeluarkan komputer ribanya. Nasib baik kawasan dormnya menyediakan perkhidmatan Wi-Fi.

Halaman Facebook dibuka. Ramai juga yang online ya pagi-pagi macam ni. Oh lupa, dia berada di negara lain. Malaysia sekarang mungkin berada dalam waktu malam. Lia melihat rakan-rakannya yang online. ‘Eh, Uda online?’ Lia terus menghantar chat kepada sahabat baiknya.

Aliana Heartiz: AsSalam. Uda, wat pe 2?
Aliana Heartiz: Uda? Ko on9 x?

Raudhah Heartiz offlines.

Lia meraup mukanya. Lah, marah lagi ke? Lia terus tertutup moodnya untuk melayari facebook. Sebelum log out, Lia melihat profil Uda. Nampaknya, jarang berupdate. Mata Lia tertancap pada status terbaru Uda.

Raudhah Heartiz
Se7en – Better Together for both of you:(

Hati Lia serta-merta menjadi geram. Dia tau Uda menujukan status itu buatnya dan Aman. Tanpa log out, Lia terus menutup laptopnya dan meletakkan ke tepi. Dia mengetap bibir. ‘She’s so over,’ fikirnya dalam hati.

...

Beberapa hari lagi, Aman akan bertolak ke London. Barang-barangnya sudah siap dikemas. Aman duduk bersandar di kerusi berdekatan meja belajarnya. Penat. Terlampau banyak barang yang hendak dibawa.

Tiba-tiba dia mengimbau saat dia dan Lia bertemu untuk membincangkan tentang hubungan mereka.

“Aman. Aku harap kau faham, aku bukannya menolak pinangan kau ke apa, tapi, kau tak rasa terlalu awal ke nak merancang semua ni?” Lia berterus-terang. Aman terkebil-kebil memandang Lia.

“Kau dengan Uda, sama je. Bagi alasan, kononnya terlalu awal. Nanti, kau akan tangguh-tangguhkan dan maybe, kau akan biarkan aku terus menunggu, padahal kau dah kahwin dengan orang lain. Macam tu?” Aman membalas dengan nada marah.

Lia memandang Aman dengan tajam. “For your info, Mr Aman, love cannot be force. Kalau dah jodoh, insyaAllah, tak ada yang dapat menghalang jodoh tu daripada bercantum. Dan, aku tak suka cinta yang tak ikhlas. Faham?” Lia membangunkan diri dan beredar. Aman mendengus.

Bunyi pintu yang terkuak mematikan lamunan Aman. Aman memandang ke arah pintu. Rinie rupanya. Rinie memasuki bilik abangnya sambil membawa dua cawan Horlick, kegemaran mereka berdua.

“Nah. Air kegemaran abang.” Rinie menghulurkan secawan kepada abangnya. Aman menyambut.

“Apa mimpi adik abang nak buat air ni?” Aman menghirup air itu. Panas.

“Hish, abang ni. Mana ada mimpilah. Saja je nak buat. Takut lepas ni, kalau abang dah ke London, Rinie rindu nak buatkan air untuk abang.”

Aman memandang adiknya. Rinie tertunduk, menahan air matanya dari menangis. Aman mengusap kepala adiknya yang seorang itu. Mereka berdua memang rapat. Kalau gaduh pun, takat gaduh-gaduh sayang je. Mereka pasti saling rindu-merindui nanti.

-END OF EPISODE 12-

nur rasyidah abdullah

No comments:

Instagram