Pages

Episode 14

Sebaik sahaja kelas berakhir, aku terus menapak ke bangunan dorm. Mengikut jadual, kelas tadi adalah kelas terakhir untuk hari ni. Nasib baik tak jauh sangat bangunan akademik dengan bangunan dorm. Banyak lagi yang belum diuruskan. Budak-budak yang satu dorm dengan aku pun tak habis kenal lagi. Petang ni, dengar-dengar diorang nak buat sesi kenal-kenalan kat Star City Mall. Sebab itulah aku kena bersegera nak kemas barang. Semalam, baju je yang aku sempat masukkan dalam almari. Yang lain semua terbengkalai sebab aku tertidur lepas sembahyang Isyak.

Sambil berjalan, tangan aku membelek kamera Nikon yang ayah belikan sempena keputusan SPM aku yang ‘boleh tahan’ tu. Banyak juga gambar yang ditangkap. Pemandangan di Korea ni terlampau indah dan mempesonakan. 2 daripada 4GB kad memori aku penuh dengan gambar. Amboi.


 

Caption: Makanan yang menyambut sebaik saja sampai:3


Tumblr_ly49qevet71r0bklgo1_500_large

Caption: Berdekatan dorm:) Night walk~



Caption: Dalam kedai~


Tiba-tiba pandangan aku terhadap kamera diganggu dengan satu bayang-bayang. Eish, siapa pulak blok ni. Aku pandang depan, ‘Aih, tak ada pun orang depan aku?’. Aku dah mula rasa seram sejuk. Manalah tahu ada vampire terbang atas aku. Makk. Perlahan-lahan aku mendongak.

“Hey, what’s going on up there?” Jeritku.

...


“Ni kedai terakhir kita kan? Penatlah, awak tak penat ke?” Lia menarik-narik hujung lengan Siti, bagaikan anak kecil yang merengek kepenatan. Siti tergelak kecil dan menepuk bahu Lia perlahan.

“Sekejaplah, barang-barang dalam kedai ni comel kan? Saya nak usha kejap. Sabar ya?” Siti beredar memasuki kedai yang bertema antik itu. Lia mengangguk dan menurutinya.

Suasana kedai otu kelihatan antik dan susunan barangnya teratur, walaupun terdapat banyak juga barangannya. Pemilik kedai ini pandai mereka dan menyusun atur kedudukan kedai supaya tidak kelihatan bersepah atau menyemakkan. Setiap barangan dikategorikan mengikut jenis benda masing-masing. Lia melangkah menuju ke rak yang pertama.

‘Memories will not be deleted because it will always stay inside you,’ Lia memandang sepi papan yang bertulis teks itu. Lia mengeluh. ‘Memang, memori aku dan Uda, walau macammana aku nak lupakan, ia tetap bergam kukuh.’

Lia berjalan melepasi rak yang terbaris lurus itu. Matanya melihat pelbagai barangan seperti bingkai gambar, kotak muzik dan jam analog antik. Dia tertarik kepada satu kotak muzik yang kecil dan diperbuat daripada kayu. Tangannya mencapai kotak itu dan membukanya.

Bukak lagu music box ni:) http://www.youtube.com/watch?v=GnkzT4qbez0

Apabila dibuka, kelihatan sepasang patung perempuan berpegangan tangan yang berpusing. Di hujung kaki mereka tertera tulisan kaligrafi ‘Friends Forever’. Lia tersenyum. Kalaulah dia dan Uda masih dalam hubungan persahabatan yang baik, tanpa berfikir apa-apa lagi, mesti dia terus ke kaunter dan membayarnya. Lalu dihantar ke Malaysia, khas buat kawannya itu.

“Lia, awak ada nak beli apa-apa?” Tiba-tiba Siti muncul dari belakang Lia. Siti mengambil kotak muzik dari tangan Lia dan membeleknya.

“Eh, lawalah. Belilah untuk kawan awak tu. Nanti, bila balik Malaysia, bagilah kat dia.”

Lia tergamam. Perlahan-lahan, dia mengangguk. Siti tersengih dan menarik tangan Lia menuju ke kaunter.

(okeh boleh stop lagu sekarang)

..

Uda berlari sepantas kilat, mengelilingi bangunan itu. Mana pula perginya pintu ni? Kepalanya diteleng-teleng mencari. Beberapa pusingan dibuat, akhirnya Uda menjumpai pintu di sebalik kotak-kotak yang tidak digunakan. Terus sahaja dia membuka dan menaiki anak tangga di hadapannya. Memang dia dah tak fikir apa-apa. Yang penting dia perlu segera supaya dapat menahan perempuan itu.

                                     

“YAA !! What you think you’re doing?!?” Uda menjerit habis-habisan. Perempuan yang tunduk memandang ke bawah mengangkat mukanya dan memandang Uda. Terdapat air mata bertakung di mata sedihnya. Uda mendekati perempuan itu secara perlahan-lahan.

“Leave me alone! I cannot stand living in this cruel life!” Perempuan itu menangis teresak-esak. Uda menarik nafas. ‘Macammana nak pujuk minah ni? Aku bukannya reti nak pujuk,’ fikir Uda. Uda berjalan ke arah perempuan itu.

Jangan dekat. Jangan dekat!!” Perempuan itu menjerit. Uda yang tidak memahami apa yang dikatakan terus melangkah ke depan.

“Come, reach my hand, please?” Uda menghulurkan tangannya.

Aku kata jangan dekat! Kalau kau dekat aku terjun ke bawah !” Perempuan itu menggertak lagi sekali. Uda mengerutkan muka.

“Please, share your stories with me. Maybe it will make you better?” Uda mendekati perempuan itu sehingga jarak mereka hanya beberapa sentimeter sahaja lagi. Perempuan itu terkejut kerana Uda masih berani mendekatinya.

Dia sengaja nak cabar aku, ya? Baiklah aku terjun.’ Perempuan itu menarik nafas sebelum melompat dan terkapai-kapai di udara.

“YAA!!”
...

Malam itu, setelah makan malam, TOP termenung di balkoni. Fikirannya masih teringat tentang kejadian tadi. Betulkah itu dia? Kenapa dia berada di sini?

Angin malam yang sejuk itu menampar lembut pipi TOP. Suasana bandar Seoul pada malam masih meriah dengan lampu di bangunan dan bunyi kereta di jalan. Masih ramai orang berpeleseran di kedai-kedai, tidak kurang juga yang selamba menghasilkan suara-suara sumbang.

Tiba-tiba telefon TOP berbunyi. Dengan gopoh-gapah TOP menyeluk seluar dan mengeluarkan telefonnya.

“Hello?”

“Seungie~ Hello my dear,” suara itu bernada manja.

TOP membeliakkan matanya. Telefonnya hampir terlepas dari tangan.  Bommie? Sejak bila dia pandai menggedik dengan aku ni?

“YA, siapa yang kau panggil dear ha? Perempuan perasan!”

“Aww, janganlah macam ni. Kan kita dah lama tak jumpa? Jom date esok?” Suara itu melentok-lentokkan suaranya.

“Bo? Hey jangan nak merepeklah! Siapa yang nak date dengan kau?” TOP menengking. Beberapa members BIGBANG memandang TOP pelik.

Kau lah. Hehe. Pastikan esok kau datang Star City Mall, tepat jam 3 petang. Kalau tidak, aku akan sebarkan cerita-cerita buruk pasal kau kat paparazzi.

TOP memutuskan talian dan menendang besi gril balkoni. Hatinya terlampau geram dengan perangai perempuan itu. Melampau! Kenapa tiba-tiba jadi macam ni pulak? Mentang-mentanglah nama aku tengah baik sekarang ni, nak ugut-ugut pulak?

Dari jauh, G-Dragon dan Taeyang memandang TOP. Taeyang mengangkat bahunya kepada G-Dragon. G-Dragon kembali memandang TOP, berharap agar sahabat baiknya akan menceritakan kepadanya apa yang berlaku.

-END OF EPISODE 14-

nur rasyidah abdullah

No comments:

Instagram