Pages

Episode 15.

Aku terus menyentap tangannya. Mata aku pejamkan, takut melihat apa yang terjadi kalau aku tidak sempat menangkap. Tiba-tiba aku rasakan gerakan di tanganku. Mataku dibuka perlahan-lahan. Eh, aku dapat, aku dapat! Alhamdulillah~

Dengan sepenuh kudrat, aku menarik perempuan itu ke atas kembali. Nasib baik dia ni pun kecik je orangnya. Aku dudukan dia kat atas lantai, jauh sikit daripada hujung. Manalah tahu dia terjun balik ke bawah. Perempuan tu menangis. Aku diam dan pandang je perempuan tu. Eh, dia pakai tag nama Konkuk University? Maksudnya dia satu universiti dengan aku ke? ‘Kim Rae Nee’. Comelnya nama:3

“May I know, what’s your problem? I am not to be a nosy person, but just in case you’re having a bad time, maybe it will decrease some?”

Perempuan itu mengesat air matanya dan memandangku. Agak lama juga kami terdiam. Beberapa minit kemudian dia menggeleng dan menundukkan kembali mukanya. Aku melepaskan keluhan. Apasal la susah sangat nak cerita?

Aku memandang jam di tangan. Eh, dah lambat ni!  Kelam-kabut aku mengutip buku-buku yang diletakkan di tepi. Jaket yang dipakai aku tanggalkan dan memakaikannya kepada perempuan tadi. Bukannya apa, aku nampak dia tengah menggigil. Trauma kot? Tapi, kan kat Korea ni tengah musim panas? Perempuan tu memandangku pelik. Aku harap dia faham lah.

“Ohh, sorry, I have to go now. I have a date with my new friends. Urm, and for the jacket, just give me tomorrow. I’ll wait you at the College of Architecture building,” tanpa berkata apa-apa lagi aku terus berlari ke bawah.

...

Rainy terkebil-kebil di atas bangunan itu. Perempuan tadi tu,.. Rainy memegang hujung jaket pink yang dipakainya. Selama dia menjadi mahasiswi di universiti itu, sekali pun tidak pernah orang melayannya sebaik itu.  Perlahan-lahan, dia cuba membangunkan dirinya. Sebenarnya, Rainy masih trauma setelah dia batul-betul terjun dari bangunan itu. Dia tidak menyangka dirinya bertindak sedrastik itu.

Baiknya dia. Siapa nama dia ya?” Tiba-tiba datang satu suara dari arah tangga bangunan. Rainy memusingkan kepalanya. Oh. Junhyung. Rainy merengus dan cepat-cepat berjalan ke arah tangga, namun cuba mengelak daripada Junhyung. Malangnya, badan Junhyung yang sasa itu menghalang laluannya. Rainy menjeling Junhyung sebelum merempuhnya kuat. Junhyung terjatuh ke belakang. Rainy berlari melepasi Junhyung.

“YAA! Siaplah kau esok! Aku akan pastikan kau merana habis-habisan!” Junhyung menggosok-gosok belakangnya. Perit rasanya. Nasib baik tak jatuh kat tangga terus tadi.

Junhyung bangun dan menuruni tangga secara perlahan-lahan. Dalam benak fikirannya, strategi jahat disusun satu persatu, khas buat Rainy. Tiba-tiba, perancangannya diganggu oleh lagu ‘Beautiful’ yang bermain di telefonnya. Segera Junhyung membelek telefon. ‘Ada panggilan?’ Junhyung menekan butang jawab.

“Annyeong. Awak tengah buat apa tu?” Junhyung tersenyum. Lah, awek aku rupanya.

“Annyeong dear. Baru nak balik dorm ni,” jawab Junhyung. Setibanya di bawah, Junhyung mendekati kereta dan membuka pintu. Dia menekan butang ‘On’ untuk radio. ‘Volume’nya diperlahankan.

Ye ke? Awak, saya rasa nak makan kimchi lahh. Jom date?” Suara itu tergelak manja. Junhyung turut tergelak. Ada pulak nak date makan kimchi.

“Oh, so, ochorago?” Junhyung sengaja mengusik kekasihnya.

“Bo? Ochorago? Jomlah sayang~”

“Okay, okay. Awak tunggu kat rumah. Saya jemput, okay?” Junhyung memujuk semula.

“Okayy. Saranghaeyo~”

...


TOP resah menunggu Bommie di situ. Hari itu dia memang sengaja mengenakan kaca mata hitamnya yang paling besar. Tak mahu orang ramai mengenalinya dan membuat spekulasi yang bukan-bukan. Nampaknya Bommie ni memang tak pandai menepati masa.

“Annyeong Seungie,” sapa Bommie lalu mengambil tempat di hadapan TOP. Penampilannya hari itu terlampau menyerlah. Dengan mekap tebalnya, serta baju yang terlampau tidak cukup kain. Entah kenapa, TOP rasa muak.

“What do you want from me?” TOP terus mengajukan soalan itu kepada Bommie. Mukanya dimasamkan.

“Nothing, it’s just, I’m missing you badly.” Bommie memintalkan rambut hadapannya dengan gaya gedik. TOP mencebik secara senyap-senyap. ‘Ingat lawa sangat?’

Bukan ke masa kita ada buat music video sama-sama hari tu, aku lah orang paling kau benci?” TOP menangkat keningnya.

Tu kisah lama. Sekarang ni, aku mula menaruh minat dekat kau.”

Kau. Senang-senang je nak tukar pasangan kan? Kau ingat lelaki ni apa? Stokin?” TOP menengking, tetapi masih mengawal suaranya. Pandangannya terhadap Bommie penuh dengan kebencian.

Tiba-tiba, Bommie mencapai tangan TOP dan memegangnya lama. TOP terkejut dengan tindakan Bommie yang drastik itu.

Belum sempat Bommie mengeluarkan kata-katanya, TOP terperasan kelibat gadis yang dilihatnya semalam.Gadia itu kelihatan tergamam melihat TOP dan Bommie yang berpegangan tangan, sebelum perlahan-lahan, mengundurkan langkah dan melarikan diri.

“No! It’s not what you’re thinking!”

...


“Banyak betul barang aku beli,” fikir Lia semasa membayar barang-barangnya di kaunter pembayaran. Mana tidaknya, barang dapur selonggok, barang peribadi selonggok lagi, barang yang dipesan Siti lagi. Lia menggelengkan kepalanya. Entah cukup tidak duit yang dibawanya.

Sesudah proses pembayaran, Lia berjalan keluar kedai dengan memegang plastik-plastik yang berat itu. Nasib baiklah dormnya berdekatan dengan deretan kedai. Terkedek-kedek dia berjalan melepasi satu per satu kedai di situ. Sudahlah musim panas. Pakai tudung labuh lagi. Berstokin pula, dugaan, dugaan.

Setibanya di kedai yang paling hujung, Lia menarik nafas lega. ‘Akhirnya, beberapa meter lagi, sampailah aku kat dorm.’ Tiba-tiba Lia terdengar bunyi tapak kaki berlari. Makin lama makin dekat dengannya. Lalu Lia pun ke tepi, menyangkakan bahawa bunyi tapak kaki itu dari belakangnya.

BUMP! Sangkaan Lia meleset. Rupa-rupanya orang itu berlari di koridor paling hujung, di sebelah kirinya. Mereka bertembung, dan masing-masing terjelepok. Alahai.

“Mianhae, mianhae~” Lia mendengar kata-kata orang itu. Kepalanya agak berpinar. Tergeleng-geleng kepala Lia menahan pening. Namun, Lia menundukan mukanya. Malu. Dia mula mengutip barang-barangnya. Orang itu juga melakukan perkara yang sama.

“Sorry too. Heres your phone.” Lia menghulurkan telefon yang tercampak di sebelahnya. Di hujung telefon itu, tergantung handphone charm bertulis BIGBANG. Lia memandang lama charm itu. Bukan ke, itu dia dan Uda berikan hadiah untuk semua ahli BIGBANG? Bermakna..

“Lia?? What are you doing here, in Korea?”

Lia mengangkat mukanya. ‘G-Dragon?’

...

Uda tersandar kepenatan. Dia tidak percaya apa yang dilihatnya. TOP dengan Park Bom? Bukan ke selama ni Park Bom dengan G-Dragon? Fikirannya mengimbas kembali saat pertemuannya dan BIGBANG buat kali terakhir di BIGBANG.

“Do you like Lia?” Uda memandang tepat muka G-Dragon. Mencari sinar kejujuran.

G-Dragon terdiam. Uda tersenyum. Ye lah tu.

“Jiyong, if you admire her, you must open up your feelings  before she flies to Egypt soon. She’s gonna continue her studies there.” Sambung Uda lalu menjilat sedikit aiskrim yang mencair.

“But why?”

“I’m afraid there’s someone waiting for her to finish her studies and propose her.”

G-Dragon menunduk. “Don’t you think it’s a bit early to tell her my feelings?”

“Hey, it’s never a bit early to confess your love. Just tell em’.”

Uda menepuk dahinya. Takkanlah selama ni hubungan diorang cuma gosip saja? Bukan dalam twitter G-Dragon banyak gambar mereka berdua? Alih-alih TOP dengan Park Bom pula? Pening pening. Si G-Dragon pulak macam minat dengan Lia hari tu.

Tiba-tiba Uda teringatkan Lia. Sudah lama dia tidak menghubungi sahabat karibnya itu. Rasa rindu makin menebal. ‘Eleh, dia yang sombong. Dah sampai Mesir, tak tahu nak telefon ke apa.’ Uda mengeluarkan telefonnya dan menekan bahagian Pictures. Da membuka album Ourself. Banyak gambarnya bersama Lia. Satu per satu kenangan diimbau Uda.

“Uda? Is that you?”

Uda memusingkan kepalanya. TOP?

...


Suasana di Russell Square itu sangat menyenangkan. Pokoknya yang kehijauan itu bagaikan melambai-lambai. Beberapa orang kelihatan sedang berjoging di sekitar taman itu. Aman memandang satu per satu muka ahli usrah Malaysianya. Alhamdulillah, walaupun dia berada di London, dia masih dapat merasai pengalaman berusrah. Pada hari itu, ketua usrah mereka, Abang Saiful yang merupakan senior di University Of London mengadakan aktiviti ‘ice breaking’ memandangkan hari itu adalah hari pertama mereka berusrah.

“Nama saya Arman Rauf, boleh panggil Aman. Saya berasal dari Putrajaya, dulu bersekolah di SMK Putrajaya Presint 11 (1). Sekarang, menuntut dalam bidang Medical, Developmental Biology. Bakat terpendam? Erm, nyanyi kot?” Aman tersengih memandang rakan-rakan usrahnya. Memang betul pun, dia ialah bekas penyanyi nasyid sekolah.

“Ye ke? Wah, kasi dengar sikit, boleh tak?” Gurauan Abang Saiful disambut dengan anggukan beberapa ahli usrah.

Aman tersenyum malu. Melihat kesungguhan mereka menggesanya, Aman memperbetulkan cara duduknya. Dia menyanyikan lagu Permata Yang Dicari, salah satu lagu kegemarannya.

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Serta-merta minda Aman mengimbas kenangan lamanya. Gadis itu. Adakah dia akan berjaya mengambil hati gadis yang dicintainya?

-END OF EPISODE 15-

nur rasyidah abdullah

No comments:

Instagram