Pages

The Perks of Being A Hostel Kiddo

Assalammualaikum!

Normally I will not use the laptop more than twice a week. But maybe today is not the norm. So, basically, I was a student at SMKA Dato Haji Abu Hassan Hj Sail & SM Sains Tuanku Jaafar. Despite the cons I faced throughout these years of horrible fascilities and experiences, I couldnt agree less that there are indeed some things or moments of the past that is lingering in my mind nowadays.

So, here goes nothing - The Perks of Being A Hostel Kiddo

1. BEING INDEPENDENT
Alah, this typical point, for sure ada dalam benak fikiran masing masing. Because of the ability of us to do our own laundry, setting our schedule, this and that all by ourselves. Aha! And dont forget - managing your financial too!

Ada pernah satu time tu, I was being boros kot I guess, and ended up takdak duit! Nak makan waktu recess pun takleh sebab takde duit sangat! How broke is that! That week was a disaster I tell you. Indeed. Lepas tu bila Mama aku datang terus asingkan duit untuk simpan and untuk belanja yang penting sahaja!

Selain about duit, duduk asrama ni jugak membolehkan kau setelkan apa-apa masalah dengan sendiri. For surelah kalau ada problem mesti cerita kat orang kan, atau call mak kat public phone, but in the end, kau sendiri jugak yang kena solve kan? Things like probably something went wrong with your results, maybe cikgu tersalah taip result kau etc, so kau sendiri yang kena pergi ke cikgu ni, then pergi ke cikgu tu, buat apa-apa sahajalah asalkan benda yang salah tu dibetulkan. Right?

And who cares pasal baju baju kau yang belum iron ke, belum basuh ke. So kau sendiri yang kena jaga diri sendiri, iron baju siap-siap sebelum pergi sekolah. Basuh baju awal-awal agar tak ada masalah takde baju nak pakai ke apa ke.

Teringat pulak suka lawan ngan dormmate sapa dulu basuh baju sapa dulu iron baju hahaha.

2. SOCIALLY ACTIVE
This part of the pros living in a hostel is the one I like the most haha. Hanya kat hostel lah aku boleh bergurau senda dengan kawan sampai lewat malam, kat rumah aku nak bergurau ngan sapa? Hahaha. Okay heres a tip lah, kalau kau nak bahagia hidup kat sekolah yang berasrama ni, perkara asasnya ialah hidup berkawan dan bergeng! Sebabnya, masa form one aku home sick teruk gila nak mati sebab takde geng rapat, aku rasa sunyi, and kesunyian tu lah buatkan aku terkenang segala benda kat rumah macam family aku, benda-benda kat rumah, sampaikan family member yang aku paling tak rapat pun boleh aku rindu! Thats the worst hahahha.

And time awal-awal aku immersion kat SESERI, I was like living in disaster gilaaaa! Tanya mak aku berapa kali aku call sehari for the first 3 days! Serious rasa macam form one balik sebab hostel-sick (that is the penyakit kalau kau rindu hostel asal kau) and tu semua sebab besides Mel yang dari STJ jugak, aku takde kawan! Baik dalam dorm, baik dalam class although they were being friendly ...

And lepas aku tarik nafas dalam dalam, and step keluar daripada 'Zone Ceruk' and start tegur masing masing, bergurau senda, hey, takdelah teruk mana? I ended up spending the evenings watching movies with my new dormmates (yeah Bonda, diorang boleh bawak lappy but why not us??) and they made Mel and me touched when they prepared a farewell wish for us a night before balik STJ. 

Aihh, I lebiu gais.

3. DO CRAZY STUFFS
And this aspect only goes for the peeps yang memang tak pikir orang cakap apa, macam aku hahaha. Meh aku list out some crazy stuffs that we did zaman kat asrama:

1. Main kejar-kejar malam-malam buta kat bangunan akademik sekolah.
2. Panjat atap koridor yang hubungkan dua blok asrama.
3. Melalak kuat-kuat, pasang speaker sambil basuh baju ramai-ramai *ni selalu
4. Melalak dalam bilik air sampai dua tiga dorm nun dengar *ni selalu
5. Birthday pranks sampai birthday girls jerit
6. Tengok movie dalam dorm ramai ramai bising bising
7. Main hujan sampai basah lencun, samada kat luar kelas atau dalam hostel
8. Menari dalam kelas bila semua budak laki dah keluar sebab dah habis prep
9. Main kejar-kejar dalam asrama pulak, turun naik tangga sambil siram air
10. Memekak dalam dorm, pastu bila warden jengah menyorok and acah tido atas katil orang

Banyak lagi yang kitorang buat zaman sekolah! And still terkenang sampai sekarang..

4. INFLUENCED BY PEEPS SURROUNDING TO STUDY
Yang point ni, paling ketara time ada big exam lah macam PMR or SPM. Imagine, dorm kau lah tempat orang berkumpul nak study, and kau nak tido ni. Bila dah lelap, dengar pulak orang baca facts yang samada kau lupa atau kau tak pernah tau pun selama ni, probably masa cikgu ajar kau tertidur kot. Pastu dah cuak, macammana kalau keluar exam tapi kau tak reti nak jawab?

Zupp terus bangun bukak loker amik buku duduk sebelah kawan kau tadi. 

And furthermore, kot kau ngantuk masa study, akan ada manusia secara rela hatinya mengejutkan kau, so jangan risau :D

5. SPOILED BY PARENTS WHEN AT HOME
Kalau before nak balik asrama balik, masa nak beli barang mak aku akan angguk aje apa apa barang yang aku amik, hehehe. Tunjuk lah apa jenis makanan ke, jajan ke. Mesti dapat punya! 

And bila kau balik, parents mesti masak masakan sedap sedap. Alasan? 

"Kat asrama mesti makan tak sedap."

Padahal setiap kali makan malam kat DM tak pernah miss hahahaha


Okay, sampai sini je nak dulu. Nanti bila bila ada idea sambung hehehe, Assalammualaikum!

Poise & Grace,
Nur Rasyidah.



nur rasyidah abdullah

2 comments:

Melolyn said...

Hey Assalamualaikum. ALhamdulillah thanks.. btw, MKIC? Stand for? Under MARA jgk ke? Sy xpasti la.. rasa mcm xde.. sorry =,="

Anonymous said...

Hi Shida, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@zalora.com.my. I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

Instagram