Pages

Babblings.

Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh :3

Ready dok budok-budok?
Yo kapten.
Ambo dok dengar,
Yo kapten!
Uuuuuuu~

Okey okey abaikan lagu merapu di atas itu. Ni semua Iza la yang mengajar aku ni. Haduui. Hmm, nampaknya jarang-jarang aku update ni. Wuwuwu. Ni semua gara-gara pakcik homework la ni.



Pappp hah kau hambik. Bertimbun-timbun atas sofa aku.

Memang leww rasa nak menangis buat benda-benda alah tu. Tapi kan tapi kan, bak kata Gap, benda tu semua supaya aku tak bosan masa cuti. Haah, tapi, aku bosan jugak dengan kebosanan yang tak kunjung tiba ni (apakahh ayat ituu).

Okayy, this brings us to one conclusion.

Manusia perlu bersyukur (sila rujuk buku teks agama tingkatan empat bab satu ye).

Sebagai hamba Allah, kita kena selalu bersyukur. Maybe better kita ada homework yang banyak ni, daripada homework yang lebih super duper banyak, kan kan? 

Kita sebagai manusia ada tugas kita sendiri.

Tugas kita sebagai khalifah:
  • beribadat kepada-Nya
  • menegakkan agama Islam
  • melaksanakan amar makruf nahi mungkar
  • membangun dan mengurus alam dengan baik berdasarkan syariat.
So, Alhamdulillah ya Allah kerana aku diberi kemudahan untuk cuba menyiapkan homework ini semua.



Hmm, tiba-tiba rasa rindu pulak nak bergelak ketawa dengan geng aku dalam kelas 4 Kindi. Haduihh, korang buat apa ek sekarang? Teringin nak bercerita gosip bagai. Hehe.

Hah, cerita pasal gelak ketawa. Teringat aku, masa form one kat Pedas dulu, ada satu tazkirah yang femes dalam kalangan kitorang.

Gelak tak boleh lebih 3 harakat, takut keluar ilmu.

And start dari itu, kalau kitorang gelak je, mesti macam tersekat. Ha ha ha. Hahahahaha. Ha ha ha. Hahahaha. Ha macam tulah ghoman eh. Keke. Macam-macam.

Selain itu ada jugak tazkirah lain macam jangan banyak gelak, nanti gelap hati.

Haihh rindunya aku dekat tazkirah-tazkirah macam tu. Padahal masa kat Pedas, kalau time tazkirah kemain mengeluh. Pastu tidur. 

Tepuk kepala sendiri.

Haihh. Rindu kat budak Pedas pulak. Rindu rindu rindu rindu rindu.

Ya Allah, sampaikanlah salam rinduku kepada semua sahabatku. Aminnn. 

Sekian, wassalam. Homework berlambak + rindu bertamu ;(



nur rasyidah abdullah

No comments:

Instagram