
" Ya Allah , sekiranya sehingga kini sahajalah masaku dengannya , maka apabila sudah tiba saatnya nanti , kau sabarkanlah hatiku . Kau persiapkanlah hatiku untuk menghadapi kehilangannya . Kau permudahkanlah sakaratul maut itu baginya . Tempatkanlah dia dalam kalangan orang yang beriman . Ya Allah , kau kuatkanlah hatiku untuk meneruskan hidup apabila dia sudah tiada nanti . Sesungguhnya kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang . Amin Ya Rabbal Aalamin ."
Aku tak tau . Aku tak tau samada aku sudah bersedia nak terima kehilangan dia . Bertawakal . Tu saja aku mampu buat setakat ni . Ajal maut tangan Allah , kan ?
Sejak kebelakangan ni , dia asyik mengingatkan diri aku dan dia sendiri yang saat dia dah dekat . Dah tak lama lagi , dah ada tanda-tanda . Ya Allah , tersentak aku . Sebak ,sedih . Tak tau macammana nak cakap . Memang sekarang ni aku dah standby . Tapi aku yakin , time hari tu nanti aku mesti tak boleh kontrol . Sebab dia dah banyak berjasa kat aku . Dia banyak mengajar aku arus kehidupan ni macammana .
Ya Allah , sabarkanlah hatiku . Aku , sekarang ni pun asyik teringat mati . Mati , mati , mati . Banyak ke pahala aku ? Cukup ke bekalan aku ? Bersedia ke aku ? Aku takut sangat .
Ya Allah , kau permudahkanlah kami semasa menghadapi sakaratul maut kami kelak .
No comments:
Post a Comment