Assalammualaikum.
Ni gambar keluarga aku. Tapi tak semua orang ada sebab ada yang tengah sarapan. pergi kedai kejap.
Ni gambar arwah Atok and Nenek, sedondon hijau.
Hari Khamis baru-baru ni, pukul .30 petang, Atok aku meninggal. Time tu dia dah ada kat rumah, lepas 9 hari duduk hospital. Jangkitan kuman kat paru-paru rasanya. Aku rasa nak tanya tapi takut Nenek aku rindu dengan Atok pulak. Hmm, kesian Nenek. Sunyilah Nenek kat rumah nanti. Selalu Atok ada temankan. Aku pulak, tahun depan dah jarang-jarang nak balik.
Atok selamat dikebumi semalam, lepas sembahyang jumaat. Aku sendiri tengok orang lain bawak masuk jenazah dalam liang lahad, letakkan ketulan kayu, letak papan, dan masukkan tanah sedikit demi sedikit. Mula-mula proses kebumi tu, aku tak menangis. Tapi bila masa nak masukkan tanah tu, tiba-tiba hati aku terpukul rasa sayu. Rasa kehilangan. Hati aku pun, kadang-kadang akan bermonolog sendiri.
Masa makan, aku pandang kerusi Atok dan terfikir:
Lepas ni, dah tak ada siapa nak sediakan air Milo panas untuk aku pagi-pagi, sediakan air suam untuk aku masa makan, temankan aku makan.
Masa nak solat, tiba-tiba hati aku berkata:
Lepas ni, dah tak ada siapa nak jemaah dengan aku, azankan untuk rumah, tangan untuk aku salam.
Bila pandang pokok kacang botol, aku teringat Atok yang panggil aku dan tunjuk berapa banyak kacang botol yang ada.
Bila berjalan ke kedai bawah, terimbas masa aku dengan Atok yang selalu berjalan ke kedai tu, sambil borak-borak.
Ya Allah, banyak betul kenangan Atok dengan aku. Hampir seluruh aktiviti harian aku ada kaitan dengan Atok. Tu yang buatkan aku sangat-sangat rind dengan Atok.
Pernah tak korang baca entri aku yang ni dulu ----> Ya Allah ? Bacalah. Ada kaitan sikit dengan entri ni. Tau tak kenapa aku buat entri tu? Sebab masa tu, Atok cakap kat aku, dia dah tak lama. Pastu dia asyik cerita pasal mati. Aku sedih sangat time tu, sebab jiwa aku belum bersedia nak kehilangan dia. Atok tu dah macam ayah aku sendiri. Dia yang mengajar aku mengaji, ajar aku sembahyang, betulkan perangai aku. Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakkan seorang datuk yang hebat kepadaku..
Masa Atok kat hospital, aku nampak Atok lemah betul. Lagi lemah berbanding kat rumah. Time tu hati aku rasa sedih jugak. Ya Allah, ni ke Atok aku? Ni ke Atok aku yang dulunya selalu main badminton dengan aku, siram pokok bunga petang-petang?
Kemudian, lepas 9 hari, Atok aku dibenarkan balik. Keadaan Atok lagi lemah. Aku sedih. Tapi aku tak nak orang lain tau aku sedih. Aku tak suka. Tak lama lepas tu, hari Khamis, petang. Aku baru lepas solat Asar, tengah standby untuk goreng keropok. Acik aku pulak tengah basuh baju. Suddenly, aku dengar nenek panggil Atok, mula-mula biasa je, tiba-tiba macam mendayu. Aku pelik, pastu pandang acik aku. Acik aku terus stop basuh baju. Aku pun berlari tengok Atok.
"Jangan kacau, duduk luar." Tu yang Nenek cakap bila aku nak masuk dalam bilik Atok. Aku pun tunggu kat luar, aku tengok Atok tengah pandang atas, tapi tak sesak nafas. Just tangan dia and kaki nampak menggigil. Ya Allah, Atok tengah sakaratul maut ke?
Tak lama lepas tu, Nenek macam rushing. Nenek suruh aku and acik lapangkan kawasan ruang tamu. Kerusi bawak ke luar. Nenek suruh acik telefon anak-anak Atok, bagitau suruh balik. Aku macam, 'Eh, Atok dah takde ke?'
Tak lama lepas tu, paklong aku sampai. Aku jenguk dalam bilik, tengok Atok aku dah bertutup kain putih. Atok dah takde. Camtu je la reaksi aku. Aku tak tau kenapa aku tak menangis. Maybe sebab aku dah boleh agak memang Atok akan tinggalkan kitorang kot.
Ohya, masa hari Khamis tu, hari tu jugaklah birthday Mama aku. Kesian aku tengok Mama. Mama, balik-balik dari kerja terus berjalan dekat jenazah Atok, dengan mata merah, buka kain, tengok muka Atok. Time tu, memang aku menangis. Sedih. Kemudian, mokde aku sampai dan lain-lain.
Acik, memang aku tengok, paling sedih. Maybe sebab Acik paling rapat dengan Atok. Setiap masa Acik bacakan Quran untuk Atok. Ya Allah, memang aku tengok Acik lain betul.
Kitorang kebumi esoknya, hari Jumaat. Hari yang baik, kan? Dengan keadaan hari yang redup, berangin. Alhamdulillah, Atok seorang yang baik. Sangat-sangat baik.
Masa diorang nak bawa jenazah Atok pergi masjid, ahli keluarga boleh cium muka jenazah. Aku cium dahi Atok, selepas Acik. Sebelum tu, aku tengok Nenek cium dahi Atok lama sangat. Aku memang rasa nak nangis. Sayu. Lepas tu, aku palingkan muka kejap. Tak nak tengok reaksi orang lain cium muka Atok. Takut air mata aku meinitik atas muka Atok. Bila sampai giliran aku, aku pun cium kejap. Ya Allah, sejuknya dahi Atok. Tu adalah kali pertama dan terakhir aku cium dahi Atok. Selama ni, aku pernah cium tangan Atok je. Tu pun, dah lama tak cium tangan Atok. Sejak Atok masuk hospital kot. Masa kereta jenazah sampai, hati aku monolog sendiri.
Atok, kereta Atok dah sampai. Lepas ni, kitorang dah tak jumpa Atok lagi.
Waktu kebumi, aku terfikir, macammana bila tiba saat aku pulak yang kat dalam kubur tu? Seksa kah aku nanti? Berat ke mayat aku nanti? Masa talkin dibacakan, menangis ke aku nanti kat bawah? Ya Allah, tengok jenazah dikebumikan memang boleh bagi impak besar kepada kita. Membuat kita berfikir lebih jauh, dan menginsafi diri. Wallahualam.
Ya Allah, Kau jauhkanlah diri kami dari azab api nerakamu. Jauhkanlah Atok dan kami daripada siksaan kubur. Permudahkanlah kami melintasi titian Siratal Mustaqim Ya Allah. Amin.
Terima kasih sebab sudi membaca post ini. Assalammualaikum.
No comments:
Post a Comment