Pages

Episode 11 - Overseas?

Lia menikmati air Milo Aisnya sambil menonton drama Secret Park. Cerita kegemarannya dan Uda. Tiba-tiba dia tersedak. Perasaannya menjadi resah tiba-tiba. Ada sesuatu terjadi ke? Telefonnya berbunyi. Lia menjawab panggilan itu. Kedengaran suara Aman di corong telefon.

“Lia, something bad happened to Uda.”

Lia menelan air liur. Hatinya bertambah resah.

“What is it?” bibir Lia bergetar. Harap-harap tak ada apa-apa yang berlaku.

“Tak tahu, but I can feel it. Friendship instinct.” Lia menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya, tak tahu lah betul ke tidak kalau ada perkara buruk menimpa Uda.

“Yup, aku pun rasa macam tu. Kayh, nak call Uda jap.” Lia memutuskan talian. Sebenarnya dia rasa agak kekok untuk berborak dengan Aman selepas perjumpaan semalam. Tangannya laju mendail nombor telefon Uda.

...

Saat dia rasakan gerakan kereta makin menghampirinya, Uda mendengar seseorang memanggil namanya. Badannya ditarik ke tepi jalan lalu jatuh ke atas seseorang. Uda takut untuk membuka mata. Matanya dikatup serapat-rapatnya.

Kedengaran bunyi pintu kereta dibuka dan tapak kaki yang menapak ke arah Uda. Mungkin pemandu kereta tadi kot. Orang itu bertanyakan keadaan Uda. Lidah Uda terkelu, mungkin terkejut.

“She’s fine. Sorry for the small accident. She’s a bit clumsy,” jawab penyelamat Uda a.k.a Supermannya:)

Pemandu itu kembali ke kereta dan memandunya. Uda membuka matanya perlahan-lahan. Terbeliak terus matanya apabila melihat dirinya berada di atas badan TOP!

“Excuse me Miss Rodent, can you get off from me?” TOP bersuara sambil membuat isyarat “shuuh”.

Uda bingkas bangun dan buat-buat menyapu debu di badannya. Dalam hati, malunya hanya Allah yang tahu.

“Aren’t you waiting for the flight back  to Korea?” Uda buat-buat memandang ke arah jalan. Kelihatan budak perempuan dan wanita tadi mendekatinya.

“Well, I am, then I saw you sitting in the middle of road. Were you suicidal or what?” TOP juga membangunkan dirinya. Dia bersandar di sebuah tembok berdekatan.

Belum sempat Uda membalas, wanita tadi mendekati mereka dan menyampuk.

“Oh my, awak okay tak? Erm, any injuries or what? Sorry, sorry, because of my daughter, you’d nearly had an accident,” muka wanita itu berekspresi risau. Uda tersenyum dan menjeling TOP. ‘Sekarang baru kau tau aku ni suicidal atau tak.’

Wanita tadi beralih pula kepada TOP. “I’m really sorry for troubling you and your girlfriend. I’m truly sorry,” Uda terbatuk tatkala mendengar perkataan ‘girlfriend’ disebut. Mukanya merona merah.

TOP tersengih. Dia memeluk bahu Uda lalu membalas, “Nah, she’s always like that. I don’t know how I got to fall in love and asked her to be my girlfriend,’ TOP mengenyitkan matanya kepada Uda.

“What a sweet couple you guys are! Anyway, sorry for troubling.” Wanita tersebut meminta diri sebelum beredar meninggalkan mereka.

Uda menjeling TOP yang masih tidak melepaskan tangannya dari bahu Uda sebelum dia memijak kakinya. Ha, baru tau! TOP mengaduh kesakitan. Uda melihat jam di tangannya. Alamak, dah pukul 3.30 petang! ‘Kenapa aku selalu lambat jemput orang ni!’, getus hati Uda. Dia segera berlari memasuki KLIA, mencari kakak saudaranya.

“Hey you! Wait!” TOP mengejar Uda. Tangannya dapat mencapai lengan Uda dengan kemas lalu menariknya. Uda cuba menepis. Orang tengah gelabah, dia main tarik-tarik pulak.

“Helloo, I’m over something here?” Uda menarik tangannya tapi tidak dilepaskan TOP.

“Uda? Uda ke tu?” Satu suara menegur di sebalik kekalutan tersebut.

Uda dan TOP menoleh ke arah suara tersebut. ‘Eh? Biar betul,’ Uda bermonolog.

...

Aman tidak senang duduk jadinya. Semalam dah stress pasal Lia, sekarang pasal Uda pulak. Entah apalah minah tu buat sampai aku resah macam ni. Dia menuruni tangga dan merebahkan badannya di sofa. Aman meraup mukanya.

Rinie yang berada di serambi rumah memandang abangnya. Kesian jugak, stress pasal perempuan. Abang Aman ni playboy ke? Rinie menggarukan kepalanya.

Baru Rinie hendak mendapatkan abangnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon dari pintu pagar. Eh, abang posmen:) Rinie tersenyum. Majalah E-Pop diletakkan ke tepi lalu bingkas mendapatkan encik posmen yang setia menanti.

“Abang! Abang Aman! Sini, cepatlah!” Tiba-tiba Rinie menjerit dari luar. Kelam-kabut Aman dibuatnya. Aman berlari mendapatkan adiknya yang berada di luar.

“Apa, apa jadi?”

“Jadi apanya.. Abang ada surat dari MRSM! Maybe pasal universiti abang kat London!”

“Say what?!?”

...

“Kak Cha? Is that you?” Uda tidak berkelip memandang wanita itu. Biar betul, Kak Cha pakai tudung? Terkebil-kebil dirinya.

“Yes, dear. It’s me, your Kak Cha. Umm, is he TOP, one of the BIGBANG members?”

Uda menarik Kak Cha jauh-jauh dari TOP. “Kak Cha, I miss you so much!” Mereka saling berpelukan. TOP menjeling Uda, lalu dibalas dengan penumbuk yang diacukan kepadanya.

“Kak Cha, mama dengan ayah tak sabar tunggu akak balik tau! Jom balik! Give me your bags.” Uda mencapai beg-beg Kak Cha yang banyak. Mereka berdua berjalan keluar dari airport, meninggalkan TOP yang terkulat-kulat di situ.

TOP menggarukan kepalanya. ‘Sorry pun tak cakap? Adehh.’ TOP berjalan dengan lemah longlai menuju ke arah kawan-kawannya. Mukanya dimasamkan, lalu mengambil tempat di sebelah G-Dragon. Dia mengambil MP3 di dalam poketnya, dan memasang lagu Of All Days (sedih betul tu).

Kedengaran pengumuman penerbangan ke Korea dalam masa setengah jam lagi. BIGBANG dan artis-artis lain mula mengambil bagasi mereka, ditemani pengawal peribadi yang setia menjaga daripada dikerumuni orang ramai. Mereka berjalan ke arah eskalator, menuju ke ruang menunggu.

TOP ialah orang terakhir di dalam barisan selebriti itu. Sedang dia berjalan, sayup-sayup kedengaran orang memanggil namanya di sebalik lagu yang dimainkan di telinga. TOP memandang ke belakang, mencari sesiapa yang melambai, namun tiada. TOP meneruskan berjalan.

Tiba-tiba sesuatu benda dibaling mengenai kepala TOP. TOP mengusap kepalanya, sakit dek balingan itu. Kedengaran riuh di belakangnya. TOP berpusing ke belakang. Dia tersenyum melihat Uda dimarahi pengawal yang menjaga mereka. TOP mendekati mereka.

“Excuse me, I’m meeting her,” TOP berkata kepada pengawal itu. Dia mengangguk sebelum meninggalkan mereka berdua.

“Hey, take this. Do you know what is the meaning of pain and hurt?” TOP menyerahkan kasut flat yang digunakan Uda untuk membaling ke kepalanya.

“I just wanna say thanks and, take this,” Uda menyerahkan satu bungkusan leper. TOP mengerutkan keningnya.

“Supposed to give you at the concert. And this bunch of keychains is for BIGBANG. Toodles.” Uda meninggalkan TOP.

“Hey you!” TOP memanggil. Uda memalingkan mukanya menghadap TOP.

“Hope to see you again!” sambungnya.

Uda tersenyum, dan kembali berjalan.

...

“Sungguh la kau ni, cuai! Dari dulu sampai sekarang kita berkawan, perangai cuai kau tak pernah berubah!” Lia memarahi Uda. Uda di hujung talian menekup telefon, tidak tahan dengan leteran sahabatnya. Apa la nasib dapat kawan yang suka membebel macam mak nenek.

“Alah, rileks la, ada prince charming tolong selamatkan. Hehe.”

“Otak kau.” Uda tergelak. Mereka berbual seketika sebelum meletakkan telefon. Uda bersandar di kepala katil, bermonolog sendirian.

‘Ya Allah, bersyukur padamu, hari ini, kau masih membenarkan aku bernafas. Ampunilah dosaku Ya Allah. Sesungguhnya, aku masih jahil.’

Monolog Uda terhenti apabila pintu biliknya diketuk. Uda menjengah kepalanya. Oh, Kak Cha rupanya. Uda tersenyum dan mengangguk, mengizinkan kakak saudaranya masuk ke dalam.

“Dah besar Uda ni. Makin comel pulak!” Kak Cha mencubit pipi adik saudaranya.

“Kak Cha pun sama, makin lawa. Kak Cha, bila start pakai tudung?”

“Second year in unversity. Alhamdulillah, akak sempat dapat hidayah Allah.” Kak Cha dan Uda tersenyum.

“Oh ya, ayah Uda kata Uda tak dapat cari universiti lagi ya? Bukan result Uda elok ke?” Alamak, ayah bagitau la pulak.

“Ha’ah. Uda bukan tak dapat, dapat tawaran USIM ngan lain-lain tu, tapi Uda tak nak belajar kat Malaysia. Uda nak jadi macam akak. Uda nak belajar kat luar.”

Kak Cha tersenyum mendengar pendapat Uda. Tangannya diletak ke bahu Uda, lalu menyambung, “Kak Cha boleh tolong Uda, tapi Uda kena janji.”

Muka Uda bercahaya. “Janji apa, Kak Cha?”

“Janji dengan akak, belajar betul-betul. Habiskan belajar, bina kerjaya elok-elok. Dan terima apa pun tempat belajar yang Uda dapat seadanya. Deal?” Kak Cha menghulurkan tangan.

“Deal!” Uda menyambut dan mereka membuat salam perjanjian.

...


Lia mengemas bajunya, dengan sendu yang masih tidak henti. Satu-persatu baju dia dalam almari digapainya, lalu dilipat dan dimasukkan ke dalam beg bagasi GUESS yang besar itu. Sekali-sekala tangannya menyeka air mata yang berlinangan di pipi.

Lia beralih ke meja belajarnya. Semua barang di atas diambilnya. Pandangannya terarah pada gambar yang dibingkaikan itu. Tangannya menyentuh gambar itu, lalu diambilnya. Lia merenung gambar itu dengan pandangan sayu, sebelum mengeluarkan gambar dari bingkainya, dan melipat kemas lalu diselitkan ke dalam diarinya.

Selesai mengemas, Lia merebahkan badan di atas katil. Dia memerhatikan setiap inci biliknya. Hampir kosong. Tinggal perabot besar dan beberapa barang yang tidak diguna pakai nanti. Bilik ni juga menyimpan banyak kenangannya bersama Uda.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Dinasour! Lia bergegas ke almarinya dan mencapai kotak di atas. Setelah itu, dibuka penutupnya dan diselongkar. Apabila dia menjumpai, kotak itu ditutup semula dan disimpan. Lia memandang patung dinasour itu. Kenangan, banyak betul kenangan.

“Lia! Cepat turun. Dah pukul berapa dah ni,” panggilan ibunya memecah suasana sunyi dalam biliknya.

Lia memasukkan patung itu ke dalam paper bag dan mengangkat bagasinya ke bawah. Sebelum itu, Lia sempat memandang biliknya buat kali terakhir.

Maaf kawan. Aku tak sanggup nak bagitau kau.

...

Aman berkali-kali menelefon Lia, namun masih tidak dapat dihubungi. Barangkali telefonnya ditutup. Mahu telefon Uda? Jangan harap. Takkan diangkatnya. Habis tu, kepada siapa dia mahu beritahu berita gembira ni?

Aman diterima untuk melanjutkan pelajarannya di University Of London, universiti tersohor di negara itu. Gembira bukan kepalang hati Aman menerima berita baik itu. Cita-citanya tercapai juga. Tetapi dia buntu. Kepada siapa dia boleh berkongsi berita itu, selain keluarganya?

Aman memang mempunyai ramai kawan sejak tingkatan empat, masalahnya tiada seorang oun yang begitu rapat dengannya melainkan Uda dan Lia. Aman mengeluh perlahan. Surat di atas meja itu sudah khatam dibacanya.

Tiba-tiba skrin telefon Aman bercahaya. Ada panggilan! Cepat-cepat Aman menyambar telefon itu sebelum melihat nama yan tertera.

“Hello?” Aman memulakan bicara.

“Sampai hati korang kan. Dengan kawan sendiri pun nak berahsia,” Uda? Kenapa nada dia sedih je?

“Kau kenapa? Tiba-tiba je.”

“Banyaklah kau punya kenapa. Kenapa tak nak bagitau aku yang Lia dah pergi KLIA nak fly oversea?”

“Apa kau cakap?”

...


G-Dragon memandang ke luar tingkap kecil di sebelahnya. Entah berapa lama lagi dia akan berada dalam perut kapal terbang itu.

Semalam, sebelum penerbangan, entah berapa ratus kali G-Dragon cuba menghubungi Lia, namun tidak berjawab. SMS tidak berbalas. G-Dragon pelik. Selalunya Lia tak macam ni.

‘Apa kata kalau aku tanya Uda. Minta kat TOP lah nombor dia.’

G-Dragon memusingkan kepala menghadap TOP. Ah, tidur pulak dia. Tersenyum sambil tidur? Syoklah tu dapat hadiah makwe bagi. G-Dragon menyeluk poketnya dan mengeluarkan keychain yang diberi Uda. Di atasnya bertulis namanya. Dia tersenyum dan menyimpan kembali. ‘Nanti-nantilah mintak.’

Di hujung kapal terbang, Taeyang memandang keychain namanya sambil tersengih. Bangganya ada orang bagi hadiah macam ni. Bukannya Taeyang tak biasa dapat hadiah seperti itu, Cuma hadiah daripada Uda dirasakan ada kelainan. Taeyang menyeluk MP5 di dalam begnya lalu memakaikan keychain itu pada MP5. Lawa, lawa.

- END OF EPISODE 11-


nur rasyidah abdullah

No comments:

Instagram