Pages

Episode 2 - Something That Makes Me Smile

Jam Spongebob Squarepants aku menunjukkan pukul sembilan pagi. Nasib baik aku cuti. Aku mengeliat panjang, sebelum mencabut earphone MP3 aku. Tak senonoh betul, tertidur sambil dengar lagu Korea. Kalau mak ayah aku tau ni, nahas MP3 aku jawabnya. Sambil menggosok-gosokkan mata, aku bangun mencari tuala mandi. Tiba-tiba aku terpandang telefon aku. Alamak, ada mesej masuk pulak.

Salam. Kitorang blik Malaysia ary nie. Mama sruh ko jmput ktorang at airport kul 10. -aman-

Terbeliak mata aku. Pukul sepuluh? Ya Allah, aku dahlah baru bangun tidur. Dengan pantas aku membersihkan diri dan turun ke bawah. Mama dan ayah aku mengizinkan aku keluar. Segera aku menyambar kunci kereta ayah sebelum terus memecut ke airport. Perjalanan ke airport pulak mengambil masa selama 30 minit. Sekarang dah pukul 9.50 pagi. Lagilah menggelabah aku dibuatnya. 

Sampai-sampai kat airport, dah pukul 10.20 pagi. Aku cari si Aman, tapi tak jumpa-jumpa. Aku mula risau. 

"Lambat sangat ke aku ni? Diorang dah balik dulu? Eish, mesti Aman marah gila kat aku ni," aku membebel sendirian. Resah betul. 

...

Pukul 11.00 pagi. Aku dah terduduk kat kerusi. Aku call Aman, tapi tak dapat dihubungi. Rasa macam nak melalak satu airport bikin semua orang dengar!

Ada flight baru arrived. Aku tengok ramai betul dari tempat arrival. Dengan hati sedih, aku pandang orang yang disambut famili diorang. Berpeluk-peluk bagai. Huk huk. MAMA, macammana ni?

"Woi makcik. Apasal kau termenung jauh ni? Awat, pikiq boypren baru kaa? Sampai tak berjemput kami kat tempat arrival?" Dah keluar dah slang Kedah dia.

"Mana ada aku termenung laa Am.." Tak sempat habis ayat, aku menganga melihat Aman dan familinya di sebelah aku. Sah, aku kena dengan si Aman lagi!

"AMAN!!!" Aku kejar Aman keliling airport. Apa aku kisah orang pandang pun. Dato' Asrin dan Datin Nurul, parents Aman tergelak melihat gelagat kami.

...

Kami singgah makan di Mc Donalds sebelum mereka berganjak pulang. Datin Nurul sibuk memarahi Aman kerana mengenakan aku. 

"Aman bukannya apa ma, Aman suruh dia datang awal sikit. Kalau minta datang tepat pukul 11, silap hari bulan si Uda ni tidur dulu." 

Aku menjegilkan mataku kepadanya. 'Kurang asam betul Aman ni.' aku berkata dalam hati. 

"Yang kamu ni Uda, kenapa susah-susah nak datang jemput ? Ni ha, si Aman kan ada tinggalkan kereta dia kat sini." tanya Datin Nurul.

"Bukan Datin yang suruh ke?" Aku pelik. Bukan Aman kata Datin yang suruh ke? Sah, sekali lagi. WAKENABEB!

"Abang Aman ni jahatlah buat Kak Uda. Kesian akak kesayangan Rinie." Aku dan Rinie saling mengenyitkan mata.

Aman memasamkan muka. Muka cerut tahap cipan dia lah tu. Apa aku kisah. Aku menyumbatkan sesuap bubur ayam Mc Donalds ke dalam mulut. 

Mereka rancak berbual dan bercerita kat aku pasal percutian diorang kat Korea. Aku yang dengar ni, menganga je lah. Best betul kalau dapat pergi Korea kan? 

...


Aku dengan Aman balik lambat sikit daripada famili Aman. Aman kata nak bagi something. Aku mulanya nak menolak, sebab aku tak biasa berdua-dua dengan lelaki, walaupun Aman sendiri. Dengan Aman pun, bukannya selalu kitorang berborak depan-depan. Takat dalam telefon tu bolehlah. Aman ni pandai memujuk sikit. So, aku setuju jelah. Kitorang singgah kat Pancake Day's.

"Err, kau nak apa Aman?" Agak kekok rasanya. Aku pun perasan, Aman macam tak senang duduk.

"Kau tau tak, akak sedara aku mengandung. Yang snap gambar T.O.P masa YG Family Concert hari tu."

"Ya ke? Bila perasan?" Aku excited. Kakak saudara Aman, Kak Arin peramah orangnya. Aku baru jumpa dia tahun lepas, masa aku dengan Lia datang raya rumah Aman. Kak Arin baru saja tiga bulan kahwin.

"Time dia honeymoon kat Korea. Dia dengan laki dia pergi time konsert tu. Laki dia kata dia muntah-muntah, then pergi check-up, sekali doktor kata dia mengandung." Aman menghirup kopi Cappucino yang dipesannya.

"Ohh, so apa kena mengena dengan perbualan kita sekarang?" 

"Kena mengena dia, benda ni." Aman menghulurkan dua keping kertas.



penulis : gambar cilok je pun. ada unsur penipuan sikit. HEKHEK.

Terbeliak mata aku melihat kertas tu. Eh bukan kertas, tapi tiket konsert Korean Music Wave 20 II! Yang aku angan-angankan untuk membelinya. Sebab BIGBANG akan datang Malaysia!

"Dia dah tempah tiket untuk konsert ni, before dia tau dia mengandung. Konsert ni lagi sebulan. Laki Kak Arin melarang betul Kak Arin nak pergi mana-mana. Nak tengok konsert pun tak boleh. Kak Arin tahu kau fanatik BIGBANG, jadi dia passkan dekat aku suruh bagi kat kau," jelas Aman dengan panjang lebar.

Ah sudah, aku rasa nak menangis. Menangis sebab terharu. 

"Kau tak nak pergi ke, Aman?" Aku bertanya kepada Aman. Aman terdiam. Lambat-lambat Aman menjawab.

"Aku ni tak minat Korea ni semua. Kau tahu kan aku macammana? Lagipun ada dua tiket ni. Kau ajaklah Lia. Tiket ni ada sekali dengan backstage pass. Bolehla kau mintak autograf depan-depan nanti."

"Ya Allah, alhamdulillah. Thanks, Man. Kaulah sahabat aku dunia akhirat." 

Tak lama lepas tu, aku dan Aman pulang. Aman balik dengan menumpang kereta aku. Dah kereta dia, famili dia dah bawak balik. Takkan nak jalan kaki pulak kan? Aku, sudah tak sabar-sabar lagi nak beritahu Lia pasal tiket ni.

- END OF EPISODE 2 -

nur rasyidah abdullah

No comments:

Instagram