Pagi itu, aku turun ke bawah dengan lemah longlai. Tak ada semangat nak jumpa parents aku. Takut masih ada marah yang bersisa kat mama dan ayah aku. Nampaknya mama dan ayah aku bersarapan. Dengan mendiamkan diri, aku menarik dan duduk kerusi di hadapan ayah. Mukaku tunduk memandang roti bakar yang telah dicapai tadi.
“Uda.” Ayah memanggilku. Perlahan-lahan aku mengangkat muka.
“Ya, ayah.”
“Kamu tahu kan ayah dengan mama risaukan kamu untuk ke konsert tu?” tanya ayah.
Aku mengangguk perlahan. Syarahan semalam tak habis lagi nampaknya.
“Kami tak nak apa-apa terjadi kepada anak kami. Ayah tahu, konsert tu bermakna bagi kamu. Tapi macam-macam boleh berlaku kat situ, Uda. Ayah harap kamu faham.”
“Hmm..” Aku menggigit sedikit roti bakar sambil mendengar penerangan ayah.
“Ayah tahu kamu tak bersedia.”
“Bersedia? Bersedia untuk pulak ni, ayah ?” Macam nak kahwinkan aku pulak bapak aku ni.
“Bersedia untuk hadapi kenyataan.”
“Kenyataan apa? Oh, untuk tidak pergi ke konsert ya?” Aku menduga.
“Tak.” Eh, betul ke ayah nak kahwinkan aku ni?
“Bersedia untuk menerima kenyataan bahawa mama dan ayah benarkan kamu ke konsert.” Mama menyambung.
“Oh, ye ke. Nasib baik.” Aku ingatkan nak kahwin tadi. Eh kejap, apa mama cakap tadi?
“Hah? Ulang lagi sekali ma?”
“Mama dan ayah benarkan kamu pergi konsert tu.” Ayah dan mama serentak membalas.
Aku berlari lalu memeluk mama dan ayahku. Alhamdulillah, dapat pergi! Ini sangat awesome!
“Dengan syarat, Uda kena pergi dengan Lia SAHAJA. Faham?”

“Assalammualaikum, Lia, I have great news for you!”
“Waalaikummussalam. Erm, apa news tuh?” Suara Lia lemah semacam. Something wrong somewhere ni.
“Kau kenapa ni Lia? Macam ada something je.” Ah, jangan kata parents dia tak benarkan.
“Uda, parents aku, diorang tak kasi ..” Suara Lia mula serak-serak basah.
“Hah, ye ke? Kau dah pujuk habis-habisan?” Aku pun dah rasa macam nak menangis. Argh, Ya Allah, memang kami tak ditakdirkan pergi ke?
Lia diam. Aku fikir, mana boleh pergi tanpa Lia. Lagipun, kalau boleh pun, kesianlah Lia. Takkanlah aku syok enjoy, dia tersedu-sedu menangis kat rumah?
“Then, I’ll guess we’re not going then.” Aku melepaskan keluhan secara senyap-senyap.
“Eh, Uda..”
“No, no, it’s okay.”
“Uda, I’ve not finished my words. Aku kata parents aku, diorang tak kasi..”
“Tak kasi kau pergi konsert kan? Tak apa Lia, aku tak kisah lah.”
Tiba-tiba Lia tergelak. Eh, mental ke apa budak ni? Sah kemaruk sangat nak pergi konsert sampai gila jadinya.
“Aku nak cakap yang parents aku tak kasi aku tak pergi konsert la weh!” Laju Lia menyambung.
“Hah?” Huh, loading betul otak aku hari ni.
“That means, my parents allow me to go to the concert with you!”
“Hah? Alhamdulillah .. Lega aku. Buat saspen betullah kau ni!” Aku menarik nafas lega. Lia ni memang pandai berlakonlah. Aku nak suggestkan dia masuk Pilih Kasih lah.
“So, see you next month then, insyaallah.” Balas Lia.
“Okay, jangan lupa bawak hadiah untuk GD kau!”
Lia tergelak sebelum dia mematikan telefon. Hah, barulah lega sikit jiwa nurani aku. Tiba-tiba aku terfikir, pukul 7 malam, sempat ke nak solat Maghrib? Alamak. Mati aku. Time aku dah suci la, nak ada pulak konsert ni. Eh, ada pulak macam tu. Hmm.
...
Aman merenung gambar gadis idamannya. Cantik, mukanya suci. Malah, pertama kali berjumpa pun, Aman sudah jatuh hati. Aman ingat lagi, kenangannya semasa di Tingkatan 1 Shoutul Daie.
...
Pelajar di dalam kelas itu kebanyakannya saling berkenalan. Aman sendiri sudah mengenali beberapa pelajar yang berdekatan dengannya. 'Ramai juga pelajar kelas ni. Perempuan lagi ramai.'
Kelihatan seorang pelajar perempuan memasuki kelas itu. Gaya jalannya lembut, terlampau sopan. Alahai longlainya jalan, rasa macam nak tolak je bagi jalan cepat sikit. Kenapa dia menunduk je tu? Tak nampaklah muka dia.
"Aman! Sapa budak tu? Aku tengok slow je dia jalan. Macam Gary." Ejekan Sulaiman disambut dengan ketawa Shuib, Afnan dan Firdaus.
"Budak baru kot. Eh, Cikgu Nelda masuk." Cepat-cepat pelajar Tingkatan 1 Shoutul Daie mengeluarkan buku Mathematics mereka. Ketua kelas memberi salam. Salam disambut lalu pelajar dibenarkan duduk.
"Okey semua, ni ada pelajar baru. Erm, perkenalkan diri?" Cikgu Nelda bertanya kepada pelajar perempuan itu. Dia mengangguk, lalu melangkah ke depan. Kepalanya yang tunduk didongakkan. Terpesona Aman melihat wajah pelajar itu. Suci, macam baru guna Fair N Lovely je.
Pelajar itu mengenalkan dirinya. Gaya cakapnya pun sopan. Teratur. Tapi, Aman rasa macam ada kelainan pada budak tu. Pandangan Aman bertembung seketika dengan pelajar itu sebelum dia mengalih pandangan. Malu.
"Okey, kamu duduklah di sebelah dia yang di belakang tu." Cikgu Nelda menunjukkan ibu jarinya kepada pelajar perempuan yang berdekatan dengan Aman.
Ini memang bagus. Sangat bagus.
- END OF EPISODE 4 -
No comments:
Post a Comment