Pages

Episode 7 - The Meeting

Pagi itu, Lia bersiap dalam biliknya. Ibu ayahnya sudah pun memberi kebenaran untuk Lia pergi ke KLCC mencari hadiah (kononnya). Hari itu Lia bercadang hendak memakai blaus labuh berwarna putih, dikenakan dengan skirt hitam kembang dan tudung bawal putih bidang 45. Sedang Lia memakai tudung bawal itu, tiba-tiba telefonnya berbunyi.

‘Nombor jenis apa pulak ni? Banyak semacam je?’ Desis hati Lia. Lambat-lambat dia mengangkat.

“Hello?”

“Hello. Er inikah nombor Lia?”

“Er, ya ya, kenapa?”

“OK, bye bye!” Talian terputus. Lia pelik. Siapa pulak ni? Suara pelat semacam je nak cakap Bahasa Melayu? Lia mengeleng-gelengkan kepalanya. Orang gila kot.

...


Setibanya di KLCC, Uda dan Lia turun dari bas.  Lia memasuki KLCC untuk mencari hadiah, sementara Uda menuju ke kawasan taman. Dia sudah menelefon Encik Seung Hyun, dan mereka berjanji untuk berjumpa di kawasan taman.

...

Sesiapa yang ada internet laju tu, silakan enjoy dengan mendengar lagu serentak dengar gambar GIF kat bawah yang bertajuk 'The Meeting Of TOP and Uda'.
gambar mungkin akan loading sikit. Rasa nak skip? Silakan, tidak akan mengganggu.











Kalau nak pause sekarang pun takpee, tapi kalau play lagi best!

“Er, TOP? Are you, Mr. Seung Hyun?” Mata Uda terbeliak melihat TOP berdiri di depannya.

“Hye. Hehe, nice to meet you.” TOP senyum dan melambaikan tangan kanannya kepada Uda.

“But, how do you know that’s my phone?”

“Well, by seeing your pictures, of course!”

“What? You looked at my pictures? What else did you see?” Uda kelam-kabut. Banyak gambar self-camnya dalam telefon itu. ‘Dahlah gambar aku dalam tu semua bajet comel je.’

“Well, not much. No Angry Birds please, hehe!”

Uda tersenyum. Nasib baik dia ni artis. Eh, artis Korea tengah duduk depan aku? Dan dia pegang telefon aku? Dan dia buat lawak depan aku? Bahagianyaaaa..

“You left your phone inside the gift box. Here.” TOP menyerahkan telefon milik Uda. Uda membelek-belek telefon itu.

“Is there any messages from anyone? Or miscalls?”

“How I supposed to know that?”

“Duh – you held my phone yesterday? Helloo.”

“Yeah, but I just held it, not investigated it.”

“Ah, whatever.”

“KYAAA, TOP yang dari BIGBANG tu kan?” Kedengaran suara perempuan menjerit dari sebalik kolam air berdekatan mereka.

“Mana? Mana?” Orang lain mula mencari di mana kelibat TOP. TOP yang tidak memahami Bahasa Melayu terkeliru.

“Er, I heard someone said my name in Malay, am I right?”

“Thats your fans. They saw you.” Balas Uda. TOP cepat-cepat mengenakan sunglassesnya.

“Wanna know something? We have to run.”

“For what? Hey, don’t you think that running away from your fans will drop your image?”

“There’s no time for thinking about my image or what.” TOP menarik tangan Uda lalu berlari meninggalkan peminat-peminatnya. Dia memasuki bangunan KLCC dan menuju ke lif.

Uda yang terkejut dengan perbuatan TOP hanya mengikut TOP berlari memasuki lif yang kosong. TOP menekan butang nombor 5. Termengah-mengah dirinya dek berlari tadi. Tangan mereka masih bertautan.

“Er, TOP? My hand, please.”

“Oh, sorry. Sorry.” TOP melepaskan. Suasana kekok mula terasa di dalam lif itu.

Setibanya di tingkat lima, TOP berjalan menuju ke Petrosains. Uda baru tersedar yang dia perlu mencari Lia. Uda memanggil TOP.

“Hey, TOP. I have to go now. My friend is waiting.”

“No, you’re not going anywhere. You’re following me.” TOP mendekati Uda.

“You? To the Petrosains? For what?” Uda mengundur sedikit. Tiba-tiba telefon Uda berbunyi. Cepat-cepat Uda mengangkat.

“Weh Uda, sudah-sudahlah berdrama dengan TOP tu ha. Muak aku tengok.” Lia tergelak.

“Lia, kau kat mana? Aku tak nampak kau pun.” Uda memandang sekeliling. Mana pulak si Lia ni?

“Kat Petrosains lah. Kenapa kau tak ikut TOP?” Uda menjenguk ke arah Petrosains. Kelihatan Lia melambai-lambaikan tangannya di pintu masuk Petrosains. Uda memutuskan talian dan menuju ke Lia tanpa mempedulikan TOP. TOP mengangkat bahunya dan mengikuti Uda dari belakang.

Lia menerangkan kepada Uda bahawa dia terserempak dengan ahli BIGBANG semasa mereka menuju ke Petrosains. Pada mulanya Lia hanya membiarkan. Tiba-tiba G-Dragon ternampak Lia dan menegurnya. Lia terkejut, lambat-lambat dia membalas teguran G-Dragon. Lalu G-Dragon mengajak Lia mengikuti mereka ke Petrosains. G-Dragon memberitahu Lia, Uda akan menyusul dengan TOP nanti.

“This girl said that I should wait and meet my fans so that I can cover my image.” Tiba-tiba TOP menyampuk.

“Who’s ‘this girl’ you are mentioning? My name is Raudhah, not ‘this girl’.” Jelingan Uda diabaikan TOP.

“What? Row-da? Or rodent?” Lia dan TOP tergelak. Jelingan Uda makin tajam.

“It’s Raudhah, Mr. Choi Seung Hyun!” Jerit Uda. Beberapa orang yang lalu-lalang di situ memandang Uda.

“Hey, you know my real name! I like it, so next time, please call me Seung Hyun okay?” TOP membuat muka selamba dan terus memasuki Petrosains, menemui ahli BIGBANG yang lain.

Muka Uda merah menahan geram. Lia cepat-cepat merapati Uda dan menggosok bahunya. Dia tahu, sekira kawannya tidak ditenangkan, bala besar mungkin berlaku.

TOP suka mempermainkan orang sebegitu.

Okey, okey, sudah boleh stop lagu:)

...

Aku dan Lia menyertai BIGBANG dan beberapa artis lain memasuki Petrosains. Nak cakap pasal kebosanan melampau! Hello, masa sekolah rendah, aku dah pergi tiga kali, masa sekolah menengah dua kali, tu pun ada sikit je penambahan, yang dinasour besar tu. Ughh.

Tapi, di sebalik kebosanan, aku nampak ada sinar bahagia dalam mata Lia. Aku tau, dia bahagia sebab G-Dragon ada ( of course, takkanlah sebab pergi Petrosains kot? Dia sekelas dengan aku sejak tingkatan tiga weh, maknanya dia pun dah dua kali pergi ). Hati aku senang tengok dia macam tu. Si G-Dragon pun rajin melayan Lia. Oh, sweetnya kalau diorang couple?

Zett, ingatan secara flash. Couple itu haram. Haram itu .. err, haramlah!

Sekarang kami berada dalam kawasan dinasour. Patut tak aku cakap kat dinasour tu kenapa dia tak berhenti kerja memandangkan dah nak masuk 10 tahun dia kerja?

“BAHH!”

“Oh mak kau terkejut makan dinasour!” Melompat aku ke tepi. Kuss semangat. Aku mengurut dada. Kurang ajar betullah mamat ni. Dari tadi tak habis-habis nak kacau aku!

“What on earth are you talking about, huh? Haha!” TOP tergelak. Aku mengetap gigi. Makin dilayan, makin teruk budak ni. Aku menarik Lia menuju ke depan, berjalan seiring bersama ahli BIGBANG yang lain.

“Oh my, she’s sulking. Ololo my baby.” TOP buat muka pelik dan mengejarku. Aku buat tak tahu dan cuba berborak dengan Tae Yang. Dia ni jenis peramah sikit.

“Are you having much fun here?” Aku bertanya kepada Tae Yang.

“Yeah, of course. It’s just fun and exciting. Do you know what? In Korea, we have a place looks kinda like this. But it’s a bit bigger.”

“Oh yeah? Then it must be really awesome in there. How I wish I could go to Korea.” Aku melepaskan keluhan kecil.

“Nah, I’m sure that one day, you’ll reach Korea. I’ll wish you the best!”

“Thanks.” Aku tersenyum pada Tae Yang. Dia ni baik sangat. Sebab tu aku suka borak-borak dengan dia. Nampaknya mamat tu dah senyap. Akhirnya, dunia aku aman kembali.

...

Uda dan Lia tiba di kedai cenderamata bersama BIGBANG. Mereka berpecah lalu mencari hadiah dan melihat barangan unik di situ.

Lia menuju ke rak menjual patung dinasour. Pelbagai jenis dinasour ada di situ. Lia mengambil dinasour yang berwarna merah jambu. Dia membelek-belek patung itu. Lalu Lia melihat tanda harganya. ‘RM69, waw, memang patutlah mahal. Saiz pun besar,’ desis hati Lia.

Tiba-tiba, G-Dragon datang dan berdiri bersebelahan Lia. Lia terkesima, tetapi dia cuba mengawal perasaannya.

“Erm, Lia, I wanna say thanks for giving me such a cute teddy bear. I love it,”

Argh cair hati aku. Kenapa tak cakap I love you aje.

“Erm, my pleasure, GD. Its -- ”

“Op, please call me Ji Yong. GD is my commercial name. Besides, we’re friends, right?” G-Dragon tersenyum.

Lia makin memerah pipinya. Hatinya melonjak suka. Siapalah tak gembira, artis yang kita minat kata kita ni kawan dia?

“Hey, are you buying that dinasour?” G-Dragon menunjuk kepada patung yang dipegang Lia.

“This? Nope.” Lia meletakkan patung itu ke tempat asal.

“Well, then let me buy it.” G-Dragon mengambil patung itu dan membelek-beleknya.

“Are you buying for someone?” Lia bertanya.

“Yup. Someone.” G-Dragon terus menuju ke kaunter pembayaran, meninggalkan Lia yang terkulat-kulat di situ.

“Aku terlupa, artis macam dia, mestilah ada awek.” Lia berbisik kepada dirinya sendiri.

Uda datang mendekati Lia dan memaut bahu rakannya.

“Lia, jom blah. Kata nak cari hadiah. Aku rasa elok kita pergi Aussino lah.” Ujar Uda.

“Jap, kita berkumpul dengan diorang kat depan Petrosains, nanti kita cakaplah kat diorang.” Lia menarik tangan Uda keluar dari kedai dan menunggu di luar.

Sesudah semua ahli BIGBANG berada di luar, Lia dan Uda segera menyatakan hasrat untuk beredar.

“Why are you getting off earlier than ever?” Dae Sung membuat mimik muka sedih.

“Sorry, but we had to.” Uda membalas. Hatinya pun terasa berat untuk meninggalkan mereka.

“Hey Lia, before you go,” G-Dragon mendekati Lia.

“Here, it’s for you.” Plastik berisi patung dinasour yang dibeli G-Dragon disuakan kepada Lia.

“But you said that it was for someone?” Lia membuat muka pelik.

“Yeah, someone that is you.” G-Dragon tersenyum. Lia menyambut perlahan. Hatinya berbunga riang.

“Hey, thanks a lot. It’s nice,” balas Lia. Muka memerah kembali.

“Hey guys, thanks a lot for bringing me and Lia inside the Petrosains. Hope to see you guys again soon.” Uda melambai-lambaikan tangannya, lalu berjalan pergi.

“We’ll miss you!” Seung Ri menjerit. Dae Sung sudah membuat aksi orang menangis. Tae Yang membalas lambaian tangan Uda, manakal G-Dragon dan TOP tersenyum penuh makna. Bagaikan ada agenda.
...

Aman berjalan-jalan di dalam KLCC bersama anak-anak saudaranya. Semalam, abangnya datang melawat rumahnya. Mereka bercadang untuk tinggal di rumah Aman, katanya hendak menghabiskan masa dengan datuk dan nenek. Aman pula sudah berjanji dengan mereka untuk membawa mereka berjalan-jalan.

“Pakngah, pakngah, nak tengok dinasour!” Kata Muin, anak saudaranya yang berusia lima tahun.

Aman tersenyum dan mengangguk. Dia pun berjalan menuju ke Petrosains yang tidak jauh dari mereka. Tiba-tiba pandangan Aman tertumpu pada satu tempat. Macam kenal je? Aman mempercepatkan langkahnya. Terkedek-kedek Muin dan Muiz mengikutnya.

Hah, betullah! Ni lah BIGBANG yang Uda dengan Mia minat sangat tu. Diorang datang bercuti ke? Aman berjalan bersebelahan dengan kumpulan itu untuk memasuki Petrosains. ‘Kalau Uda dengan Lia ada ni, maunya meloncat tak cukup tanah!’

“Eh, look! How cute! Hye, whats your name?” Kedengaran Dae Sung menjerit. Aman berpaling memandang Dae Sung. Eh, anak saudara aku mana? Ya Allah, eh, kat sana ke? Aman cepat-cepat mendekati Dae Sung yang sedang mencubit pipi Muin dan Muiz.

“Pakngah! Napa pakngah tinggal Muiz dengan Muin sowang-sowang.” Muiz membuat muka masam.

“Is this your brothers?” Seung Ri bertanya kepada Aman.

“No, their are my nephews.” Perlahan Aman menjawab.  

“Why did you left them at behind, while you just walked ahead? What will you do if they get lost?” Dae Sung menegur Aman. Seung Ri menepuk bahu Dae Sung, menyuruhnya senyap.

“I’m sorry. I was, .. distracted.” Aman memegang tangan Muiz dan Muin erat-erat. Dae Sung menyambung ceramahnya walaupun ditegah Seung Ri.

Semasa menghadap Dae Sung, Aman terdengar nama Lia dan Uda disebut oleh Tae Yang, TOP dan G-Dragon yang berbual di belakang. Beberapa kali juga nama mereka disebut. Aman memberikan pandangan pelik.

“Dae Sung, shhhh!” Seung Ri menekup mulut Dae Sung dengan tangannya.

“I’m sorry, he’s too excited.” Seung Ri menambah.

“No, no, it’s my fault. I admit it. Erm, may I excuse us?” Aman menunjuk ke arah Petrosains.

“Oh, okay, sure. Sorry for bothering you guys.”

Aman berjalan bersama Muiz dan Muin, memasuki Petrosains. Aman masih terfikir, macam mana mereka tahu nama Lia dan Uda? Ke orang lain?

- END OF EPISODE 7 -

nur rasyidah abdullah

2 comments:

MyungMyung said...

omo omo ! sambung lagy ! hoho , best lah kak :)

nur rasyidah abdullah said...

Thanks Myung:) InsyaAllah..

Instagram