Pages

Episode 8 - It's a Sad Thing

Aman, Lia dan aku bercadang untuk berjumpa hari ni. Katanya nak lepas rindu. Aku dengan Lia pun setuju aje lah. Sekarang ni Lia kat dalam bilik aku,menunggu aku nak siap. Dari tadi, aku nampak Lia tersengih semacam. Baring-baring kejap, tersenyum. Duduk kejap, tersenyum. Angau ke apa?

“Wei, aku tau kau baru beli lipstik Maybelline baru. Tak payah la tayang-tayang kat aku bibir kau tu. Tak lawa pun.” Aku mengenakan cardigan hitam labuhku bagi menutup lengan.

Lia hanya tergelak. Lau dia kembali termenung dan tersenyum. Aku dapat rasakan senyuman dia ada kena mengena dengan patung dinasour yang G-Dragon bagi.

“Weh, tidur nyenyak tak dengan dinasour GD tuh?” Aku menyakat.

“Heh, maunya. Kalau ayah aku nampak, maunya dicampak keluar tingkap.” Lia menggayakan aksi ayahnya. Aku tergelak. Ayahnya, Encik Firdaus memang pantang nampak patung berselerak atas katil atau di tempat terbuka, “Tak masuk malaikat,” kata Encik Firdaus kepada anak-anaknya. Lalu semua patung mereka diletak di dalam kotak mainan.

Aku melihat jam. Alamak, dah lambat! Aku mengajak Lia ke perhentian bas berhampiran. Sejak hari itu, nampaknya mama dan ayah makin berani mempercayakanku menaiki kenderaan awam:)

...


Aman berdebar-debar menunggu kedatangan Lia dan Uda. Hatinya resah. Tiba-tiba Lia dan Uda muncul dari celahan orang ramai lalu mengambil tempat di hadapan Aman.

“Assalammualaikum. Sorry bro, lambat.” Lia mengangkat tangan, memanggil pelayan mengambil pesanan makanan.

“Waalaikummussalam. Biasa-biasa je meyh. Oh ya, hari ni kita nak buat apa?” Aman menyedut air yang dipesannya sementara menunggu mereka berdua tadi.

“Hah, meh aku rancang. After makan, kita pergi main game kat bawah, pastu tengok wayang cerita Laut Rindu. Pastu singgah MPH.” Lia membalas. Pelayan yang dipanggil mengambil pesanan mereka lalu berlalu pergi.

“Orait juga tu. Aku dah lama tak main game.” Mereka menyambung perbualan mereka dengan pelbagai topik.

“Oh ya, Uda, Lia, hari tu aku nampak BIGBANG kat Petrosains. Aku kena ceramah dengan sorang member diorang sebab aku tertinggal anak saudara aku kat belakang.” Uda dan Lia tergelak.

“Hak eleh, kau tu pun nak riak bagai. Kitorang siap-- ” Sepantas kilat Lia memeluk bahu Uda dan memotong cakapnya.

“Siap apa?” Aman pelik.

“Siap jumpa diorang masa konsert depan-depan. Hehe.” Lia melepaskan pelukan. Uda menjeling Lia. Geram.

Mereka menyambung perbualan dengan lebih rancak apabila makanan dipesan dibawa ke meja mereka. Tiba-tiba iPhone Uda berbunyi. Uda melihat telefonnya. ‘Eh kenapa banyak sangat nombor ni? Hantar MMS pulak tu.Macam pelik je.’ Tiba-tiba ingatan Uda berputar mengingati kata-kata kakak saudaranya.

“Kalau kau dapat panggilan nombor telefon yang banyak-banyak, warna merah, jangan angkat. Ada beberapa penyihir Indonesia tengah praktis sihir melalui telefon.”

“Betul ke kak?”

“Dengar cerita ada orang Malaysia dah kena. Meninggal.”

Uda menelan air liur. Nombor bukan warna merah, tapi banyak. Pastu hantar MMS. Tengok ke tidak? Tengok ke tidak? Tengok ke tidaaak?!?

“Woi, termenung. Macam orang sewel je aku tengok kau. Telefon kat tangan lagi tu.” Aman menegur. Aku tersengih lalu terus menekan butang ‘Delete’. Aku tak sanggup nak jadi mangsa keadaan.

...

Lia meminta diri ke tandas. Aman menarik nafas. Hatinya berdebar-debar untuk bercakap dengan Uda. Lambat-lambat Aman mendekati Uda. Dia memanggil Uda.

“Uda, lepas makan, aku nak jumpa kau kejap. Kita berdua je.” Aman berbisik, sambil memerhatikan jika-jika ada kelibat Lia.

“Eh, habis tu Lia macammana?”

“Alah, kejap je. Bagitau je kat dia.”

“Tu hah, kau bagitau lah dia sendiri.” Uda menjuihkan bibirnya ke arah Lia yang datang dari tandas.

Saat Aman memberitahu Lia, Lia tersenyum. Kemudian dia mengoyang-goyangkan jari telunjuknya ke arah Uda.  Uda menepis tanda protes.  Lia tergelak lalu meminta diri ke mesin ATM.

“Hah, kau nak apa tadi?” Uda bertanya. Dia cuba menyembunyikan rasa debarnya.

“Hmm, kau ingat tak masa form two dulu kita pernah janji?”

“Janji? Janji apa?” Uda buat-buat lupa, padahal dia tau, Aman pasti akan menyebut tentang perjanjian itu.

“Alah, yang aku kata nak ikat kau tapi kau suruh tangguh tu.” Uda menganggukkan kepalanya tanda ‘baru teringat’. Hatinya mula melonjak gembira.

“Err, aku harap kau bersedia. Aku tak nak tangguh-tangguh lagi dah.” Aman mula menunduk.

“Cakap je lah.” Uda cuba mengawal perasaan girangnya.

“Aku, aku, tak jadi nak ikat kau. Aku jatuh cinta dengan Lia.” Ujar Aman dengan satu nafas.

Hati Uda bagaikan ditikam dengan pisau, kemudian ditabur spaghetti yang dimakannya sebentar tadi. Uda sangat-sangat terkesima, hampir biru mukanya mendengar penjelasan Aman.

“Uda? Are you okay?” Aman merenung muka pucat Uda. “Aku, aku tak tau, Uda. Aku mula suka dengan Lia sejak dia sekelas dengan kita masa form three dulu. Aku, aku--”

“No, no, aku tak perlukan penjelasan. Aku OK je lah.” Uda cuba memaksa otot pipinya untuk menguntum senyuman.

“Tapi, Uda, please, jangan bagitau Lia. Aku nak hantar meminang terus lepas habis belajar nanti.”

PRANG! Lagi sakit hati Uda jadinya. Uda cuba menahan air mata yang bakal tumpah. Dia beristigfar beberapa kali.

“Er, aku nak ke toilet jap. Sakit perut. Nanti kau pergi dengan Lia dulu ya. Aku jumpa korang kat sana.” Uda bangun dan melangkah laju ke tandas. Lia yang datang dari mesin ATM bertanya kepada Aman mengenai Lia sebelum mengangguk dan meninggalkan kafe bersama Aman.

...

TOP mengeluh. Kenapa MMSnya tak berbalas? Uda bencikan aku ke? TOP mundar-mandir di sekeliling bilik. G-Dragon yang melihat TOP berasa pelik.

Kau tak penat ke kulu-kilir macam ni? Sakit mata dan hati melihatnya.”

TOP memandang G-Dragon, lalu meneruskan aktiviti mundar-mandirnya.

Mesti Uda tak balas mesej kau kan?” G-Dragon menduga. TOP berhenti, dan melompat ke katil kawannya.

Mana kau tahu? Haah. Aku pelik betul dengan dia ni.” TOP menggaru-garukan kepalanya.

Aku tengok kan, Uda dengan Lia ni jenis tak layan lelaki sangat. Aku tengok diorang ni, macam, suci. Pakaian diorang pun labuh. Maybe Uda tu trendy sikit, tapi still covers her body.” G-Dragon memberi pandangan. TOP mengangguk.

Dah, I wanna sleep. Tomorrow we’ll be going to the Masjid Besi!” G-Dragon melonjak sebelum rebah ke atas katilnya.

TOP berpindah ke katilnya. Jamnya menunjukkan pukul dua petang. Awal betul G-Dragon ni tidur. TOP terfikir lagi tentang Uda. Perempuan melayu itu sepertinya lain daripada yang lain. TOP terbayang wajah Uda sebelum matanya makin kuyu.

...

Uda tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir. Matanya makin merah mengeluarkan air mata. Puas Uda membasuh mukanya. Terlampau teruk mukanya. Uda mengambil keputusan untuk tidak menyertai Lia dan Aman bermain game. Selesai merapikan diri, dengan mata bengkak, Uda berjalan keluar dari tandas. Dia hanya bersiar-siar di sekitar Alamanda, dengan harapan tidak terserempak dengan Lia mahupun Aman.

Pandangan Uda yang ditundukkan membuatkan Uda tidak nampak orang dihadapannya. Tiba-tiba dia terasa badannya berlanggar dengan seseorang. Orang itu cepat-cepat menyambar tangan Uda sebelum dia tersembam ke lantai. Uda tidak nampak dengan jelas muka orang itu disebabkan matanya yang bengkak. Dia dipimpin ke bangku berdekatan. Orang itu duduk bersebelahan dengannya.

“Miss, are you alright? You looked, a bit stressed huh?” Orang itu bersuara.

Perlahan-lahan Uda mengangkat muka. Tidak beradablah sekiranya bercakap dengan menundukkan muka sahaja. Uda terkejut, di sebelahnya ialah Taeyang!

“Uda? Why are you..”

“Taeyang? Why are you here? I mean, how do you come to Putrajaya?” Terkebil-kebil matanya memandang Taeyang yang berkaca mata hitam.

“We’re going to Masjid Besi tomorrow. Now tell me, why are you crying?”

Pertanyaan Taeyang menambah rasa sebak dalam hati Uda. Air matanya tumpah lagi sekali. Memori dulu terpampang dalam kotak memorinya.

- END OF EPISODE 8 -

nur rasyidah abdullah

No comments:

Instagram