Pages

Episode 13

Penat aku shopping bersama mama tadi. Singgah beli itu, beli ini. Tadi, kat Universal Traveler, entah berapa ratus habis beli beg besar dengan baju untuk musim sejuk! Tu belum kira lagi dengan cadar katil, beg-beg pakaian dan bagasi, baju-baju untuk setiap musim. Wah, nasib baiklah mama tak ada 10 orang anak jenis macam aku. Pengsan!

Aku tersenyum. Puas hati melihat barang-barang dan semua benda yang dilonggokkan. Akhirnya! Saat yang aku tunggu.

“Korea! Standby to accept me as one of your students!” Aku menjerit di atas katil.

...

Beberapa hari yang lepas.

Kak Cha masih berada di Malaysia. Tapi dia sekarang menetap sementara di KL, meluangkan masa bersama kawan baiknya. Tiba-tiba dia datang rumah pagi ni, dengan riuh dan gembiranya. Aku, masih dengan mood yang tak seberapa ni memandang sepi muka Kak Cha yang gembira bagai nak rak. Kak Cha menghulurkan satu sampul surat kepadaku. Aku menyambut lemah lalu membaca isi surat. Daripada.. Pihak Mara? Oh yeah!

“MasyaAllah, alhamdulillah, Kak Cha!!” Aku memeluk Kak Cha. Alhamdulillah, aku ditawarkan untuk ke Korea! Aku rasa macam dunia ni, aku yang punya!

Aku berlari ke bawah dan menunjukkan surat itu kepada mama dan ayah. Mama sememangnya gembira, kerana aku tahu, itu adalah impian terbesarnya. Ayah pula, haha, muka terkejut singa! Tak sangka aku boleh dapat tawaran sebegini lambat.

“Kak Cha, thanks. Thanks a lot,” aku rasa nak menangis. Terharu sangat!

“Ah, tak ada apa-apa ah. Ingat deal kita?”

“Ingat! Always in my mind!” Aku menyuku kepalaku sendiri. Kak Cha tergelak.

...

“Akhirnya, welcome to London!” Aman mendepangkan tangannya. Rakan barunya, Rizal tergelak lalu meniru perbuatannya.

“Oi,  dah sampai hotel, siap kemas segala bagai baru nak welcome welcome. Manyak ensem muka lu?” Ezad menyampuk sambil meletakkan beg baju yang kosong ke dalam loker.

“Sebenarnya, kau je yang dah siap kemas. Orang lain baru nak mula kemas. Kau je semangat benar.” Rizal membalas. Ezad tersengih memanjang.

“Eh, Man, kau kena bebel kat airport tadi kan. Macammana boleh jadi macam tu pulak?” Rizal memandang Aman.

“Haha, semua orang dah tau ke? Hehe, camni.”

...

Aman’s POV.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow.

Sampai-sampai je, dalam kepala, sudah ada niat hendak tengok Big Ben, bersiar-siar tepi Sungai Thames dan naik bas dua tingkat di tengah-tengah kota London. Huh, hajat tak kesampaian! Tiba-tiba plak Encik Zul, pegawai MARA yang mengiringi kita kata nak bagi taklimat.

Aku dan Dani, mula-mula tu masih boleh tahan lagi dengar taklimat. Lama-lama, rasa berapi telinga ni. Tu yang kitorang minta izin Encik Zul kononnya nak pergi tandas. Lepas tu, kitorang curi-curi cari jalan keluar dari airport tu. Bukannya nak ke mana pun, setakat nak hirup udara kat luar dan menjejakkan kaki kat tanah London buat pertama kalinya. Lagipun, masa transit kat Frankfurt sebelum tu, kita tak dapat nak turun. Transit satu jam je sebab diorang nak isi minyak. Kecewa betul.

Rancang nak jalan kejap-kejap je. Sedar tak sedar, dah nak dekat sejam merayap! Tu yang Encik Zul panik habis! Entah berapa ramai student kena jadi kuli dia nak cari kitorang. Nasib baik dia tak sempat buat laporan polis. Kalau tak, naya lah kitorang jawabnya!

Sudahnya, aku dengan Dani kena dengar bebelan Encik Zul yang berlipat ganda. Sebenarnya bukan kitorang je, dengan student lain  sekali la kena dengar. Hehe, sorry sorry. Tapi aku tak rasa menyesal pun. Lawa lah pemandangan London tu. Kiranya, macam menikmati keindahan ciptaan Allah la ni. Hehe.

...

310200_178061028947973_100002322319347_366991_1577029158_n_large

Uda berada di KLIA bersama ayah dan mamanya. Beberapa pelajar lain kelihatan turut memenuhkan ruang KLIA bersama keluarga mereka. Beg bagasi milik para pelajar itu tersusun di tepi dinding ruang menunggu. Uda menarik nafas dan memaksa otot pipinya mengukirkan senyuman kepada pelajar berdekatan dengannya. Pelajar itu membalas senyuman.

Beg-beg yang berat itu diletakkan ke bawah. Encik Abbas mengajak isteri dan anaknya ke restoran makanan segera untuk mengisi perut, memandangkan mereka tidak sempat bersarapan semasa di rumah kerana tergesa-gesa. Setibanya di restoran itu, Uda mengambil tempat di hadapan mamanya. Ayahnya beredar ke kaunter, memesan makanan. Uda memandang sekeliling. Agak penuh juga restoran itu. Kebanyakannya terdiri daripada pelancong-pelancong luar negara.

“Ma,” Uda memanggil mamanya. Puan Raima yang sedang membelek telefonnya mengangkat muka, memandang muka anak kesayangannya.

“Yes?”  “I’ll be missing you. Badly. Too badly.” Uda bangun dan terus memeluk Puan Raima. Spontan, air mata Puan Raima mengalir laju dan membalas pelukan anaknya. Encik Abbas yang memerhatikan mereka dari jauh, memandang sepi. Tangannya pantas menyeka air mata yang bertakung di tubir mata.

Anaknya yang dahulu selalu bermain di taman permainan. Anaknya yang menangis apabila tidak berjaya memenangi pertandingan melukis. Anaknya yang sering tersenyum dan tergelak, meredakan kepenatannya setelah pulang bekerja. Hati seorang ayah juga akan merasa sedih apabila melihat anak mereka yang dahulunya kecil molek, akan meninggalkan mereka untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang dewasa.

Lamunan Encik Abbas terganggu apabila pekerja di kaunter itu memanggilnya. Cepat-cepat Encik Abbas membayar duit dan mengangkat dulang yang penuh dengan makanan itu ke arah mejanya. Dia sedaya upaya mengikis perasaan sebak yang kian mendalam dalam hatinya.

...

Tumblr_lxc8wzs7ey1r7uftso1_500_large

G-Dragon memandang barisan kedai di hadapan matanya. Bebola matanya ke kiri dan ke kanan, mencari restoran yang menarik perhatiannya. ‘Sushi Kingdom’. G-Dragon pantas menunjukkan tangannya ke restoran itu dan menarik tangan rakan-rakan BIGBANG. Mereka yang kepenatan setelah mengacara ‘variety show’ di stesen televisyen, akur dengan pilihan ketua mereka. Hanya TOP sahaja yang memasamkan mukanya.

Sushi? Tak kenyang lah makan sushi.” TOP menyilangkan tangannya.

Kau nak kenyang? Nah, makan penumbuk ni.” G-Dragon mengacukan penumbuknya di hadapan muka TOP lalu tergelak. Dia berjalan meninggalkan TOP yang terpinga-pinga di tepi jalan.

TOP mencebikkan mulutnya. ‘Laparlah aku malam ni,’ getus hatinya. Lambat-lambat, dia mengikuti langkah BIGBANG ke restoran itu. Matanya memandang sekeliling.

Tiba-tiba TOP ternampak seseorang. Betul ke tu dia? Baru sahaja TOP hendak menuju ke arah gadis itu, tangannya ditarik G-Dragon, memasuki restoran. TOP memandang sepi gadis yang semakin jauh dari pandangannya.

Nah, kau duduk sini diam-diam,” G-Dragon  mengambil tempat di sebelah TOP. Seungri dan Daesung tidak habis-habis bermain dengan Game Boy mereka. Taeyang pula dengan MP5nya. Macam-macam ragam.

Tiba-tiba datang seorang pelayan mengambil pesanan. “Eh, awak ni semua BIGBANG kan?” Suaranya yang kuat itu menarik perhatian orang ramai. Suasana restoran yang hening itu mula hingar-bingar dengan bisikan-bisikan pelanggan. Kelihatan beberapa orang menuju ke meja BIGBANG, bersama pen dan buku nota. G-Dragon mengeluh. ‘Habislah.’

G-Dragon hanya tersenyum kepada peminat yang mengelilingi meja mereka. Tangannya pantas menulis autograf. Sambil itu matanya memandang di luar, risau sekiranya orang di luar juga perasan akan mereka di dalam restoran itu.

Eh, dia ada kat Korea? Biar betul?’ Mata G-Dragon terbeliak melihat gadis itu. Nampaknya gadis yang dilihat TOP tadi kembali berjalan di kawasan itu. G-Dragon yang berniat untuk keluar, bertegur sapa dengan gadis itu terduduk kembali, memandangkan tiada ruang untuk dia membolosi peminat-peminat yang mengelilinginya.

-END OF EPISOD 13-

nur rasyidah abdullah

No comments:

Instagram