12 Rabiul Awal. Maulidur Rasul tiba lagi. Sedar tak sedar, memang dah lama sangat junjungan besar kita meninggalkan kita. Dunia kini sangat beza dengan kehidupan semasa Rasulullah masih ada. Pada pendapat aku, Rasulullah akan berasa betul-betul sedih melihat umatnya zaman sekarang.
"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
MasyaAllah. Kita dianggap saudara Rasulullah? Tengok. Apa balasan kita untuk kekasih Allah ni? Sosial sana sini? Tak solat? Meremehkan aurat?
Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah kepada para sahabat.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Betapa rindunya Rasulullah terhadap umatnya..
No comments:
Post a Comment