Pages

Episod 16.

“Aren’t you supposed to be somewhere in Jordan? Why didn’t you tell me where are studying at? At least, I can give you a visit sometimes you know,” bebel G-Dragon. Lia hanya menadah telinga, tekun mendengar bebelan G-Dragon. Dalam hati, dia menyumpah-nyumpah diri kerana tidak terus lari.

“Why do I have to tell you? Even Uda doesn’t know I’m in Korea.”

“What? What’s the matter with you guys?”

Lia menekup mulutnya. Alamak, kantoilah kitorang gaduh. Lia menunduk, mengelak daripada memandang G-Dragon. G-Dragon menggelengkan kepalanya. Kemudian, dia melihat jam di tangan.

“Argh, I’m late for my photoshoot. Lia, see me at East-Seoul Station at half past four. I have a lot of things to talk to.”

Belum sempat Lia membalas, G-Dragon berlari meninggalkannya. Lia menggarukan kepala.

...

Bommie memandang tajam perempuan yang sedang berbual dengan TOP. ‘Erkh, kolotnya.’ Hatinya panas melihat TOP seakan-akan meminggirkan dirinya, dan lebih bertumpu kepada perempuan itu. Apa istimewanya perempuan yang dikenali sebagai Uda itu?

...

Tumblr_ly8bpahh9u1qcwqaqo1_500_large

Aku memegang air tin yang dibeli dari mesin tadi. Haus, sangat haus! Musim panas lah katakan. Bila nak masuk musim bunga ni? Paling koman pun tak lah sepanas ni! Mencungap dibuatnya. Jaket pink yang diserahkan kembali oleh Rainy aku longgarkan. Sambil itu, mindaku ligat mengingat kembali jadual kelas yang patut dihadiri tahun ini.

Dari jauh, aku nampak kelibat dua orang yang sedang berkejaran. Apa kes pula ni? Aku mengetepikan badanku, memberi laluan kepada mereka. Buat naya je kalau bertembung. Tetapi, sebaik sahaja aku mengecam muka Rainy, terus aku menghalang lelaki yang mengejarnya daripada mendapatkan Rainy. Rainy terus menyorok di belakangku. Mukanya berekspresi ketakutan.

“Ya? Do you even realise who are you blocking?” Kata lelaki itu sambil cuba melepasiku. Aku memandang lama lelaki itu, cuba mengecamnya. ‘Macam pernah nampak,’ desisku. Rainy memegang bajuku dengan tangannya yang menggeletar. Beberapa orang yang lalu lalang berbisik sesama mereka.

‘Hah, aku ingat! Dia ni Junhyung, member group BEAST kan? Omoo,’ dalam hati, aku melonjak keriangan. Tapi, pada fizikal, aku berlagak cool seolah-olah tidak mengenalinya.

“Get off here right now, if you don’t want any trouble, freshie!” Junhyung mengunjukkan jari telunjuknya betul-betul di mukaku. Darahku mendidih. Ini sudah lebih. Memang kepantangan aku kalau ada sesiapa yang berani tunjukkan jari mereka di hadapan mukaku.

Tanganku menepis jari telunjuk Junhyung. Ternyata dia terkejut denganku. Rainy juga memberi reaksi terkejut. Muka bengisku memandang tajam muka Junhyung. Kini, jari telunjukku pula yang berada di hadapan muka Junhyung.

“What do you want from her, Joker?” Sewaktu menyebut Joker, aku merasakan aku adalah orang paling cool dalam dunia. Dalam hati, aku tersenyum kemenangan. Junhyung memandang tajam aku dan Rainy.

“Revenge,” Junhyung cuba melepasiku dan tangannya cuba mencapai tangan Rainy. Aku menepisnya, lalu mengambil air tin yang baru dibeli. Dengan pantas, aku membuka dan menyimbahnya ke muka Junhyung.

Beberapa orang yang menyaksikan pertelingkahan itu memberikan respons serentak. Mulut masing-masing tenganga. Junyung menyapu mukanya yang basah dengan air Ice Lemon Tea. Rainy menarik-narik tanganku, mengajak aku beredar.

“Don’t you ever disturb Rainy, AGAIN!” Aku dan Rainy meninggalkan Junhyung. Jauh dari sudut hati, ‘Melampaunya aku.’ Cepat-cepat aku beristighfar.

...


Tumblr_lx5if6t5pt1r21h2qo1_500_large

Malam itu, selepas makan, ahli BIGBANG bersiar-siar di kawasan taman permainan berdekatan mereka. Taeyang mengambil tempat di buaian, lalu mengeluarkan MP5nya. TOP dan G-Dragon duduk di jongkat-jongket, masing-masing di hujung. Seungri dan Daesung duduk di tangga gelungsur.

Tiba-tiba TOP dan G-Dragon menjerit serentak. “Cuba teka aku jumpa siapa?” Mereka berpandangan sesama sendiri.

“Let me tell first!” jerit G-Dragon.

“Excuse me, I’m the one supposed to tell first.” TOP mendabik dada.

“Me!” “Me!”

“Ya! Apa korang ni? Cepatlah cerita. Tak sabar nak dengarlah!” Daesung menjerit. Geram melihat senior-seniornya bertengkar. G-Dragon dan TOP terengih.

“Know what? I met Lia today,” kata-kata G-Dragon dibalas dengan mata ahli BIGBANG yang dibeliakkan. Terus mereka semua mendekati G-Dragon.

Biar betul? Dia buat apa kat Korea?” Seungri menggarukan dagunya.

Belum sempat G-Dragon menyambung, TOP bersuara. “Kalau kau jumpa Lia, aku jumpa Uda.”

Hampir terlepas MP5 Taeyang dari pegangannya. Daesung dan Seungri mengalihkan pandangan mereka ke arah TOP pula.

Ish, korang ni macam tipu je? Hey tak elok tau tipu kitorang.” Taeyang memainkan jarinya di hadapan TOP dan G-Dragon.

Hey, tak main-main tau! Lia sambung belajar kat sini lah! Tapi, dia tak sempat beritahu kat mana. Esok aku jumpa dia. Aku nak interview dia.” G-Dragon tersenyum jahat, seperti dalam MV Fantastic Baby.

Aku pulak nak jumpa Uda dekat Star City Mall esok. After kelas dia.” Daesung mendapatkan TOP, lalu duduk di sebelahnya.

“TOP-san, nak ikut esok boleh tak?” ujar Daesung sambil mengelipkan matanya beberapa kali.

“Haha, bahasa Jepun terabur, ada hati nak berlagak comel depan aku? Pigirah.”

“Jiyong-san..” Belum sempat Daesung berkata, G-Dragon awal-awal menggelengkan kepalanya. Daesung memaparkan muka hampa.

Hey, dengar ni. Uda still doesn’t know that Lia is in Korea.” Kata G-Dragon lalu menaiki tangga gelongsor.

Mereka menggelengkan kepala. Sudah tentu ianya agak mustahil kerana mereka sahabat karib, melainkan mereka bergaduh. Mengapa terjadi begitu ya? Persoalan ini berlegar-legar di fikiran mereka.

Apa kata, kita jumpakan mereka? Maksudnya, bawakan mereka ke satu tempat, dan cuba tinggalkan mereka berdua sekejap?” usul Taeyang. G-Dragon mengangguk, menerima cadangan itu dengan baik. TOP mengiyakan.

Malam yang hening itu menjadi riuh dek perbincangan 5 sekawan mengenai misi mereka.

...


Street-art-13_large

Aku berjalan menuju ke Star City Mall yang tidak jauh dari Konkuk University. Sambil itu, aku membaca semula mesej yang dihantar TOP malam tadi, memastikan tempat dan waktu. OK, betul! Aku menyegerakan langkah.

PAP! Aku mengusap kepalaku. Hish, siapa yang bertuah sangat baling tin kat aku ni? Grr. Aku memusingkan kepala, memandang belakang. *Bayangkan intro lagu HyunA-Change tau*

“Junhyung? Apahal ramai sangat tu?” Aku mula kalut. Aku cuba mempercepatkan langkahku yang sudah sedia pantas. Dek kerana perasaan resah, aku terus membuka langkah seribu.

“HEYY! COME HERE YOU SMUGGLE!” jerit mereka. Smuggle? Apa pulak tu? Hish. Jantung aku berdegup kencang. Nasib baik masa sekolah menengah dulu aku masuk rentas desa sekolah.

Lari punya lari, aku terlanggar seseorang di hadapanku.Agak berpinar jugaklah sebab badan lelaki yang dilanggar itu  sasa. Aku jatuh terduduk. Pening sangat. Aku dengar jeritan geng Junhyung yang makin dekat.

“Hey Uda, are you okay? Why are you running?” Aku dengar suara yang amat aku cam. Tapi aku tidak larat untuk melihat wajah pemilik suara itu, jadi aku membiarkan. Melayani kepenatan. Aku yakin, lelaki itu akan lindungi aku daripada Junhyung.

“It looks like the brave girl is exhausted. Aww, poor little girl.” Kedengaran suara Junhyung di belakangku. Bunyi tapak kaki berjalan semakin dekat denganku.

“Hey, back off. I warn you, back off, Junhyung,” tegas lelaki itu.

“Omoo, it looks like the girl is the V.I.P of Taeyang’s heart, huh?” Satu suara bernada sinis. Aku geram dengan mereka lalu membangunkan diri. Penat dan pening hilang begitu sahaja.

“What do you want, Joker?” Aku menjeling Junhyung. Nampaknya tak adalah ramai sangat geng dia. 4 orang je pun. Taeyang mendepani aku seraya berkata dalam bahasa Korea, “Hey, pilihlah yang sama jenis. Tak payah nak jadi dayus la.”

“No worries. Aku cuma nak buat ni je.” Junhyung mendekatiku dan membuka air tin di tangannya. Dia menumpahkan airnya di kasut bertutupku yang berwarna putih, lalu menyerahkan air yang masih berbaki kepadaku. Aku tidak terkata apa-apa. Tanganku mengepal penumbuk. Junhyung tergelak lalu berjalan meninggalkan aku dan Taeyang. Taeyang hampir sahaja menumbuk Junhyung, tetapi dihalang olehku. Aku menggelengkan kepala.

...

“OK, now that I’m here, ask me anything,” ujar Lia sambil buat-buat menyelongkar beg tangannya. G-Dragon menunjukkan muka resah, seperti menunggu sesuatu. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Muka resahnya beransur gembira.

“Er, Lia, before that, I actually, need to go to the toilet. For a sec, please?” G-Dragon tersengih. Lia mengangguk. ‘Ish, masa ni lah nak ke tandas bagai,’ detik hatinya. Lia menganggukkan kepalanya.

Sementara itu, Taeyang membawa Lia berjumpa TOP, sebelum mereka berjalan menuju ke restoran yang dirancang. Taeyang dan TOP sedaya upaya membuat Uda tidak perasan akan kehadiran Lia.

“Taeyang! That is the thing that I always searching for! Come, lets follow me!” Lakonan dimulakan. TOP menarik tangan Taeyang, menuju ke sebuah kedai permainan video.

“Erk Uda, wait us at table number 7 alright? Just sit there no matter who sits or what happens!” Jerit Taeyang. Uda terpinga-pinga apabila ditinggalkan begitu. Dia menapak, memasuki restoran itu lalu bertanya kepada pelayan tentang kedudukan meja tersebut.

“Siapa pula perempuan yang duduk kat situ? Macam orang Malaysia je?” fikir Uda sebaik sahaja melihat seorang perempuan bertudung yang duduk di meja 7, membelakanginya.

“Assalammualaikum, haii ..? Lia?” Uda menunjukkan reaksi muka pelik bercampur terkejut.

“Uda? Apa kau buat kat sini?” Lidah mereka terkelu selama beberapa minit. Dari jauh, kelima-lima ahli BIGBANG bertepuk tangan sesama sendiri. Beramai-ramai,mereka menuju ke Lia dan Uda yang masih membisu.

“Heyy, how.. Magically happened huh? Both of you are meant to be together, again right?” G-Dragon memulakan kata. Bagaikan sepakat, Lia dan Uda serentak menjelingnya.

“Jiyong. Explanation please?” Ujar Lia. G-Dragon memandang rakan-rakannya, meminta idea.

...

Malaysia.

Puan Raima sibuk mengemas rumahnya. Sudah beberapa minggu tidak dikemaskan. Setiap ahli dalam rumah itu mempunyai kesibukan masing-masing. Encik Abbas dengan perniagaannya. Puan Raima dengan persatuannya. Ketiadaan Uda di rumah.

Selesai mengemas bahagian bawah, Puan Raima menaiki tangga. Ruang pertama yang dilihatnya adalah pintu bilik tidur anaknya, Uda. Hatinya dihimpit sebak secara tiba-tiba. Tangannya memulas tombol pintu yang dicat warna merah jambu semasa mereka berpindah di situ.

Suasana dalam bilik itu suram dan kosong. Kebanyakan barang telah dibawa Uda bersama ke Korea. Puan Raima mendekati meja belajar yang terletak berdepan dengan tingkap. Hanya satu benda yang tinggal di situ, gambar Uda semasa sekolah rendah. Puan Raima mengambil gambar itu, lalu melihatnya.

“Raudhah, cepatnya anak mama membesar. Mama doakan semoga Raudhah Berjaya dalam hidup. Thanks for being my diamond,” monolog Puan Raima. Air matanya menitik sedikit. Tangannya mengesat air mata lalu meletakkan gambar itu kembali ke tempatnya.

...

Aman membuka laptopnya, membuka laman web Skype. Menjumpai nama Rinie Gojes, dia menekan lalu keluar satu pop-up window. Beberapa lama kemudian, keluar gambar Rinie yang sedang melambai-lambaikan tangannya. Aman tersenyum gembira. Ternyata dia amat merindui adiknya.

“Assalammualaikum abang! Rinie rindu sangat-sangat kat abang!” ujar Rinie.

“Waalaikummussalam.  Abang pun sama. Rindu nak rasa air tangan Rinie. Ma and Pa mana? Rindu diorang jugaklah.” Aman membuat muka sedih. Rinie tergelak. Belum sempat dia membalas, tiba-tiba muncul dua kelibat di skrin laptop Aman.

“Panjang umur! Mama, Papa, here’s your beloved son!” Rinie menunjukkan tangannya. Mereka berbual sesame sendiri, menghilangkan rasa rindu yang berbekas di hati.

“Aman, do the best in your studies. And remember, pilih jodoh yang terbaik antara dua.” Aman tersedak mendengar kata-kata mamanya. Perlahan-lahan, dia mengangguk. Rinie tergelak melihat reaksi abangnya.

...

Masing-masing terdiam. Tiada sepatah perkataan pun terkeluar dari mulut masing-masing. Ahli BIGBANG berpandangan sesama sendiri. Uda dan Lia menundukkan kepala.

“It’s a bit.. awkward, right Lia and Uda? How about both of you tell us what’s going on?” ujar Daesung sambil menggaru-garukan kepalanya.

“Uda, kenapa kau tulis status macam tu kat Facebook? Kau ingat aku tak tau kau tulis untuk aku dengan Aman kan?” marah Lia. Uda terpinga-pinga mendengar kata-kata Lia.

“Weh, status apa pulak ni? Kau yang langsung tak contact aku bila sampai Mesir, kononnya lah kan? Tak pulak beritahu aku kau dekat Korea, kan?” balas Uda. Naik angin apabila dirinya disalahkan.

“Aku memang nak beritahu kau, tapi kan tak sempat? Masa tu flight aku dah nak berlepaslah.”

Uda cuba mengingat kembali peristiwa di KLIA.

“Lia, kau jahat. Kenapa tak bagitau aku kau nak fly dah?”

Lia meleraikan pelukan. Dia memegang bahu Uda dengan kedua belah tangannya.

“Aku tak sanggup beritahu kau. Aku tak sanggup pisah dengan kau. Tak sangka pulak kau akan tahu secepat ni.” Lia mengesat air matanya dengan hujung tudung bidang yang dipakainya.

“Tapi kenapa? Kau ni. Lagi lah aku sedih kalau tak iring kawan aku nak fly.”

“Kau tak faham. Aku tak buat yang terbaik. Aku tak dapat tunaikan hajat mak ayah aku nak..” Percakapan Lia dipotong dengan pengumuman penerbangan ke Mesir dan Seoul. Lia menarik nafas sebelum memeluk Uda seeratnya. Lalu dia meleraikan pelukan dan cepat-cepat mendekati kumpulan pelajar yang mula sibuk mengangkat bagasi mereka.

“Hah, apa maksud kau, yang tak dapat tunaikan hajat mak ayah kau tu?” bidas Uda. Hatinya masih geram.

“Er guys, translations please? I’m tired translating Malay stuffs to them?” ujar G-Dragon.

“Shut up Jiyong! We’re trying to solve a problem here,” serentak Uda dan Lia berkata. G-Dragon mengangkat tangan, tanda menyerah kalah.

“Yang aku kata tu, maksud dia macam ni. Mak ayah aku berharap sangat aku pergi Mesir. Famili dah war-warkan kat orang yang aku mohon Mesir. Sekali dapat pergi Korea. Tu yang aku rasa macam aku ni tak bertanggungjawab sangat.” Lia meraup mukanya. Dia mengeluh perlahan.

“At least, kau belajar kat luar negara juga kan?” Uda mula melembutkan suaranya. Kasihan dengan sahabatnya.

“Yang kau tu, status Facebook:  Se7en – Better Together for both of you. Apehal? Sebab baca status kau lah aku terasa hati dengan kau. Aku hantar chat pun tak balas,” marah Lia kembali. Uda terdiam. Dia menundukkan kepalanya. Dia dihempap rasa bersalah.

“Bukan korang berdua memang..” Belum sempat Uda menghabiskan kata, Lia menekup mulut Uda. Bimbang sekiranya G-Dragon sedikit sebanyak memahami apa yang dikatakan. BIGBANG melihat mereka dengan pelik.

“So.. Do you guys friends again?” Seungri bertanya.

Uda dan Lia berpandangan sesama sendiri. Mereka tersenyum dan berpelukan. BIGBANG bertepuk tangan. Beberapa orang yang duduk berhampiran mereka memandang pelik. Mereka tersengih, sebelum membuat pesanan makanan setelah beberapa minit dikunjungi pelayan.

-END OF EPISODE 16-

nur rasyidah abdullah

No comments:

Instagram