Recent photo of me. In bilik prep, duuh :/
A lot of updates to share here. Hmm, nak start dari mana ea? Ha, hari tu kan, hari Isnin kan, ada Hari Penutupan PPDA kat sekolah aku. Lepas tu kan, diorang jemput Imam Muda Mujahid (muj, muj, muj, mujahid??) and Imam Muda Fattah, Ustazah Pilihan Fizah and Radhi OAG. Kyaa, eksaited gila aku hari tuu.
Unfortunately..
Form 1, 2 and 5 tak dijemput untuk menyaksikan majlis penutupan?!? What the fish? Kejam gila ni. Budak sekolah lain dijemput, tapi kita tidak? Ini kes dianaktirikan! Ada ke patut dia suruh kitorang belajar? Ergh.
So..
Aku, Hikmah, KA, Aleeya, Fatimah, Wan ada alternatif lain. Kitorang pun keluar, meninggalkan kelas yang tiada guru itu lalu menuju ke aras Form 5. Kemudian meneruskan langkah ke tangga hujung, yang bertepian dengan dewan. Ambil kerusi di kelas Form 2 dan ..
MENEBENG!
Best! Jujur best. Dapat dengar suara pun jadi lah. Tapi kitorang sempat dengar time Radhi je. Part Imam Muda buat forum tak sempat la pulak. Dia nyanyi lagu Merpati Putih, and Generasiku. Ya Allah, rasa nak menangis sebab tak dapat tengok depan-depan!
Cikgu cikgu, boleh tak kasi Abang Radhi nyanyi satu lagu lagi? Bolehlah .. Peace :)
No comments:
Post a Comment