Pages

Le Memoria Trio : Adventures at Morib Part Two ♥


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته :)

First class of BAK (Arabic Language and Communication a.k.a ALC, if TLC means Tamil Languange and communication^^)

Sudah-sudah letak luggage, then lawat-lawat sekitar banglo serta isi-isinya (PC and the geng untung gilaa sebab dapat duduk depan TV), kitorang puns bersiap-siaps untuks pergis makans (MUAHAHA). Makanan dihidangkan seperti buffet, makanannya pulak sedap-sedap, so ala-ala hotel lah (except hal kene beratur and basuh pinggan sendiri) kiranya. Separuh dewan makannya (tempat kitorang) didirikan betul-betul atas paya bakau, so dia senget sikit. Tapi takdelah sesenget Menara Condong.

Cerita pasal makan, ada satu masa ni, waktu makan kitorang lah kan. Habis membedal, kenalah basuh pinggan sendiri kan. Pastu, aku pun pergilah basuh. Kat sinki tu ada dua mangkuk kecik, so aku pun basuh lah (nak tunjuk rajin lah tu ahaks). Tengah membasuh tetiba ada seorang putera raja (okehh tu tipu sebenarnya abang dewan makan tu) letakkan dua tiga pinggan ke cawan ntah, tak ingat, sambil bertitah (putera raja kan), “Dik rajin kan, bagus tolong ni,” lebih kurang macam tu lah dia mention. Aku pun buat muka, tapi basuh je lah kan. Dah selesai membasuh tetiba dia tambah lagi. Dia ulang ayat yang sama. So, guess what I did?

Haha, of course lahh aku blah weh. Aku bukan bini kau nak basuh pinggan kau.

Then, kitorang bergerak untuk solat Zuhur and terus ke dewan untuk belajar BAK buat pertama kali di Morib.



Well, introducing mahh frend which is Mehh-Li-Sa.

Something’s unique about Melissa is her name. Melissa De Valda binti Mohd Yatim. Yehh, she’s a mix. Heyy Melissa (waving my hands).



There you go, Bella (tudung hitam) and Amni (tudung krim). Ingat tak Bella yang mak dia pergi haji tu? Yeh, she’s a part from The Eight. Ewahh.



Here’s Aino (specky) and Hikmah (dia ada spek macam Aino tapi malas nak pakai).



Raja and Arifah (yang muka selenge semacam tu). Raja’s full name is Raja Nurul Hazimah (ohh no wonder la panggil Raja).



Suasana dalam dewan yang tersangat amat sendat padat macam Milo padat. Sila bandingkan gambar di atas dengan gambar di bawah:



I mean suasana dalam kereta tu lah.



Us, nampak tak aku yang bertudung hitam tu (weeweewee).



Ini pulak Moon dan Yasmin. Moon ni macam kaunselor hidup aku sebab problems semua aku check in kat dia. Min pun sama, tapi dia ni aku check in diri sekali (sebab dia dengan rela hatinya membenarkan aku menumpang dorm dia).

Hayya, apasat yuu tumpang dorm orang lain? Dorm sendili hilang ka?

Jawapannya: Atap terbang. LOL nampak tak betapa uzurnya asrama belah Al-Humaira tuhh?

Back to the story. Ustad punyalah bersemangat kat depan tuh, kitorang lak bersemangat mengambil gambar kat belakang.






Tengok tu, Amni jugak yang rajin.


  
Tiba-tiba rasa insaf.



Dia pun nak jugak insaf.



Akhirnya kitorang melangkah balik ke banglo setelah habis kelas, nak mengerjakan solat dan bersiap-sedia untuk riadah. Riadah apa? Tunggu part seterusnya okayy :)

Sekian, terima kasih ^^


nur rasyidah abdullah

No comments:

Instagram