Pages

Talk about Adha.

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته :)


terkebil-kebil pandang laptop sebab dah lama tak online

Hyeahh. Hari ni umat Islam seantero dunia menyambut Hari Raya Aidiladha. Pagi tadi aku, nenek dengan Paklong pergi solat hari raya kat Masjid Rasah. Raya Haji pertama kitorang tanpa Atuk. Malam semalam tak dengar pun takbir sebab tak menghadap TV, bila pagi ni, dengar je orang baca takbir, terus hati terpukul rasa sayu. Pastu aku terfikir, mesti Bella sedih dengar takbir ni. Yelah, parents dia pergi Haji. Dapat jumpa parents yang last pun sekejap je sebab tengah tusyen KH. Sabar ehh Bella.



alaa comelnyaa kawan aku yang seorang ni.

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Hah sambung cerita. Lepas itu sarung telekung, bertakbir, solat sunat hari raya then dengar la khutbah. Dekat masjid tu, ada teknologi maju sikit. Ada kamera diletakkan di belakang makmum lelaki, so orang perempuan boleh nampak imam kat depan melalui skrin. Di samping menayang muka imam, dia tayang jugalah sedikit-sedikit para makmum. Ada yang khusyuk mendengar, ada yang tertunduk (aku pun camtu gak), ada budak-budak wave goodbyes.

Yang tak boleh blah, bila kamera ni dihalakan pada satu grup dewasa ni, they acted like monkeys. Masalahnya bukan sekali kamera tu hala kat diorang, banyak kali. And banyak kali tu lah diorang buat perangai. Time khutbah, aku tengok muka khatib tu tegang je. Ingatkan dah stop, sekali time doa sambung lagi. Aku fikir, Astaghfirullah. Dah hilang pedoman ke?

Maksudnya: Daripada Abu Said Al-Khudri r.a, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu hendaklah dia mengubah dengan hati dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman.

Memahami hadis di atas, ada seorang pakcik mengambil inisiatif untuk menegur. Pastu diorang terdiam. Ahh, dia main ketayap pulak. Grr, memang geram betul aku tengok. Fikir tu kelakar sangat ke?

Tolonglah jangan macam tu. Umat Islam makin ditindas sekarang ni. Dengan isu video yang memburukkan Islam, lagu-lagu yang mengejek Nabi. Umat Islam sekalian, kita tak hargai keamanan kita kecapi sekarang ni. Cuba tengok saudara-saudara kita kat Palestin. Walaupun diorang tahu perjalanan diorang dari rumah ke masjid mengundang 1001 bahaya, namun disebabkan kentalnya iman mereka untuk menghadap Allah, mereka teruskan juga. 

Ya Allah, selamatkanlah kami dari fitnah dunia yang boleh menjerumuskan kami ke jalan yang salah.



Sekian, Assalammualaikum.





nur rasyidah abdullah

No comments:

Instagram