Pages

Bestnya Usrah (:

Assalammualaikum ♥

Tumblr_mdkskkyphs1qhmsa6o1_500_large

Status : Angau dengan BIGBANG bertambah lepas tengok konsert diorang kat Malaysia.

Haha, suasana kat situ bingit gila kot. Tengok kat Youtube dah boleh agak dah kebingitan dia. Padahal volume tu aku bukak 30% je. Mangaihhhh.

Okeh, okeh, berbalik kepada tajuk. Usrah? Perkara ni mungkin sudah sinonim dengan pelajar SMKA. Hehe, usrah adalah satu aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan, setiap minggu sekali (biasanya). Ahli dalam kumpulan usrah ni, biasanya rapat, sangat rapat, macam keluarga. Sebab tu ia dipanggil 'usrah', keluarga dalam bahasa arab.

Anyways, kesian betul usrah aku tahun ni. Hubungan kitorang memang okayy, tapi takat kat sekolah je lah. Cuti sekolah, hmm. Dah tak bertegur. Ni semua salah naqibah die la ni. Siapa? Shh,  ni rahsia tau.

AKU LAAAA :(

Kesian betul adik usrah aku. Huuhu, sorrylah dik, akak baru tahun pertama jadi naqibah, so tak berapa nak profesional sangat. Takpa-takpa, ada rezeki kita jadi usrah lagi ea. Kalau nak laa.

HAHA.


Atas ni usrah aku time form one kot, tak ingat. Pandai gila Kak Zirah bawa kitorang. Memang syok arh usrah dengan beliau. Semua ahli usrah tu geng aku sekarang, kecuali Huda, tapi aku still okay dengan dia. 

Usrah aku, tak pernah bergambar. Hukhuk, sedih :'( Usrah yang paling mantop kan, usrah yang masih berjalan walaupun di luar waktu sekolah. Means, kalau masa holiday kita hangout dengan kawan-kawan diorang hangout sesama adik usrah. Ataupun, outing sesama shopping tudung raya ke hapa kan. Tapi, yang outing  tu time sekolah kitorang dulu-dulu lah. Masa outing bersama kawan-kawan masih dibenarkan.

Papepun, tahun depan aku bergelar pelajar tingkatan 4, akan handle usrah sorang-sorang :( Ohh lupa, tahun ni aku berganding bahu dan tangan dan kaki dengan Hikmah. Hehe, tapi dia better daripada aku, wuwuwuwu.

So, HWAITING NAQIBAH SHIDAA! YOU CAN DO IT! 

p/s: Katakan Annyeong kepada Kimia, Matematik Tambahan, Matematik Moden, Fizik, Biologi dll. Benci sebut diorang dalam Bahasa Melayu.



nur rasyidah abdullah

No comments:

Instagram