Okey, meh aku cerita pasal semalam. Aku dengan ayah sampai pukul 9.45 something kat sekolah. Hmmph, takde orang datang lagi? Cuma cikgu-cikgi je dalam dewan. Aku pun main nyorok-nyorok dalam kereta. Takut cikgu nampak aku. Ngeh. Dahlah pakai spek oren. Pastu aku main mesej ngan Aenno, tanya makcik Bedah tu bila nak datang bagai. Suddenly aku nampak Beah. 'Beah datang,' desis hatiku. Cewaaaah. Then, aku turun kereta and kejar Beah.
Jumpa Beah, salam-salam bagai, teman dia pergi uruskan hal yuran semua, jumpa pulak dengan Nadia and Nabila Mahadi. Bergelak sakan kat sekolah. Mentang-mentang takde orang. Jumpa Shana and adik dia on the way pergi dewan. Lepas itu ini, kitorang cadang pergi kedai depan sekolah sebab result keluar dekat pukul 12.
YUP, DEKAT PUKUL 12 BARU KELUAR SEDANGKAN MASA TU PUKUL 10. *macam nak tunggu bersalin gamaknya*
Pastu kitorang pun berjalanlah ke kedai, baru perasan kitorang diekori Shana and Paan (adiknya). Tengah berjalan, tiba-tiba Adhlin calling-calling dengan Nabila.
"Apa Adhlin? Kau dapat 9A?"
Terus berebut-rebut kitorang nak cakap ngan Adhlin. Adhlin ajar Beah cara-cara nak tau result melalui SMS. Diorang banyak kali tanya, "Nak SMS ke tak nak?" Dan banyak kali jugak la aku jawab, " Takyah la, tak surprise lah." Hmmp, bukan didonga pun.
Kulu-kilir, samapi sekolah balik, baru aku tau yang ayah aku ikut ayah Beah gi makan-makan kat kedai makan depan. Cett. Aku pun balik sekolah, jumpa geng-geng yang lain.
Then, finally! Result akan diumumkan. Nama sorang-sorang diumumkan. Berdebar-debar macam nak tercabut jantung. Alhamdullillah, nama aku disebut. Aku pun pergi sambil berjalan ala-ala robot ke atas pentas yang sudah gorgeous tangganya.
Ainnur Faqihah, ma gengstar :)
Ni anak kesayangan Ustad ni, Nur Hikmah :) Ma kazen^^
Raja Nurul Hazimah, gengstar ketiga selepas Hikmah.
Inilah Rabiatul Athirah, aka Beahh :)
Ini Fatin Nabilah, budak kelas sebelah :) Dormmate tahun lepas.
Berpeluk sakan atas pentas! Sambil saling ucap congrats antara satu sama lain.
98-liners, ATTENTION :')

98-liners, ATTENTION :')
Next year adalah last. Ze Last PMR. Uhh, gerun ke tidak? Haha, tak payah la gerun sangat *memang la sebab kay dah lepas*. Tak payah gerun kalau kita cukup study, and cukup amal kepada Allah. Atok aku selalu pesan, "Kalau banyak mengaji Al-Quran, Allah akan banyak bantu kita." Tak percaayaaa? Try it yourself. And get this, kalau study sampai tak tido sebulan pun, kalau amal ibadat tak cukup, takda makna apa-apa. Begitu jugak kalau kita hanya berdoa dan meminta dari Allah supaya mendapat cemerlang dalam peperiksaan, tapi tak study. Zero, man. Zerooo.
And one more, Hablum Minallah Wa Hamblum Minnan Nas. Apa itu? Berbuat baik dengan Allah dan berbuat baik sesama manusia. Tak jadi jugak kalau kita banyak beribadat kepada Allah, tetapi bila jumpa umat masyarakat lain, jeling, mengumpat, kutuk dan sebagainya yang boleh melukakan hati seseorang. Jadilah seorang yang sabar dan suka senyum, kerana itu AWESOME ^^.

THANK YOUS AND CONGRATS SECTION.
Lots of Thanks to:
Allah, the Most Awesome, the Most Almighty, the Sustainer.
Cikgu Rosiah yang tidak penat mengajar kami BM dengan bersungguh-sungguh, Teacher Rahmawati who is really sporting and understanding during English classes, Teacher Hazira for teaching us really hard for the Maths, and Teacher Haslinda who is willing to replace Teacher Hazira when she is away, Teacher Roslin whom we love like our own mother, Teacher Sally yang mengajar Geografi dan membantu kami dengan KGT, Cikgu Rosli yang rajin membuat kelas Sejarah dan menceriakan kelas, Ustazah Zaila yang sudi mengajar PAI dengan riang ria dan Ustazah Azilah yang sudi mengganti Ustazah Zaila apabila beliau berpindah, Ustazah Anita yang tidak penat membuat kelas tambahan setiap minggu untuk kami mendapat A dalam Arab, Cikgu Anizar yang tidak pernah berputus asa mengharap saya untuk dapat A dalam KH, dan semua guru SMKA DHAHHS yang pernah mengajar kami.
Also to my lovely family and awesome friends, plus outstanding seniors who helped me to study, give me the courage and everyone who prays for me. Love you guys *sobs*.
Kawan selain SMKAP, Farzana, Wani Omar, Farah Husna, straight A's :')
Kawan-kawan yang dapat 8A's, Mun, Mar, Mellisa, Zayyan, Amer, Amir, Isma , dan sesiapa yang mendapat 8A lagi :) Saya minta maaf, saya memang susah nak mengingat sikit.
Kawan-kawan Batch Form 3 2012 yang telah berjaya melepasi PMR dan berjaya membuat anjakan paradigma *eceemak* ke Tingkatan 4! Lambai tangan anda kepada Fizik, Kimia, Add Math, Biologi dan lain-lain (malas aku nak sebut banyak-banyak). You guys have done your best !
Sekian, wassalam. Selamat beramal :)
Kawan-kawan Batch Form 3 2012 yang telah berjaya melepasi PMR dan berjaya membuat anjakan paradigma *eceemak* ke Tingkatan 4! Lambai tangan anda kepada Fizik, Kimia, Add Math, Biologi dan lain-lain (malas aku nak sebut banyak-banyak). You guys have done your best !
Sekian, wassalam. Selamat beramal :)
4 comments:
Typo detected. Haha
Reply To Shafiq Firas:
Ooops. LOL
ehem.. ehem .. hei, nape my pic leh ad dlm google search nie ???
btw, miss u damn much :')
Reply To rabiatulathirahrusman:
Muehehe, miss you too. Muke yuu comel sangat, tu yang I letak :3
Post a Comment