Pages

Hahhh Hostel ? Best ke?

Assalammualaikum :)

Tumblr_mf04uqswio1ql477co1_500_large

Ha, baca tajuk di atas? Post ini bersesuaian untuk sesiapa yang bakal masuk sekolah berasrama tahun depan, samada Form One ataupun Form Four atau hape form sekalipun, ehehe. Hmm, nak intro apa ek? Mesti korang tau kan apa itu asrama? Gosh, aku bukannya cakap dengan budak tadika puns. Em, intro macamni lah,

Gempak gila duduk asrama!

Yeahh. Tapi kan, gempak apanya kalau ada kes buli hapekemendenya? Okay, let me share you guys some story of mine masa kat asrama.

Masa form one, aku rasa aku tak pernah kena buli (taktau lah kalau akak tu guna taktik senyap nak buli kan). Uhm, ha pernah sekali. Ada seorang akak ni, suddenly terserempak aku kat sekolah, terus mintak aku cari hapemende ntah. Akak ni memang terkenal dengan ke'annoyance' dia. Apalagi, aku hot lah, dah lah time tu aku ada kelas.

"Tak bolehlah akak. Kitorang (aku dengan kawan aku) ada kelas."

"Alah tolong la haa."

"Tak boleh la kak." And kitorang blah.

Ok, maksud aku kat sini, bukannya kita sampai kena melawan dengan cara kasar and bash akak tu habis-habis. OOps, not 'akak', but pembuli. Sebabnya, kalau kita melawan, hmm, gerenti kena balik dengan pembuli tu.

Macam aku sekarang. Bila dah Form 3, kan dah senior? Bila ada junior buat kurang ajar, satu batch kasi jeling tau! Jangan main-main.

Itu adalah penderaan mental dan emosi ya tuan-tuan puan-puan.

Anyways, takyah pandang sangat lah pasal kes buli sebab banyak benda best lagi korang boleh buat kat asrama. Dapat pulak kalau korang anak tunggal (macam aku ni ha), lagilah syok sebab baru merasa ada kawan sepanjang masa. Masa makan ada kawan, study ada kawan, mandi pun ada kawan (ahaks).

Tapikan duduk asrama bukan masa pack ke?
Yup. Tak dapat dinafikan, memang pack. Tapi, korang just merasa itu sekejap sahaja sebab bila lama-lama korang akan pandai sendiri nak conduct masa korang. 

Kejarlah masa sebelum masa mengejar anda.

and

Time is killing us! -Mun

Ahaks!

Saya rindu mak ayah saya, dan kucing saya. Wuwuwu.
Thats normal lah for hostelians. Yang aku tau cuma satu je yang boleh menghilangkan sedikit rasa rindu tu, by having friends. Believe me, it's true.

Masa aku form one, aku masih tak kenal orang sekeliling. Tak kenal ramai orang, takat kawan dorm, kelas and beberapa budak batch. So, memang tak menawan lah hidup masa tu. Menangis je keje (okay aku mengaku). Tak boleh dengar bunyi kereta kat jalan (asrama kitorang sebelah jalan, atas bukit) malam-malam, tak boleh tengok TV sebab rindu rumah, tak boleh tengok tray sebab teringat muka Atok Nenek.

But!

Dengan adanya geng aku, setiap masa aku spend dengan diorang. Makan, melantak, menggila, macam-macam. And truly AWESOMEEE !

Ada sebenarnya video yang kitorang buat, tapi sebab MALASSSSSSSS. So aku tak upload. Ahaks.



Hawa uhhhh semangat main badminton.


Kat asrama kitorang ada selipar gergasii~



Dengan jubahnya, aku gembira bermain bersama Mun :)

Tapi duduk asrama takde TV, camne saya nak tengok cerita Korea saya?
Ehh siapa kata tak ada TV? Ada, tapi mungkin dapat tengok pada hujung minggu je. Papepun, tengok TV kat asrama syok sebab ramai-ramai bagi respon. Macam kat wayang :)

Kalau saya sedih lagi?
Balik kepada Allah. Dengan Allah, kita boleh tenang InsyaAllah. Masa aku form one, kan kau selalu nangis? So Atok aku suruh baca ayat 43 Surah Al-Araaf, untuk ketenangan jiwa, insyaAllah kalau diamalkan akan okey. Perlu diingatkan bahawa ayat itu hanya penawar, Allah yang memulihkan.

وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمُ الْأَنْهَارُ ۖ وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ ۖ لَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ ۖ وَنُودُوا أَنْ تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: “Segala puji tertentu bagi Allah yang memberikan hidayah dan pertunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal kami tidak sekali-kali akan memperoleh pertunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan Kami dengan membawa kebenaran”. Dan mereka diseru: “Itulah Syurga yang memberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan”.

Okay, good luck untuk sesiapa yang bakal masuk asrama tahun depan :)

nur rasyidah abdullah

No comments:

Instagram