Pages

TERKINI: Makcik Gelabah Amik Result T-T


Assalammualaikum.


Nak baca ni? Tekan sini. Baru buat semalam, hehe.

Ya Allah, aku tak boleh bukak Facebook lah macam ni. Bukak Facebook je, nampak orang update pasal esok, terus berlari-lari perasaan gelisah aku datang kat hati. Puas famili aku kata, "Apa nak takut? Dah jawab tu sudahlah.""Orang patutnya takut masa nak buat periksa tu.""Redha jelah apa keputusan yang dapat."

Well, that doesn't help much !


Bende alah ni menggentarkan.


Balasan komen kawan aku ni serba sedikit membantu mengingatkan aku:


Ouh, kawan, kau terbaik !

Yup. Kepada Allah tempat kita mengadu. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Belajar untuk redha menerima keputusan. Mana tahu, kalau kita dapat keputusan yang biasa-biasa sahaja, kita akan jadi lebih rajin untuk beribadah dan berbicara kepada Allah?

Firman Allah:


وَŲ¹َŲ³َىٰٓ Ų£َن ŲŖَكۡŲ±َهُواْ Ų“َيۡŁ€ًٔ۬Ų§ وَهُوَ Ų®َيۡŲ±ٌ۬ Ł„َّŚŖُŁ…ۡ‌ۖ وَŲ¹َŲ³َىٰٓ Ų£َن ŲŖُŲ­ِŲØُّواْ Ų“َيۡŁ€ًٔ۬Ų§ وَهُوَ Ų“َŲ±ٌّ۬ Ł„َّكُŁ…ۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَŲ¹ۡŁ„َŁ…ُ وَŲ£َنتُŁ…ۡ Ł„َŲ§ ŲŖَŲ¹ۡŁ„َŁ…ُŁˆŁ†َ
Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya ~ Al-Baqarah - 216

Ni, yang aku nak hot,  ada orang gunakan doa PMR tu sebagai ugutan halus (apa yang aku faham la) atau chain message. Hmm, kononnya kalau tak forward nanti jangan sedih kalau gagal wtv. Hellooo, siapalah yang bertanggungjawab atas benda alah ni?

Kita berdoa minta tolong daripada Allah. Bukan daripada chain message tu. Ohh, aku hantar banyak-2 nanti banyak lah aku dapat A. Hmm. Daripada menyelesaikan CM tu, lebih baik kita amik wuduk, bentang sejadah, solat dan berdoa betul-betul kepada Allah.

That's how Muslims recite their Doa!

Oh ya, apa-apa pun, good luck untuk semua calon PMR untuk esok, bloggers seperti AleeyaFarzanaAtenShidahZayyanMai dan lain-lain. Barakallahu fina~ Bittaufiq wannajah :) (mentang-mentang dah lama tak belajar Arab)

Hmm, okaylah, nak tutup Mrs Lappy aku ni. Setia benar berkhidmat nya. Assalammualaikum.



nur rasyidah abdullah

No comments:

Instagram