/AWAS ENTRI INI MELEBAR BAGAI JAMBATAN PULAU PINANG/
Transmigration? Oh no. But no matter how the 'no' is, I'll still be going to STJ. Why so sad? Sedih ke? Bukan ke kat STJ dah tak ada Arab, PSI, PQS? Bukankah itu sekolah SBP yang bagus? Bukankah itu? Bukankah ini? Bukankah ..
Aaargh. Jangan banyak tanyalah. For the first time aku merasa nak tinggalkan kawan-kawan yang dah sebulu dengan aku. Pertama kali merasa nak tinggalkan cikgu-cikgu yang dah kenal perangai aku macammana. Pertama kali merasa nak tinggalkan sekolah SMKAP yang begitu banyak kenangan di setiap penjuru sekolah tu. Berapa banyak pertama kali daa ?
Sayangnya nak tinggalkan group MARHA ;(
Sayangnya nak tinggalkan group Eight ;(
Masa hari last day haritu, hari Rabu, ada Trial Run untuk merentas desa. Laluan baru, so tak lalu laluan hutan yang berlecak dan penuh dengan tahi lembu yang ditinggalkan oleh tuannya yang tak bertauliah. Tapi whole story pasal merentas desa tu entry lainlah. Sekarang nak cerita pasal kesedihan aku. Woowoo T-T
Masa ayah aku dah sampai, aku kelam-kabut pack barang sebab ada barang yang belum berkemas lagi. Alhamdulillah, ada beberapa kawan aku yang membantu. Thanks korang *lap air mata*. Lepastu saling bersalaman and berpelukan, bertukar-tukar pesanan. Part tulah yang paling menyedihkan. Bengkak mata masing-masing. Mata aku bengkaknya sampai ke esok.
Memories never fade.
Teringat lagi aku masa form one. Biaselah kan, budak yang masih mentah dan tak reti memahami gaya lifestyle asrama, nekad betul nak pindah. Siap cakap lagi, "Form Four nanti nekad nak pindah. Pindah sekolah biasa pun takpe."
Memang aku menyesal.
Setelah pelbagai cabaran dan dugaan dan nikmat di bumi Pedas ni, akhirnya tibalah masa untuk aku pergi. Ke bumi baru yang entah sama ke tidak dengan bumi Pedas. Barulah rasa nak bersyukur aku bersekolah di Pedas selama ni. Barulah nak bersyukur bahawa selama ni aku mempunyai batch yang awesome. Manusia. Memang pelupa. Insan pun berasal daripada perkatan Nasiya yang bermaksud pelupa, kan?
Ada orang kata, golongan yang pindah ni semua tak sayang Pedas. Heeyyyo, watch out your mouth. Selama 3 tahun aku tinggal kat SMKAP ni, memang mustahil kalau tak ada sekelumit pun rasa cinta kat SMKAP. Menipu. Aku sangat sayang Pedas, dan SMKAP tetap sekolah aku. Dunia tarbiyyah aku, sebab aku taktau kat mana lagi boleh dapat tarbiyyah macam di Pedas.
Para fasilitator yang excellent ^^
Minggu Silaturrahim antara memori terkuat dalam ingatan aku, sebab dalam tahun ni jugak ia berlangsung. Program yang sebanyak 85% diatur oleh kami-kami, fasilitator sendiri. Ingat senang ke nak handle? Macam-macam masalah tau menimpa. Tapi semua tu no hal punya sebab kami saling membantu bagai aur dan tebing. Yalah, bersatu teguh bercerai roboh kan? Okehh aku dah mula merapu hal BM.
Hmm, meh aku ingat balik siapa yang akan berpindah ke SBP macam aku. Raja, ke SBPI Selandar, Melaka. Ainnur, ke SMAP Labu, Anisha dan Atyn ke KISAS, Farhana dan Ashikin ke SMAP Bentong, Pahang, Sasya ke SMS Muar, Adhlin ke SMS Sembrong.
Rindunya kat korang nanti :(

Masa malam yang kami tak prep bersama Eight :(
Kira punya kira, adelah dalam 3 hari lagi untuk aku mendaftar di STJ. Apa yang harapkan, semoga Allah memberi kekuatan untuk aku di sana, untuk mencari kawan baru, merasai suasana baru, dan segala-galanya baru. Amiin, InsyaAllah. Permudahkan bagiku segalanya.
I'll miss this school ;(
Hmm, nampaknya aku sudah kehilangan idea dan kata-kata untuk bercerita. Okeyylah, sekian, bertemu di entry seterusnya. Assalammualaikum.
No comments:
Post a Comment