Pages

Eid at Sekinchan ♥

Assalammualaikum.

Semalam memang terperuk habis dalam kereta. Perjalanan dari Bukit Rokan ke Sekinchan, macam perjalanan dari Seremban ke Kedah! Gila kau nyahh, sakit badan kot. Tu pun seat belakang sekali kereta Pak Teh dah dibaringkan. Dengan perut aku yang manja lagi comel ni buat masalah pulak. Agaknya kalau korang lalu sebelah kereta Pak Teh, nampaklah muka minah yang duk berkerut menahan kesakitan perut. Woohoo.

And lupa nak bagitau, aku ter'extra' eyeliner. Double wohooo.



Sebelum bertolak, makan biskut Chipsmore dulu. Eh?

6 jam pulun habis dalam kereta, singgah kejap dekat Restoran Jejantas. Oh ya, ada lalu MSU, lalu aku pun dengan riang gembira tweet Fai dan sesi mengenang kenangan time nasyid haritu kat sana. Akhirnya sampai jugak, Alhamdulilah. Aku eksaited tengok bendang keliling kampung, nice. Tapi baru tanam, so tak adelah yang menghijaunya.



Kitorang-kitorang sebaik sahaja sampai.

Actually lega dah sampai. Dapat hirup udara segar kampung daripada udara aircon. Another woohoo. Lepastu aku dan Kaklong terperap dalam bilik, sebab masing-masing bermasalah, haha. Then lepas semua orang makan, kitorang pun ke bendang ramai-ramai nak amik gambar. 

Kemuncak cerita, haha.

Angin sekeliling kuat kot. Tak taulah pulak monsun timur laut ke, monsun barat daya ke. Kalau shooting Setia Hujung Nyawa kat situ syok kot, muehehe. Tak pun iklan Pearl Haya ke. 

Berangan habis.



Mereka-mereka di atas bendang. Kami-kami di atas jalan.


Rasa macam model Hijabista pulokk.

Budak-budak kecik main kat atas bendang. Main dengan daun pokok pisang. Motif? Hmm.



Iqbal dengan Ikhwan. Dah macam petani pulak aku tengok.



Budak debab ni semangat gila nak naik atas. 

Bukan kitorang tak kasi dia naik atas, cuma takut tak larat nak angkat dia, comel sangat. And dengan rela hatinya Iqbal berkorban hantar dia balik rumah, nak tukar baju. 

"Ajim balik rumah dulu eh, tukar baju." Cara Maksu halau secara halus, hhaha.

"Eh, bukan baju dia dah habis ke?" Iqbal tertanya-tanya.

"Nanti dia taknak balikkkkk." 

"Eh, banyaaaaaak gila baju lagi kat rumah." Iqbal cepat-cepat bawak Hazim.

And semua tergelak. And photoshoot terus bersambung.


Ikhwan dengan Iman, Ultraman dan Minnie Mouse, haha.



Okay, tudung terkepak, eyeliner terlebih. Boo.



The girls, (tiba-tiba Iqbal terselit).


The dudes and darls.


Dudes, haha. Macam album Yovie Nuno - Menjaga Hati. Haha.



Candid.



Suka pic ni, ohsemm tak? 



Iman dan photographer, Maksu :)

There you go. Photoshoot habis-habisan. Sampai rumah lewat malam. Lalu jalan yang agak horror. Haha. Tapi sampai rumah tak terus tidur. Kitorang makan kat dapur, then aku sambung online sampai pukul 5.15. Muahaha.

Okayy nak stop. Harinie nak pergi raya kat Seremban, huahua.

Assalalmmualaikum.









nur rasyidah abdullah

No comments:

Instagram