Pages

#throwback Gempak Raya 2013.

Assalammualaikum and hey guyssssssssssssss. *lepas geram sebab dah lama sangat tak menaip dekat lappy ni* Dah sebulan blog aku tak berupdate. Peringatan ya, blog ini bukan ditinggalkan. Cuma, pemiliknya kini dipenjara di hostel selama sebulan. Tapi tak bermakna aku tak akan update blog ni langsung.

Hmm, tapi ada kemungkinan jugaklah kalau aku malas nak update apa-apa haha.

BTW, ada banyak jugak event yang berlaku sepanjang bulan ni. Ada Gempak Raya, Sambutan Merdeka Raya, Hi-Tea Raja Hitam, Lawatan Pameran Sejarah. Ni yang syok nak menulis panjang-panjang. Alang-alang dah ada gambauu yang banyak bebenauuu ni ha.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, aha.

Oh ya, kitorang baru habis UB2 dua minggu lepas. Result aku .. ada yang naik, ada yang turun. Agak down jugaklah. Okay, set Capslock. ADDMATH. Allahuakbar, taktahulah nak mention macammana lagi. Aku tengah cuba gila-gila nak dapat A macam diorang.

“Set your mind that it’s easy and you can do it.” InsyaAllah.

Aik, macam lari dari ceghita je aku ni? Haha okay okay. Sila baca semula tajuk di atas untuk dapatkan ‘feel’ anda yang sudah lari berganti-ganti 140 meter itu.



Hyeee guysss :D

Gempak Raya ni berkenaan persiapan yang dibuat sebelum Sambutan Merdeka Raya. Cadangnya malam tu kitorang akan buat lemang and dodol sendiri. So agak kegayatan lah kan sebab tak pernah-pernah pun tengok secara live depan mata. Tak pernah kacau dodol. Tengok ayah buat lemang pun dalam mesin je haishh. Tengok style masak semua pun sebelum ni dalam Bumper Raya Majalah Ujang je double haihhhh.

Nampak bebenor budak bandar eh tu.


My classmates yang gilo belako.



In front of Pusat Koku.



Alai and Awin.



Geng Koala Deghiaan.


Hari Jumaat tu memang kebanyakan waktu sekolah free je. Cikgu sibuk menolong kat belakang (pusat koku). And waktu PJ kitorang pun berangkat ke sana jugak. Cadangnya nak jalan-jalan sambil amik gambar. Alih-alih, cikgu panggil menolong.

Lesson number #1. Kalau malas nak tolong jangan duduk dekat-dekat tempat yang memerlukan pertolongan. Haha. 

Then kitorang masuk, and usha each khemah yang telah dibahagikan kepada empat buah rumah sukan. And dalam banyak-banyak khemah ni, paling meriah bagi aku ialah khemah Kurshiah. Untunglah diorang, dapat acik-acik staf yang sporting. Melewar dapat acik-acik staf pejabat, so macam terpinggir sikitlah.

“Ah, budak-budak tak gheti nak buat..” Mungkin ini fikiran acik-acik itu sampai kami yang nak menolong hanya tolong koyakkan daun pandan dan daun pisang untuk disumbat ke dalam buluh lemang. Tskkk.



Arriving the Pusat Koku.



Mell masukkan isi lemang.


Acik-acik kat Melewar.



Aku and Dayana. Okay abaikan ketembaman tu.



Pusat Koku.



Me and my girlfriends, me and my girlfriends :)

Tak tolong sangat pun last-last. Amik-amik gambar, rasa bosan, then balik kelas balik. Tidur. Haha.



Us, classmates.



Piqah and Fai.

Anyway, excited lah jugak bila datang balik, tengok Melewar dah bakar lemang. Wee wee.



Lemang!


Okayy cerita selanjutnya pasal sambutan eh J Kbye Assalammualaikum.


p/s: Jeles tengok Cikgu Isma masuk kelas pakai t-shirt Gempak Raya edisi Melewar. Kenapa budak-budak tak dapat? Wuuwuwuw.

nur rasyidah abdullah

No comments:

Instagram